SIAPAKAH MEREKA?
Mereka tak perlu ada pangkat untuk selamatkan rakyat,
Mereka tak perlu jadi Ahli Dewan Negara / Ahli Politik untuk bantu rakyat,
Mereka tak perlu jadi Adun Negeri untuk bantu rakyat,
Sebab apa?
Sifat Perikemanusiaan mereka sudah terlatih…
Cara mereka telah mengajar kita satu prinsip
“Jangan tanya apa sumbangan negara pada kita, tapi tanya pada diri sendiri, apa yang kita sumbang pada negara”
Lando Zawawi Vrus
FB – http://ift.tt/2ykBTps
Dari bilangan kecil kini ditubuhkan persatuan BROTHERHOOD dimana persatuan ini telah menyelamatkan beribu nyawa dan mangsa keadaan dari kemalangan jalan raya yang berpunca dari Keadaan jalan raya yang kebanyakkanya ada swimming pool di malaysia ni, kita mungkin antara yang terselamat atas jalan raya atas bantuan mereka persatuan BROTHERHOOD, mereka juga antara yang bersuara kepada jabatan2 yang sepatutnya bertanggungjawab atas kerosakkan jalan raya, dan pengeluaran2 produk2 tiruan keatas kenderaan.
So apa tindakan pihak yang bertanggungjawab sehinggakan persatuan BROTHERHOOD ni menjalankan kerja menurap jalan dan sebagainya secara sukarela demi menyelamatkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah serta pembayar cukai jalan?
Difahamkan Lando dan rakan-rakannya telah melakukan projek ni bertahun-tahun lamanya. Dan mereka selalunya menggunakan duit sendiri untuk menurap lubang dijalan raya kerana telah bosan menunggu dan mengharapkan pihak majlis perbandaran atau pihal bertanggujawab menurap jalan tersebut. INI BARU REAL CARA BROTHERHOOD.
Yusuf Azmi
FB – http://ift.tt/2tL9KTl
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi , antara seorang yang telah banyak menyelamatkan ramai mangsa KES PENIPUAN AH LONG , PINJAMAN WANG BERLESEN , PENIPUAN JUAL BELI BARANGAN ONLINE/OFFLINE , UGUTAN / PENIPUAN SYARIKAT PAJAKAN dan beberapa yang lain lagi, beliau dan beberapa orang ahli PPIM selalunya turun padang untuk mengambil tindakan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa dari penipuan ahlong dan sebagainya , mereka telah berjaya menumpaskan banyak sindiket penipuan dan ugutan sejak dari beberapa tahun lepas sehingga kini.
Siapakah Yusuf Azmi?
Beliau adalah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini. Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.
Kes terbaru PPIM berkenaan penipuan jual beli rumah murah yang viral.
Hasil usaha mereka, akhirnya semua yang terlibat telah ditangkap.. syabas PPIM
Kuan Chee Heng
FB – http://ift.tt/1sLiual
Sekali pandang, lelaki Cina ini, Kuan Chee Heng juga sama seperti manusia yang lain. Menetap di Malaysia dan hidup aman damai seperti yang lain.Namun apa yang membezakan lelaki ini dengan rakyat Malaysia yang lain ialah sikap suka membantu orang dalam kesusahan.
Baginya kita tidak hanya perlu kaya di dalam poket, tapi kita perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan.
Khidmat terbaru beliau adalah memberi perkhidmatan Ambulan 10 sen untuk rakyat yang tidak mampu ke pusat kesihatan atau perlukan bantuan.
MORAL OF THE STORY
tak perlu ada pangkat untuk berjasa pada negara, tak perlu ada kuasa untuk bersuara, tak perlu dikenali ramai untuk membantu..cukup lah perlu ada hati perut dan sifat berperikemanusiaan untuk menyelamatkan agama, bangsa & negara.
“NO HERO CAN SAVE EVERYONE, NOT EVEN SUPERMAN. BUT A REAL HERO NEVER STOP TRYING”
(SEKIRANYA ADA INFO DAN MAKLUMAT YANG SENSITIF/SALAH MOHON DITEGUR DAN MOHON MAAF)
Sumber by Lanun_Perosak
Mereka ditemukan oleh MSTAR Online. 3 HERO RAKYAT ini akhirnya bertemu bawah 1 bumbung. Jom layan gambar gambar.
Semoga usaha mereka diberkati dan terus membantu rakyat rakyat yang dalam kesusahan.
Edited: Team GedebakViral
_____________________________
Korang Rasa Gambar Ni Photoshop? Korang Silap!
