Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.
Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.
Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.
Mari kita lihat foto-foto yang memaparkan keadaan gadis-gadis di Britain selepas pulang daripada berpesta bersama rakan-rakan pada hujung minggu:
Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy.
Dalam Khalifah khutbah Ustman r.a. itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. “Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya”.
“Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi, segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka.”
Sebab itulah Islam mengharamkan pengambilan minuman beralkohol kepada umatnya kerana manusia yang berada di bawah pengaruh alkohol lebih cendurung untuk melakukan sesuatu yang memalukan, merbahayakan dan pelbagai lagi.
Sumber: kamiviral.com
[ ARTIKEL BERKAITAN DENGAN ARAK ]
Kehidupan seorang graduan ini berakhir dengan kematian yang tragis dan setelah disiasat punca kematiannya lebih menyayat hati..
Seorang graduan didapati telah membunuh diri lantaran tidak tahan hidup dalam tekanan yang berpunca daripada ibu bapanya sendiri.
Sumber: Gambar ilustrasi
Shu-shu merupakan anak tunggal kepada pasangan Liu Yu (ibu) dan Liang Jun (ayah) yang dilahirkan pada tahun 1984. Keluarga kecil ini hidup bahagia dan ibu bapa ini nekad untuk memberikan pendidikan yang terbaik supaya anak mereka akan lebih menyerlah daripada anak orang lain.
Namun begitu, kegembiraan ini bertukar menjadi episod duka apabila didapati tumbesaran Shu-shu terbantut. Ketika usianya setahun tujuh bulan, Shu-shu masih belum boleh berjalan seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.
Selain itu, Shu-shu juga mengalami kesukaran bercakap. Dia juga tidak dapat menuturkan perkataan-perkataan mudah seperti “papa”, “mama” dengan lancar.
Melihatkan keadaan anaknya ini, ibu Shu-shu berasa kecewa. Dia gusar jika anaknya tidak dapat mewarisi kecerdikan yang dimiliki oleh dia dan suaminya.
Liu Yu merupakan seorang graduan yang berjaya yang mana pada ketika itu hanya terdapat beberapa orang sahaja yang lulus cemerlang. Dia juga merupakan seorang guru yang sentiasa menunjukkan prestasi yang bagus sepanjang kerjayanya.
Seawal usia 35 tahun, Liu Yu telah menjadi ketua Jabatan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Dalian yang paling muda ketika itu. Sementara suaminya Liang Jun merupakan pegawai negeri yang berkedudukan tinggi.
Kejayaan pasangan suami isteri ini menjadi buah mulut dan ramai orang yang iri hati kepada mereka.
Disebabkan itu jugalah, Liu Yu mahu Shu-shu bijak seperti mereka berdua. Dia telah memaksa anaknya makan pelbagai makanan tambahan khusus untuk perkembangan otak.
Kesan pengambilan terlalu banyak makanan tambahan Shu-shu telah mengalami menstruasi lebih awal daripada kanak-kanak perempuan yang lain.
Walaupun salah seorang rakannya yang merupakan doktor telah menyarankan Liu Yu agar memberhentikan pengambilan makanan tambahan, dia tetap meneruskan rancangan untuk ‘mengasah minda’ anaknya supaya menjadi seorang yang bijak dengan strategi lain.
Liu Yu sanggup mengupah guru peribadi supaya anaknya dapat belajar dengan lebih selesa dan fokus. Hasilnya, Shu-shu mendapat tempat pertama ketika berada di darjah 5 buat pertama kalinya.
Sumber: Gambar ilustrasi
Hal ini benar-benar menggembirakan Liu Yu. Dia kemudiannya meminta Shu-shu mengambil bahagian dalam pertandingan cerdas cermat nasional.
Sangkaannya Shu-shu pasti beroleh kejayaan tetapi ternyata ia meleset sama sekali. Shu-shu tidak dapat memahami kehendak soalan sedangkan lawannya sudah mengetahui jawapannya.
Sejak kebelakangan ini, Shu-shu sering meluahkan perasaannya di dalam diari. Antara catatannya ialah:
“Gerak balasku memang lambat. Aku selalu mendapat tempat terakhir dalam setiap aktiviti. Tetapi mama dan papa tidak pernah mahu mengakuinya. Mereka fikir kepintaran itu dapat diwarisi melalui keturunan genetik. Walaupun mempunyai orang tua yang hebat ia bukanlah sesuatu yang selalu bagus. Aku berasa tertekan dengan keadaan ini dan ibu bapaku juga hidup terseksa kerana aku.”
Akhirnya Shu-shu bersekolah di SMP pada musim panas pada tahun 1997.
Ibunya menggunakan duit simpanannya untuk mencari lagi seorang guru yang hebat untuk mengajar Shu-shu pada waktu malam.
Ibunya mahu membentuk Shu-shu menjadi anak yang berjaya dan lebih menyerlah daripada orang lain. Ibunya juga sering mengatakan kejayaannya adalah hasil usaha kerasnya mencarikan guru peribadi yang hebat buatnya.
Pada tahun 2000, Shu-shu diterima masuk ke SMA ternama tetapi telah gagal pada ujian yang pertama kerana banyak mata pelajaran yang dia tidak lulus.
Hal ini mengejutkan guru kelasnya dan berasa curiga bagaimana Shu-shu dapat memasuki sekolah yang ternama itu. Ibu Shu-shu benar-benar marah kepada guru itu dan berkata, “Saya boleh menyaman awak atas fitnah ini!”
Lalu, ibu Shu-shu melaporkan kejadian itu kepada pengetua sekolah dan akhirnya guru kelas itu meminta maaf kepadanya. Dia juga meminta agar anaknya Shu-shu ditempatkan di kelas yang lebih baik dan tidak diajar oleh guru itu lagi.
Selepas seminggu bersekolah, Shu-shu menyatakan keinginannya untuk pindah daripada sekolah itu kerana tidak dapat mengikuti pelajaran di situ.
Ibu Shu-shu benar-benar terperanjat setelah mendengar permintaan anaknya itu. Namun Shu-shu tetap berdegil untuk pindah sekolah.
Sumber: Gambar ilustrasi
“Saya langsung tidak faham apa yang diterangkan oleh guru di dalam kelas. Saya berasa mata pelajaran SMA itu sangat susah. Saya ingin pindah ke sekolah kesusteraan dan bekerja di rumah orang-orang tua.” Ujar Shu-shu dan hampir membuatkan ibunya tersedak mendengarnya.
Liu Yu benar-benar marah dengan anaknya walaupun suaminya memujuknya supaya menghormati keputusan Shu-shu. Dia malah bertindak keras dan berkata, “ada ramai anak yang lebih kelainan upaya daripada Shu-shu tetapi mereka masih bersekolah. Kenapa Shu-shu tidak mahu bersekolah?”
“Hei Liang Jun (suami Liu Yu), dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan Shu-shu masuk ke universiti yang berprestij tinggi kecuali kalau aku meninggal dunia esok!” ujar Liu Yu dengan marahnya.
Liu Yu turut mendidik anaknya di rumah. Kemudian, pada tahun 2003, Shu-shu diterima masuk ke sebuah universiti ternama dalam jurusan ekonomi. Dia dan suaminya berasa bersyukur dan menangis kegembiraan setelah mendapat surat tawaran daripada universiti itu.
Namun tidak bagi Shu-shu. Sejak semester pertama lagi dia sudah gagal malah dia merupakan mahasiswi yang paling banyak gagal dalam mata pelajaran. Shu-shu akhirnya hanya belajar di rumah sahaja.
Shu-shu menulis lagi di dalam diarinya, “mama seorang yang cerdik tetapi melahirkan anak yang kurang cerdik. Sungguh kasihan kerana mama tidak dapat menerima keadaanku ini.”
“Mama cerdik tetapi anaknya tidak cerdik. Malah mama paksa aku belajar dan jadi cerdik sepertinya. Kasihan.” Luah Shu-shu lagi.
Selepas bertungkus-lumus belajar, akhirnya Shu-shu berjaya menamatkan pelajarannya.
