Baru Saja Putus Dengan Kamal Adli, Emma Maembong Sudah Dilamar VIP Bergelar Datuk?

Isu hubungan pelakon Kamal Adli dengan Emma Maembong yang berantakan dikatakan sudah menemui jalan penamatnya.Emma telah mengesahkan bahawa dia tiada apa-apa hubungan lagi dengan Kamal Adli.

Emma dikatakan kecewa selepas mendapat tahu Kamal ada berbalas mesej dengan seorang pelakon wanita.Tiba-tiba SURIA mendapat perkhabaran bahawa Emma dikatakan sudah dilamar oleh seorang VIP bergelar Datuk beberapa minggu lalu.

Katanya VIP berkenaan melamar Emma selepas berita putus hubungan Emma dan Kamal tersebar.Sejauh mana kebenaran berita ini SURIA tak dapat pastikan lagi.

Tapi kalau dah namanya pun artis popular, cantik lagi tu, pasti la ada banyak mata yang memandang dan cuba untuk menjadi pengganti Kamal. Apa-apa pun nanti kita akan dapatkan pengesahan dari tuan punya badan sendiri.

Industri hiburan kini dihujani dengan kontroversi panas melibatkan pelakon Emma Maembong, Kamal Adli dan pelakon Zahirah MacWilson.

Setelah Emma Maembong dan Zahirah Macwilson membuat kenyataan, ternyata Kamal Adli dilihat sebagai seorang lelaki yang kantoi melakukan sesuatu di belakang kekasih.

Emma semalam mengesahkan hubungan dengan Kamal Adli telah putus kerana ditipu aktir tersebut.Zahirah Macwilson pula mengamuk kerana namanya dilibatkan oleh Kamal Adli dan dikatakan menjadi badut tentang masalah melanda Emma dan Kamal.

Semalam Emma akui ada berjumpa dan duduk berbincang dengan Kamal Adli, Zul Ariffin dan juga Zahirah Macwilson.Dan untuk tidak menjadikan masalah itu lebih rumit, Emma Maembong mengambil pendekatan memutuskan hubungannya dengan Kamal sebagai jalan terbaik.

Kini setelah dua pelakon wanita membuka mulut mededahkan apa yang berlaku, wartawan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak Kamal Adli pula.Ternyata pelakon ini tertekan dan enggan melayan isu berkaitan hubungannya dengan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus.

Malah, Kamal meluahkan rasa tidak faham tindakan pelakon gandingannya dalam drama Duda Pilihan Dara itu bertindak mengeruhkan lagi keadaan.Bagaimanapun, Kamal berkata, orang ramai boleh menilai sendiri perkara berkenaan.

Ini penjelasan dari Kamal Adli melalui mStar:

“Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.”Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu,”

“Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.”Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,”Itulah penjelasan dari pihak Kamal Adli.

___________________________

 
Komen Padu Shah Rezza bila Sajat Kecam Datuk Eizlan Yusuf Ini Memang Win!!!

Selasa lalu, empat figura terkenal tanah air telah diberi penghargaan dengan gelaran Datuk dan Datuk Seri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan Jovian Mandagie.

Penganugerahan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi antara netizens yang mempersoalkan kelayakan dan sumbangan mereka kepada industri.

Hmmm…tak tau nak kata la kan. Orang dah nak bagi tu, kita amik je la kan? Rezeki masing-masing.

Admin tertarik dengan perkongsian oleh aktor kita yang popular sekitar 90 an dahulu tentang penganugerahan Datuk kepada Eizlan Yusuf. Memang lawak habis!!!

shahrezza61: Tahniah pada @eizlanyusof atas anugerah Dato’ Sri … Lepas ni project seterusnya mesti lah ‘Mencari Datin Sri… !’

Betul jugak kan. Dah lama sangat menduda tu. Tak kan tak terbuka hati untuk cari pengganti?

Yang tak best nya pulak, komen si Sajat ni. Mentang-mentang la tuan punya badan berduit. Kenapa perlu komen macam tu? Ke Sajat ni.melawak?

Mungkin Sajat ni berseloroh je kot susulan lawak Zizan tempohari.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post