KUALA LUMPUR – Bekas peserta Akademi Fantasia (AF)m Anding atau nama sebenar, Anding Indrawani Zaini, 34, menafikan dirinya adalah lelaki dalam rakaman video lucah (sejenis) yang tersebar di laman Tumblr.
Lapor Malay Mail Online, Anding menegaskan lelaki dalam rakaman itu bukan dirinya kerana hidung mereka ternyata tidak sama.
“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tetapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya.
“Saya masih boleh berfikiran waras dan tidak akan melakukan perkara yang tidak senonoh seperti itu,” katanya.
Ekoran penularan gambar dan rakaman tersebut, Anding akan membuat laporan polis dan berharap masyarakat tidak menuduhnya mengamalkan gaya hidup songsang hanya kerana dirinya masih belum berkahwin dan kerap ke gimnasium.
“Mungkin atas sebab itu mereka juga menyangka saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan.
“Saya akan ambil tindakan dan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah dan kerjaya seni saya. Tambahan pula sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah lelaki seakan-akan saya, sekarang video pula,” katanya.
Sebelum ini, pelakon baharu, Eyka Farhana juga turut menjadi mangsa fitnah individu yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya adalah wanita yang berada dalam rakaman video lucah tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, Eyka tampil menafikan dakwaan itu dan telah membuat aduan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta laporan polis.
Dalam kenyataannya hari ini, Eyka menggesa pihak berkuasa menahan individu-individu yang terlibat dalam menyebarkan rakaman fitnah itu. Namun begitu, pihak SKMM hanya dapat membantu memadamkan video itu dari terus tersebar di media sosial.
Eyka juga mendakwa dia juga masih menyimpan salinan paparan skrin beberapa individu yang mendakwa kononnya mereka mempunyai bukti bahawa wanita dalam video itu adalah Eyka. Salinan paparan skrin itu juga telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
sumber thereporter
_____________________________________________
‘Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan’ – Guru tegur ibu bapa hantar anak ke sekolah walaupun sakit
“Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan (dek demam panas) di sekolah,” demikian kata guru lelaki ini yang kesal ada sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan kerja dari anak mereka yang tidak sihat dan tetap dihantar ke sekolah.
Tidak dinafikan, ibu bapa berhempas pulas mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga. Namun, perlu difahami juga bahawa guru-guru mempunyai tugas mereka untuk mendidik anak-anak yang lain. Justeru, mereka tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak yang tidak sihat.
Oleh itu, jangan anggap sekolah sebagai taska dan jangan anggap guru sebagai pengasuh kepada anak-anak kita. Hormatilah mereka sebagai pendidik anak kita dan kekalkan begitu sehingga bila-bila. Kesihatan anak adalah tanggungjawab ibu bapa, guru hanya membantu sekadar yang termampu sahaja.
BILA ANAK TAK SIHAT
“Kenapa awak monyok saja ni. Tak sihat ke?” tegurku pada seorang murid perempuan yang kelihatan tidak bermaya.
Dia diam tanpa menjawab. Namun riak wajah dan kelopak mata yang kuyu itu menjelaskan situasi dia. Terus aku menuju ke meja dan memegang dahi. Allah, panas betul. Terus aku pimpin ke bilik air dan basuh kepala dia. Panas sebegini boleh membawa implikasi yang teruk pada budak usia bawah 10 tahun. Silap-silap boleh sawan atau lebih teruk lagi boleh merosakkan otak.
Selepas membasahkan kepalanya, aku terus bawa murid berkenaan ke pejabat. Masuk bilik PK Petang, cari ‘cool fever’. Tampal di dahi dan cepat-cepat aku menghubungi mak dan ayahnya. Sejam kemudian, mak dan ayahnya sampai. Terus aku suruh bawa pergi ke hospital. Namun sempat jua aku bertanya,
“Kenapa abang hantar anak ke sekolah walau dia demam?”
“Saya kerja cikgu. Kalau tak hantar ke sekolah, saya kena ambil cuti. Cuti dah tak banyak ni,” jawabnya.
Aku diam saja. Namun di hati tidak rela. Kesihatan anak diperjudi semata-mata kerana kerja. Paling aku geram, dah tahu anak demam sepatutnya maklumkan pada guru kelas. Biar guru tahu dan sedar dan sekurang-kurangnya ada pemantauan lebih sikit dari guru.