Sumber: Gambar ilustrasi
Dia menulis di dalam diari betapa gembiranya dia kerana sudah tamat belajar. “Lulus, semua orang gembira dan akhirnya akan mendapat tempat dalam masyarakat. Tetapi apa yang lebih menggembirakan aku ialah, aku tidak perlu belajar lagi. Rasa sangat letih kerana terpaksa belajar selama 16 tahun dan kalau diulang lagi rasanya seperti tidak mahu hidup lagi.”
Selepas tamat belajar, ibu Shu-shu berusaha mendapatkannya pekerjaan yang baik untuknya.
Di sini, Shu-shu juga mengalami kesukaran membuat kerja. Pihak atasannya sangat tegas. Ini kerana pada hari pertama bekerja, Shu-shu telah diberikan kerja yang banyak dan tidak mampu dilakukannya.
Shu-shu ada meminta bantuan daripada rakan-rakan sekerja namun masing-masing sibuk dan tidak dapat menolongnya. Shu-shu dimarahi oleh pihak atasannya dan dia pun menangis.
Shu-shu berasa tertekan dan tidak mahu bekerja lagi. Dia kemudiannya memberitahu ibunya akan masalahnya di tempat kerja.
Ibu Shu-shu malah memarahinya. Namun Shu-shu terpaksa menerimanya juga. Dia tetap bekerja tetapi semakin tertekan dengan keadaan sekeliling.
Akhirnya Shu-shu mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun daripada tingkat 21 disebabkan tidak mampu lagi menanggung tekanan yang dihadapinya sejak kecil lagi.
Sumber: Gambar ilustrasi
Selepas kematiannya, ibu Shu-shu menjumpai diari di biliknya. Dia lantas mengambil diari itu dan membaca setiap luahan anaknya itu.
“Papa, mama. Aku selalu berdoa agar aku boleh menjadi seperti anak yang kamu harapkan. Tetapi, aku tidak mampu melaksanakannya. Aku letih dan sangat letih. Aku terpaksa mengikut kehendakmu walaupun itu bukanlah keinginanku. Aku selalu nampak dungu jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih pandai. Aku sangat penat dan mahu berehat. Mungkin di syurga nanti aku akan bertemu dengan kawan-kawan yang kurang cerdik tetapi bahagia.”
Ibu Shu-shu membaca setiap ayat yang ditulis oleh Shu-shu dengan hati yang sangat sedih dan penuh kekesalan. Tetapi dia sedar, itu semua sudah terlambat.
Ketika ditemu ramah, Liu Yu berkata sambil menangis, “Saya berkongsi masalah keluarga ini hanya untuk menyedarkan setiap ibu bapa tentang apa yang dialami oleh anak saya ini.”
Pepatah Turki ada menyebut “Tuhan sudah menyiapkan pokok yang rendang untuk burung yang kurang cerdik.”
“Saya mengambil petikan ini daripada diari Shu-shu kerana saya selalu memaksa Shu-shu terbang tinggi walhal ia bukanlah untuk Shu-shu. Akhirnya Shu-shu kesayangan kami pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.”
“Jika direnung kembali, saya sebenarnya berharap anak saya bahagia.”
“Setiap anak memiliki kebolehan yang berbeza. Sebagai orang tua yang bijak, kita haruslah membimbing mereka ke arah yang mereka minati. Biarlah mereka menjadi diri mereka sendiri dan bukannya menyuruh mereka mengikuti kemahuan kita sahaja.” Kata Liu Yu mengakhiri bicara.
Semoga setiap ibu bapa mengambil pengajaran daripada kisah ini. Jangan sesekali membanding-bandingkan anak kita dengan orang lain kerana sikap ini tidak baik untuk perkembangan hidup mereka.
Cuba dekati anak-anak kita dan ambil tahu apa masalah mereka. Mungkin kita tidak dapat menyelesaikan masalah mereka tetapi sedikit sebanyak, mereka berasa lega kerana ada tempat untuk mengadu.
Jangan terlalu cepat menghukum jika mereka tidak berjaya melakukan sesuatu seperti yang kita harapkan sebaliknya berikan dorongan semaksimum mungkin. Anak-anak ini akan lebih menghargai sesuatu jika kita turut menghargainya.
Kredit :Era Baru
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2ypj9Fc
0 Comments