Ayat ruqyah adalah himpunan ayat yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan gangguan mahluk halus.Namun beberapa pendapat mengatakan memasang ayat ruqyah ketika memandu kereta sangat berbahaya.
Jangan sesekali pasang ayat-ayat Ruqyah didalam kenderaan kerana orang yang mempunyai gangguan bila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran akan mempunyai tindak balas seperti meracau-racau ia cukup bahaya kepada pemanduan,
sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta dan kemalangan cukup tinggi.
Cukup hanya membaca doa menaiki kenderaan dan istighfar. Pesanan ikhlas dari saya.katanya.
Himpunan ayat ruqyah terdiri daripada :
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-‘Araf 54-56
9 Al-‘Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas
Biasanya,seorang individu yang mengalami gangguan jin bila dibacakan Ayat ruquah akan terdapat la simptom simptom seperti berikut.
1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.
Jadi untuk mengamalkan ayat ini untuk sesuatu tujuan seperti:
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat
______________________________________________
” Saya Seringkali Tewas Digoda Oleh Adik Ipar , Saya Bersalah Dan Buntu “
Bagi mereka yang telah berkahwin , seelok-eloknya tinggallah dirumah sendiri jika berkemampuan . Hal ini sering berlaku apabila kita duduk bersama keluarga mentua/keluarga sendiri apabila pasangan kita tidak kira isteri atau suami pun sebenarnya mampu tewas dengan bisikan syaitan . Cuba jauhkanlah perkara-perkara begini sebaik mungkin , insyaAllah ..
##SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya. Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada….
##Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini….
#SUAMI TERTEKAN
#Johor Bahru
JAWAPAN~~~
##Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara…..
##Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat…..
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments