Sumber – Siti Khadijah Haron
Setiap kanak-kanak menjalani proses tumbesaran yang berbeza dimana ada yang sangat aktif dan cepat membesar manakala ada yang kurang aktif serta mengambil masa sedikit masa yang lama untuk membesar berbanding kanak-kanak normal.
Sekiranya bercakap tentang pembesaran kanak-kanak pastinya setiap dari kita terutamanya para ibu mengetahui bahawa segelintir kanak-kanak agak susah untuk makan dan mereka memilih makanan.Kanak-kanak yang kurang berselera untuk makan membuatkan para ibu risau kerana mereka tidak menerima banyak zat dan sukar untuk naik berat badan serta dibimbangi akan mengalami masalah kesihatan.
Kadangkala yang jadi mak-mak selalu pening kepala bila si kecil buat perangai tak nak makan nasi. Maklumlah nasi adalah makanan ruji orang Malaysia. Kalau sehari tolak hidangan nasi, kita masih boleh bersabar tapi kalau setiap hari mencebik mulut bila hendak disuap nasi, mak pun mulalah nak naik angin.
Sebenarnya bukanlah sebab geram hidangan ditolak tetapi lebih kepada risaukan perut anak yang kosong dan sudah tentu langsung tidak mendapat khasiat yang sepatutnya untuk tumbesaran yang sihat.
Jadi, apa nak buat? Orang kata bila dah bergelar ibu, memang wajib jadi kreatif dan inovatif terutama bab memastikan anak makan makanan berkhasiat dan mengenyangkan.
Mesti ramai ibu-ibu pernah menghadapi masalah seperti di atas. Sekali-sekala, terasa juga nak olah resepi untuk galakkan anak makan nasi.
Bagaimanapun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Seorang ibu di laman facebook berkongsi tips mudah untuk menaikkan selera makan anak-anak yang dilakukannya di rumah.
Mari kita baca perkongsian menarik dari Nur Farah Haniem ini.
“Siapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yang buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bagi kat mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikut hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.”
BAHAN-BAHAN
Nasi panas dicampoq dengan beberapa titik minyak zaitun.
( kalau tiada minyak zaitun, letak butter ataupun minyak masak. Jangan tibai minyak gas sudah nahh)
Ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu.
Ayam cincang (Saya guna ayam mentah. Jangan risau sebab nanti masa goreng nugget nanti, ayamnya masak elok saja.)
Serbuk perasa* (optional, tak perlu tambah pun tak apa)
Bawang holand ( hiris halus & goreng)
( Kalau tiada bawang holand, bawang merah besar pun boleh. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit).
Garam
Telur & serbuk roti (untuk salutan luar)
CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE
Begini cara buat nugget nasi frozen yang simple dan sangat mudah.
1. GAULKAN BAHAN
“Pertama sekali, gaulkan nasi tadi bersama ubi kentang yang telah digoreng tadi dan lenyekkan sampai ubi kentang tu hancur.
Takmau ada keras-keras tau sebab takmau anak terlekat (tercekik).”
Memandangkan nugget ini untuk kanak-kanak, sebaiknya gunakan stok ayam yang dibuat sendiri supaya bebas MSG. Kalau tak nak guna pun tak apa sebab ayam cincang dah cukup perasa ayamnya. Sekarang pun dah ada banyak dijual serbuk / stok ayam jenis organik khas untuk bayi yang boleh dicari di pasaran.
2. BENTUKKAN
Seterusnya, lenyekkan bahan supaya ia melekat antara satu sama lain dan mudah berderai. Kemudian, kepal-kepalkan dan tekankan supaya leper.
Nak guna acuan ready made pun boleh.
3. CELUP TELUR & SERBUK ROTI
Bila dah jadi bentuk-bentuk yang diinginkan, langkah seterusnya adalah nak buat lapisan luarnya yang rangup.
Caranya macam biasa, celup telur dan lepas itu salutkan pula dengan serbuk roti (breadcrumb).
4. BEKUKAN & SEDIA UNTUK DIGORENG
Bila dah siap disalut, kena bekukan dulu dalam peti sejuk bahagian freezer. Lepas bentuknya dah mengeras, bolehlah goreng.
Beginilah rupanya yang belum digoreng. Mudah sangat, tapi nampak menarik, kan? Cuma guna nasi dan ayam saja.
Anak-anak yang susah makan nasi pun tentu akan suka bila tengok rupanya begini.
BEGINILAH HASILNYA!
Inilah rupanya bila dah siap digoreng, memang nampak macam nugget yang dijual di pasaran kan? Rasanya pun tetap sedap walaupun hanya menggunakan 3-4 bahan ringkas.
“Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak-anak. Biar anak makan sendiri baru dia enjoy nak makan.
Berselerak tarak pun lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tmbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam atau perasa.”
Jadi, anda pun boleh cuba juga resepi ini atau mengolahnya mengikut bahan yang anda suka. Mungkin boleh tambahkan sayuran seperti lobak merah atau bayam supaya lebih nutrisi.
Selamat mencuba!
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2yAdlIE
0 Comments