Pergilah pejabat sekejap, lepas punch in cakaplah elok-elok dengan boss nak bawa anak ke hospital. Itu kalau jenis sayangkan kerja melebihi anaklah. Seeloknya, ambil saja cuti. Jaga dan bawa anak ke hospital. Demam panas bukan boleh buat bergurau bang. Silap-silap boleh cacat otak. Nauzubillah.
Kisah yang aku tulis ini berlaku beberapa tahun dulu. Dan hal begini berlaku berkali-kali dalam setahun. Anak yang sakit dipaksa pergi ke sekolah dengan alasan tiada orang nak jaga sedangkan ibu bapa kerja.
Apa kau ingat guru ini doktor? Kami tak boleh nak pandai-pandai bagi ubat waima sebiji panadol. Tidak boleh kerana kami bukan pegawai kesihatan. Kami bukan pengasuh yang boleh tengok dan pantau anak kau setiap masa. Kami perlu bergerak dari kelas ke kelas. Kami perlu mengelola pelbagai aktiviti dan program. Tidak boleh tercongok macam pengasuh nak jaga anak kau bang. Seribu lebih lagi murid lain perlu kami jaga.
Maka bila berlaku kejadian begini, guru biasanya basahkan kepala murid dengan air dan tampal ‘cool fever’. Selepas itu, murid ini akan dibawa ke bilik guru dan diminta berehat di meja guru. Guru-guru lain dipesan untuk tengok-tengokkan murid bila guru itu terpaksa masuk kelas lain, pergi solat dan sebagainya. Begitulah kebiasaannya.
Nak tinggalkan di bilik rawatan, siapa nak jaga? Nak tinggal di kelas, lagi tak boleh.
Jadi para guru terpaksa menjaga murid itu bergilir-gilir mengikut masa yang mereka ‘free’ sementara menunggu waris tiba. Lebih menyedihkan, ada ibu bapa tidak menjawab panggilan telefon walau berpuluh kali cuba dihubungi.
Utamakanlah kesihatan anak-anak. Jangan anggap sekolah itu nursery. Jangan buat cikgu-cikgu itu macam bibik. Jangan harapkan cikgu yang akan bawa anak kita ke hospital. Cikgu-cikgu pun ada banyak tugas lain yang perlu diselesaikan. Ada beribu lagi murid yang perlu diberi perhatian.
Anak kita tanggungjawab kitalah. Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan dan boleh menyebabkan terencat akal. Nauzubillah. Beringatlah sebelum terkena.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
__________________________________________
‘Kalau suami nak kahwin lain, biarkan saja bakal madu ambil alih kerja kita’
Suami nak kahwin lain? Bagi saya senang. Pergilah nak nikah sekalipun. Tak nak berebut kalau dah tak elok, kan? kan? Buat apa simpan? Stress. Lelaki ini, makin tua nampak saja handsome sebab mereka tak beranak. Isteri jaga makan, pakai sehinggalah masalah dia pun kita yang selesaikan.
Ada nampak lelaki/suami selepas waktu pejabat pakai lawa-lawa, wangi, romantik selepas kahwin? Kalau isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang makan, tak teruruslah anak orang itu. Itu belum lagi lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin bagai.
Relaks, salam tangan bakal madu itu dan ucapkan terima kasih sebab dia nak sangat ‘jaga’ suami kita. Perempuan ini kalau ada suami orang suka pada dia, mereka tiba-tiba akan rasa seperti wirawati. Lelaki dah masuk umur 40-an, tak ada masa dah nak layan tengok wayang, shopping, masuk dapur bagai. Nak dodoi anak balik? Mimpilah.
Lelaki selalu kata bahawa mereka lebih cerdik dari wanita. Siap dengan bukti dari Al-Quran. Tetapi kita tengok banyak juga bukti di akhir hidup wanita yang lebih bahagia. Apa yang ditulis dalam Al-Quran itu sebagai panduan.
Berkahwin lebih dari satu bukan satu kesalahan dan bukan satu hukum wajib atau tuntutan. Cuba baca banyak kisah-kisah dalam syurga. SubhanAllah, cantiknya bidadari syurga tak boleh nak cakap. Kalau pembantu bidadari dah cantik, apa lagi isteri kita yang jadi penghulu bidadari?
