[4 Sebab] Mengapa Kes Jho Low DITUTUP – Kementerian Dalam Negeri.

Kerajaan sudah mengemukakan permintaan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), untuk mendapatkan bantuan menjejaki ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau amat yakin Interpol bertindak secara profesional untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata PDRM belum menerima maklumat terperinci daripada Interpol, berhubung ahli perniagaan berkenaan.

[1] “Apa yang dilakukan pihak keselamatan antarabangsa terutama perisikan telah dimuktamadkan. Saya yakin kes ini (Jho Low) tidak lagi relevan, kecuali dibangkitkan ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat, hari ini.

Azmin bertanya mengenai pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung usaha mendapatkan bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Azmin juga mahu Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dibawa ke mahkamah di negara ini bagi menghadapi tuduhan jenayah bawah Seksyen 409 dan 420 Kanun Keseksaan dalam isu skandal 1MDB.

 

Dalam afidavit sokongannya, Azmin mendakwa Jho Low melakukan beberapa kesalahan termasuk pecah amanah dan penipuan melibatkan 1MDB, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan tegas menafikan laporan dibuat beberapa portal media yang memanipulasi jawapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Parlimen hari ini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meminta bantuan Interpol bagi menjejak ahli perniagaan Jho Low.

[2] Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, media berkenaan seolah-olah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low sedangkan ia sama sekali tidak benar.

Menurutnya, jawapan Timbalan Perdana Menteri ketika di sidang Parlimen pagi ini ke atas soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, [3] jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan.

[4] Sehingga hari ini, PDRM sudah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut,” katanya.  Notis tuntutan penahanan dan ekstradisi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah nasihat peguam dan bukan sesuatu yang luar biasa.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, permintaan itu dilakukan mengikut undang-undang selain mengharap bantuan polis untuk menjalankan siasatan.”Saya melihat kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar itu membuktikan bahawa amalan rasuah dan jenayah dalam negara tidak mungkin boleh ditangani sekiranya institusi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal melaksanakan tanggungjawab.

“Saya tidak menuntut lebih daripada KPN, sekadar memohon dalam bidang kuasa yang ada dalam polis untuk keluarkan waran tangkap Jho Low supaya siasatan dapat dilakukan.

“Ini bukan perminaan yang luar biasa, kerana itu atas nasihat peguam peguam saya. Ya, ia dijamin dalam perlembagaan dan polis ada kuasa untuk memanggil mana mana suspek dalam kes jenayah,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Turun Padang Datuk Menteri Besar Selangor ke Daerah Sepang 2017d di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Khalid berkata beliau tidak akan memberi respon notis Mohamed Azmin yang menuntut penahanan dan ekstradisi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam notis tersebut, Mohamed Azmin mahu pihak polis menangkap Jho Low, yang dikaitkan dengan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu katanya, perbincangan untuk menetapkan langkah susulan akan dilakukan bersama peguam-peguam dalam isu berkenaan.

“Saya teruskan usaha ini kerana rakyat mempunyai hak untuk mengetahui siapakah pelaku jenayah sehingga berlaku kerosakan ekonomi.

“Ini menyebabkan rakyat menderita dan ekonomi negara kini berada pada tahap yang lemah.

“Saya akan rujuk kepada pihak peguam apakah tindakan selepas ini,” jelasnya.

Selasa lalu, Mohamed Azmin melalui peguamnya Latheefa Koya telah mengeluarkan notis terhadap Khalid yang menuntut supaya Jho Low ditahan setelah didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mohamed Azmin turut memberikan tempoh selama 14 hari kepada Khalid untuk respon, dan jika beliau gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah akan diambil.

Sumber : Harian Metro / Utusan Malaysia / Malaysia Kini



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2yI3fmJ

Post a Comment

0 Comments

Featured Post