1. Budak ni bukannye jalan atas air, tapi diambil secara kebetulan bila budak ni terjun dari papan anjal tu.
2. Budak ni sama gak macam gambar kat atas ni. Mana de orang naik basikal atas air dowh
3. Mesti korang ingat gambar serigala ni orang edit kasi panjang kaki dia kan? Padahal kaki dia memang panjang macam tu, dan spesies serigala ni namanya Maned Wolf. Serius dowh
4. Ala, ni lagi senang. Pernah sekali magician terkenal buat macam ni tapi aku tak ingat nama dia. Magician orang Jepun tapi dok kat Amerika tu, ape ke namanye. Sebenarnye tangan sebenar dia disorok disebalik baju dan tangan palsu tu dicipta khas untuk menampung badannye.
5. Ni bukan gambar orang edit pakai warp tools kat photoshop tau. Ni memang betul. Landasan keretapi ni jadi macamni sebab gempa bumi yang berlaku kat New Zealand pada suatu masa dulu.
6. Ni bukan patung Barbie ataupun robot buatan Jepun tau. Ni memang manusia betul, orang panggil dia ni Human Barbie. Nama betul dia aku tak tau, tapi rasanya korang tau kot. Dia ni banyak berabis duit untuk pembedahan supaya muka dia sebiji macam patung Barbie. Kesian muka cantik tapi kurang siuman.
7. Ni bukan gambar lawak orang copy paste pastu letak kapal terbang ni atas jalan raya k. Gambar ni memang real tapi cuba korang tengok betul-betul sebenarnye kapal terbang ni bukan jalan kat atas jalan raya, tapi tengah nak landing kat landasan dia kat depan tu je. Kapal terbang memang akan lalu tengah-tengah diantara flyover tu masa nak landing. Tapi kalau silap landing ni, mau kene semua kereta kat bawah tu, perghhh..ngeri plak.
8. Kapal ni bukan terbalik sebab accident k. Kapal tu memang sengaja orang buat terbalik macamtu sebab nak photoshoot untuk iklan minyak wangi Hugo Boss.
9. Ni bukan kepala Ghost Rider tau. Ni adalah lava gunung berapi yang cair dan mengalir ke dalam laut. Secara kebetulan je ni lava tu bentuk dia macam Ghost Rider plak.
10. Rasanya korang tau kamera trick ni.
11. Ni bukan lukisan k. Ni adalah orang ‘Tarp’ orang putih panggil iaitu sejenis kanvas untuk buat khemah yang kalis air. Tarp ni membaluti bangunan yang dalam proses pengubahsuaian. Tak caya, cer tengok betul-betul bahagian bawah, ade kedut-kedut sikit.
12. Ni rasanya takde aneh sangat kot sebab pokok ni memang rupa dia macam ni disebabkan keadan cuaca yang ekstrem.
13. Agak seram kalau aku berada kat situ. Mesti korang ingat sotong kurita kan? Padahal rumpai laut tu. Banyak gila.
14. Pahal tetibe ade pizzahut setepek kat atas bumi ni? Padahal pizza ni ade angkasawan yang bawak ke angkasa.
15. Ni bukan kucing kerek yang cat muka dia sendiri, tapi kucing ni memang warna dia macamtu. Sama gak ngan mata dia. Bukan pakai contact lens tau, takde masa nak pakai contact lens kata meow tersebut.
16. Ni bukan kertas jatuh dari atas langit, tapi hasil seni arca oleh Neil Dawson di New Zealand.
17. Bukan Son Goku mahupun Ultraman yang buat ni, tetapi hanyalah installation art.
18. Yang ni memang aneh dan awesome sebab ianya terhasil disebabkan arah ombak yang bertentangan yang menghasilkannya.
19. Takde sape penggal kepala dia, ni badan dia elastik sangat.
20. Mamat ni lapar sangat kot sampai makan signboard tu. Hehehe, bukanla, padahal memang strategi dan idea iklan yang bijak dan kreatif.
21. Ni bukan gambar tangkap kat dalam studio, ni adalah garam mineral yang terdapat di kawasan pantai di Bolivia. Ianya seperti cermin dan dapat memantulkan imej.
22. Ni bukan gambar yang diwarnakan kat Photoshop, tetapi salah sebuah karya seni illusi oleh Felice Varini.
23. Percayalah, ni hanya kamera trick. Korang pun tau kan. Blok yang sebelah kanan tak bersambung pun sebenarnye.
Sumber : Viralnova
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments