Setiap kali bila sudah dekat saja dengan musim pilihanraya, pastinya kita akan disajikan dengan hiburan yang melibatkan aksi-aksi pemimpin daripada pelbagai parti politik di dalam usaha mereka untuk memancing undi.
Sekiranya sebelum ini, jadi kecoh di laman media sosial apabila aksi Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya dari Wisma Sri Pahang mendapat kecaman netizen. Tidakan beliau itu yang kemudiannya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang enam kilometer dan sekaligus telah menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.
Susulan perkara itu, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut berkongsi gambar beliau berbasikal yang kebetulan merupakan salah sebuah daripada hobi beliau. Gambar yang dimuatnaik oleh Tun M ini menerusi laman Twitter beliau turut disertakan dengan kapsyen yang berbunyi;
Saya selalu berbasikal. Bukan sahaja pada masa ‘tertentu’.
Walaupun saya masih ‘muda’, bila saya berbasikal tak ada kesesakan lalu lintas.”
Tweet Tun M ini kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan sindiran yang diberikan mantan Perdana Menteri tersebut kepada Dato’ Seri Adnan berikutan insiden beliau berbasikal di bandar Kuantan baru-baru ini.
Sumber:OMM
_________________________________
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan ‘kemewahan’
Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.
Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.
Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.
Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli.
Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.
Sumber: OMM
_______________________________
10 perkara tentang negara Brunei Darussalam
Jarang sekali kita mendengar cerita mengenai Brunei Darussalam selain daripada kekayaan Sultan mereka, Sultan Hassanal Bolkiah dan ketampanan puteranya, Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen.
Namun, selain daripada dua perkara ini, terdapat beberapa perkara menarik yang lain mengenai Brunei yang mungkin korang tak tahu.
1. Nak jumpa motor kat Brunei memang susah
Sepanjang perjalanan di Brunei ini, Ain perhatikan sahaja motosikal di atas jalan ini, tetapi memang susah mahu jumpa mat-mat rempit di Brunei ni. Ini kerana, mereka selalu naik kereta saja dan kalau ada pun motor, tetapi jumlah tidak banyak.
2. Bangunan rendah
Bangunan mereka rendah-rendah sahaja dan kalau ada pun mungkin tidak sampai ketinggian bangunan 20 tingkat.
Kalau datang ke Brunei, berjalan dalam 2 hari 1 malam sudah mencukupi sebab sempat saja mahu cover tempat-tempat menarik seperti:
Masjid Omar Ali Saiffuddien
Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Mosque
Brunei Art Gallery, Brunei Museum
Malay Technology Museum dan banyak lagi
3. Tulisan Jawi
Sama macam di Kelantan dan Kedah. Sehinggakan di lapangan terbang pun guna tulisan Jawi. Dari sudut ini, Ain puji kerana masih mengekalkan tulisan Jawi. Brunei & tulisan Jawinya.
4. Dollar Brunei
Matawang ramsi yang digunapakai di Brunei adalah Dollar, tetapi disana apabila berurusan antara peniaga dan pelanggan mereka menggunakan nilai Ringgit. Contoh, Nasi Katok 1 Ringgit adalah 1 Dollar Brunei
5. Lesen Memandu
Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Brunei. Jadi, jangan risaulah tentang lesen memandu di sini. Had laju bagi lebuhraya adalah 100km/j dan 70km/j ketika hujan.
6. Tiada GST
Tentang ini memang syoklah, shopping tiada GST, makan pun tiada GST, semualah tiada GST.
7. Keselamatan di Brunie agak ketat
Sebelum berlepas ke KLIA2, bagi penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur, pastikan hand-carry korang adalah sebanyak 7 kilogram sahaja (termasuk handbag sekali ye).
8. Kad ketibaan
Sebelum mendarat di lapangan terbang Brunei, kru kabin akan mengagihkan kad ketibaan pelawat kepada kami untuk diisi.
9. Data internet
Bila Ain berjalan dengan suami, suami yang beli kad sim. Dia akan aktifkan personal hotspot jadi, kami kongsikan saja untuk data internet. Tapi untuk trip Brunei ni, suami Ain amek data 1GB sahaja. Sama macam di Iran, personal hotspot tidak dibenarkan untuk pengguna iPhone. Jadi Ain berhuhuhuhu sahaja. Balik hotel baru dapat WiFi.
10. Makanan memang terbaik
Bila sudah sampai di Brunei, wajib mencuba Ambuyat dah juga penuhkan perut apabila ke Pasar Gadong. Bawa 10 Dollar pun tidak habis guna kot. Confirm diet korang kelaut.
Sumber : NurAin Syuhada
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments