Bagaimana LIVERPOOL Dan MANCHESTER UNITED Menjadi MUSUH Sampai Sekarang Didedahkan !

 

Rooney ditanya adakah Man City adalah adalah kelab rival buat Man Utd. Dia lantas menjawab: Man City berjaya buat masa kini tetapi Man Utd dan Liverpool masih perlawanan terbesar buat kami.

Jawapan itu bukannya disebabkan Rooney adalah penyokong Everton sejati. Ini kerana adalah persengketaan paling tertua dan paling ganas dalam dunia bola sepak.
Tetapi

Kenapa dua bandar ini yang cuma terpisah 30 batu sahaja membenci diantara satu sama lain sedangkan mereka ada pasukan lain di bandar masing-masing?
Hakikatnya kenapa?
Jawapannya langsung tiada kena mengena tentang bola sepak. Tetapi ianya berpunca daripada
EKONOMI

Ketika revolusi perindustrian abad ke-19, Mancester dan Liverpool sama-sama menguasai ekonomi. Mancester terkenal dengan industri textile dan digelar “Cottonopolis”.

Manakala Liverpool mendapat faedah menjadi bandar perlabuhan dengan barangan masuk dan keluar menguntungkan penduduk Liverpool.

Namun akhirnya, apabila Terusan Kapal Mancester siap, semuanya berubah. Ianya bermaksud kapal-kapal dagang tidak lagi singgah di Liverpool. Mereka terus ke Mancester melalui Terusan Kapal Mancester.
Inilah kenapa Man United dan Man City memilih untuk meletakkan simbol kapal pada logo masing-masing. Manakala, penduduk Liverpool kehilangan punca rezeki kerana kapal tidak lagi behenti di pelabuhan.
PERMUSUHAN SAMPAI KE PADANG
Kenapa penduduk Liverpool tidak berdendam dengan Man City? Kenapa Man Utd tidak bermusuh dengan Everton?

Jawapan terbaiknya adalah sejarah dan kemenangan trofi diantara dua kelab.
Untuk peminat muda Premeir League seperti saya, saya tidak pernah melihat Liverpool mengangkat kejuaraan liga tetapi pada zamannya seperti 70-an dan 80-an, Liverpool adalah kuasa besar eropah dengan memenangi 11 kejuaraan liga dan 4 kejuaraan Eropah daripada tahun 1972 hingga 1990.
Mancester United adalah raja pada zaman 90-an.
Kedua-dua kelab adalah kuasa besar dalam bola sepak dan ia terbukti dengan 121 piala diantara mereka.
Imbas kembali pada zaman selepas perang iaitu pada final Piala FA 1977. Liverpool ketika itu sudah memenangi liga dan bakal lawan final Piala Eropah dengan Borussia Moenchengladbach. Tetapi harapan Liverpool untuk memenangi treble musim itu musnah dengan Man United mengalahkan Liverpool 2-1.
TIADA SIAPA YANG BERPINDAH ANTARA SATU SAMA LAIN
Sejak Phil Chisnall berpindah dari Man Utd ke Liverpool pada 1964, tiada lagi perpindahan antara dua kelab. Malah, jika Real Madrid dan Barcelona sekalipun, berlaku perpindahan antara mereka sebanyak 8 kali.
Dalam era moden, Rooney memang terkenal dengan darah Evertonnya dan juga Gary Neville juga terkenal dengab pergaduhan dengan Jamie Carragher 😈

Pada tahun 2011, Luis Suarez sekali lagi bergaduh dengan Patrice Evra dan selepas itu dia dikenakan denda dan digantung.
SAMPAI BILA
Ianya sampai bila-bila dengan tiada noktah. Masing-masing perlu memusuhi diantara satu sama lain.
TETAPI

WE ARE RIVAL BUT NOT ENEMY!!!

Sumber: Kelab Peminat Liverpool (Malaysia) FB

__________________________

 

Fakta Yang Orang Tak Tahu .. Kenapa Susunan Huruf Pada Keyboard “QWERTY” , bukannya “ABCDEF”

Jika anda seorang yang suka memerhati dan memikirkan sesuatu, mungkin anda perasan bahawa keyboard pada komputer atau keypad pada telefon bimbit kita disusun dengan susunan huruf QWERT, bukannya ABCDE.

kenapa susunan huruf pada keyboard “qwerty” , bukannya “abcdef” ?

Dahulu, sebelum susunan huruf QWERT diperkenalkan, mesin taip dicipta dengan susunan huruf ABCDEF.

Tetapi, masalah mula timbul apabila kebanyakkan perkataan Inggeris mempunyai huruf yang berdekatan, dan menyebabkan besi tuas penaip pada mesin taip sering tersangkut.

kenapa susunan huruf pada keyboard “qwerty” , bukannya “abcdef” ?

Disebabkan itu, Christopher Sholes mengasingkan huruf berkenaan pada tahun 1874, sehingga tercipta susunan QWERTY seperti sekarang.

kenapa susunan huruf pada keyboard “qwerty” , bukannya “abcdef” ?

kenapa susunan huruf pada keyboard “qwerty” , bukannya “abcdef” ?

Mesin taip yang telah di susun hurufnya oleh Sholes

Kredit: EraFM



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post