[8 GAMBAR] PERLAWANAN ANTARA PERAK & JDT KECOH, ADA PENYOKONG CEDERA DI PERUT & DAHI..!

Perlawanan separuh akhir pertama antara Perak dan JDT berakhir dengan sedikit kecoh apabila ada pihak yang menimbulkan kekecohan di luar stadium selepas tamat perlawanan di Stadium Perak malam tadi.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Utusan Online melaporkan, terdapat penyokong yang cedera di bahagian perut dan dahi dipercayai terkena mercun di luar stadium selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak di Stadium Perak di sini malam tadi.

Mangsa yang mengalami pendarahan di bahagian perut dan dahi diberikan rawatan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum dibawa menaiki ambulans ke hospital.

Sementara itu, beberapa penyokong bola sepak turut ditahan kerana membuat kecoh ketika mereka keluar stadium.

Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kelebihan untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengikat Perak 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak hari ini.

Setelah ketinggalan satu gol hasil jaringan sendiri Mohamad Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-18, JDT bangkit dengan jaringan penyamaan Mohamad Ghaddar pada minit ke-68.

Keputusan itu mencerahkan peluang JDT untuk mara ke final apabila melayan kunjungan Perak dalam separuh akhir kedua di Larkin pada 21 Oktober ini.

Dalam aksi malam ini, Perak yang beraksi tanpa lima pemain tonggak, iaitu Mohd. Hafiz Kamal, Yashir Pinto Leandro Dos Santos, Jasazrin Jamaluddin dan Nazrin Nawi jelas sukar mengimbangi permainan pada babak awal.

Ini membuka ruang untuk JDT terlebih dahulu menguji gawang Perak seawal minit kesembilan apabila ketua pasukan Safiq Rahim merembat deras bola hantaran Mohamad Ghadar namun ditepis penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim.

Pelawat sekali lagi mencemaskan gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-15 apabila Ignacio Insa Bohigues memusingkan badan melepasi asakan pertahanan Perak sebelum melakukan rembatan namun dapat dibaca lebih awal oleh Muhammad Hafizul.

Ketika JDT ghairah mengatur serangan, pasukan tuan rumah berjaya mendahului pada minit ke-18 apabila pemain pertahanan Mohamad Hasbullah tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menyekat asakan Mohamad Zaquan Adha Abd. Razak, dengan penjaga gol Mohd. Izham Tarmizi Roslan sudah tersilap jangkaan.

JDT menukar rentak permainan pada babak kedua dengan asakan bertali arus namun berjaya dipatahkan pertahanan Perak yang dibarisi Thiago Junior, Muhammad Shahrom Kalam dan Amirul Azhan Aznan.

Bagaimanapun, kesilapan Muhammad Shahrom yang teragak-agak untuk mengeluarkan bola dari kawasan sendiri membuka ruang kepada Ghaddar untuk mudah menewaskan Muhammad Hafizul dan meledak gol penya­maan pada minit ke-68.

Menuju babak akhir permainan, beberapa keputusan pengadil perlawanan Razlan Jofri Ali me­nimbulkan bantahan pemain Perak dan penyokong namun keada­an berjaya dikawal.

Sumber: Utusan Online



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2kR0Rqt

Post a Comment

0 Comments

Featured Post