Bajet 2018 Semua Memihak Kepada Penjawat Awam

logo_bajet2018_baru.jpg

KUALA LUMPUR: Khabar gembira kepada penjawat awam.

Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada golongan itu bermula tahun hadapan dengan bayaran kali pertama iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018, dan RM250  lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain bayaran khas itu, Najib turut mengumumkan 12 lagi ‘khabar gembira’ bagi menghargai sumbangan para penjawat awam, iaitu:

1) Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama;

2) Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umurpersaraan wajib;

3) Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;

4) Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun;

5) Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah;

6) Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang;

7) Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi;

8) Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam.

9) Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun;

10) Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house;

11) Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000  sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan

12) Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.

Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

———————————

AKHINRYA SELESAI! KEMELUT HAFIZ, JOY REVFA BERAKHIR DENGAN ‘BA-IN SUGRHA’. ”APA MAKSUD ‘BA-IN SUGRHA’’!!

PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kemelut dan kontroversi rumah tangga, akhirnya penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik Joy Revfa bercerai talak satu.

Hafiz, 33, melafazkan cerai terhadap Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof di sini petang Rabu.

Mahkamah memaklumkan, talak satu ‘ba-in sugrha’ itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Hafiz lega akhirnya bercerai dengan Joy Revfa.

“Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan,” ujarnya.

Dengan Nama Allah Joy ‘Bersama’, Hafiz Kata Tidak!

Tiada tempoh edah bagi perceraian ‘ba-in Sugrha’ ini kerana pasangan berkenaan tidak melakukan hubungan kelamin dan mereka tidak boleh rujuk kecuali melalui proses akad nikah semula.

Semua ini hanya tinggal sejarah dan kenangan.
Hafiz ditemani pengurus Nasir Deraman dan peguam Azmi Mohd Rais. Dia tiba di mahkamah pukul 2.30 petang.

Penyanyi itu selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 12 Oktober lalu.

Joy pula diwakili peguam Aznor Suhaida Dolah.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, Hafiz yang ditemui memberitahu bersyukur kerana kes berkaitan krisis rumah tangganya yang menjadi tatapan umum akhirnya selesai.

“Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan,” ujarnya.

Manakala Joy juga meluahkan rasa lega dengan dan ingin meneruskan kehidupan baharu.

“Saya dan seisi keluarga berasa lega dan saya mahu fokus kepada anak dan perniagaan,” ujarnya.

Konflik rumah tangga Joy dan Hafiz tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan pertamanya.

Pada Ogos lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Subang Bestari.

Joy mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkahwinan terdahulunya.

sumber: mstar



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post