Sabar saudara, dunia ini sekejap saja. Tak payah tunggu kiamat untuk ke syurga, buat baik dan bersabar saja. Dunia kita tenang, mati kita selesa, kiamat kita berjaya. Takut harta jatuh ke tangan wanita lain? InshaAllah tak kemana. Yang baik tentu jadi hak isteri jua. Hukum faraid ada, Allah tahu semua. Anak-anak dan diri sendiri lebih berharga.
Bayangkan suami/bekas suami terpaksa beli kasih sayang anak-anak dengan wang. Penat, penat. Selalunya orang yang banyak kahwin ini tak ada harta, yang ada hutang sajalah. Kerja pula sampai ke tua.
Kalau suami nak berkahwin lagi, bagi suami itu jadual. Seminggu saja dalam sebulan datang ke rumah. Dalam tiga minggu itu, kita relaks saja pergi SPA, pergi masjid, riadah dengan anak-anak. Buat perkara yang sudah lama kita teringin nak buat. Biar isteri baru itu uruskan semua hal makan minum pakaian sakit pening dia. Itu yang dia nak, kan?
Ingat bahawa, syurga sangat mudah bagi kita wanita. Solat pun kelam kabut, lima waktu pun macam nak perang kalau buat. Quran setahun sekali buka, itupun baca dalam hati. Puas harap bulan ramadan saja. Itupun banyak tidur dari membantu isteri. Ini ada lagi nak tanggung beban konon.
Kadang-kadang wanita tak nampak nikmat sebenar bila suami berkahwin lagi. Allah nak bagi cuti! Cukup sebulan kita terima nafkah sahaja. Allah akan cukupkan sebab dah bagi laluan mudah pada orang lain. Suami mana tak sayang isteri? Bodoh atau hodoh mana pun isteri, tetap seorang isteri. Tanpa isteri, mana mereka dapat gelaran ayah?
Lebih-lebih lagi anak dah besar. Hidup mesti ada penghujung. Susahlah nak tengok orang nikah lebih dari satu ini bahagia. Pening serba tak kena. Siang malam pegang kalkulator. Menipu jadi darah daging. Boleh ke isteri baru tengok husband pegang handphone WA anak-anak dan isteri pertama? Stress, jangan fikir nafsu tetapi fikir amanah Allah dan soalan akhirat. Sedap hanya 10 minit saja, faham kan?
Saya suka Tun Dr Mahathir dalam bukunya kata, orang yang kahwin lebih dari satu ini mengambil hak orang lain yang sepatutnya kahwin. Orang bijak cakap begitu, bijak dalam segala segi. Bukan Tun jahil agama, sebab dia arif makan dia tak mahu susah, tak mahu lukakan hati isteri dan anak.
Yang cakap pun ustaz, lelaki tetap lelaki. Bak kata guru agama saya di Bahrain ini, dalam agama ini banyak hal yang jauh lebih penting. Saya belajar fiqh bab zakah dan inheritance dah dua bulan tak habis-habis. Saya belajar tajweed sudah dua tahun namun masih belum hafal rules dan makhraj belum cantik.
Belajar bahasa Arab? Penuh dinding dengan sofa. See a lot of things more important. Alhamdulillah suami selalu beri semangat untuk belajar. Siap buat jadual untuk saya dan sanggup keluar waktu pejabat dengan izin majikan sebab dia nak hantar dan jemput saya. Saya bukannya tak boleh memandu di negara Arab, tetapi dia kata nak tumpang pahala.
Banyak perkara yang lebih berfaedah untuk dibuat di hujung usia. Orang sibuk mengumpul harta akhirat, awak dok gelek anak dok tunjuk power tak power. Hidup pun dengan suppliments.
Kalau isteri tak cantik, bawa ke SPA.
Kalau isteri tak wangi, mandikan dengan air bunga.
Kalau isteri tak pandai, hantar pergi kursus.
Kalau isteri dah tua cerminkanlah diri dari atas ke bawah dan depan serta belakang.
Perut isteri mengelebeh sebab dah berapa nyawa hidup dalam dirinya. Dah berapa tahun suami guna?
Perut suami pula buncit sebab isteri bagi makan empat kali sehari.
Bagi isteri tua, jangan cemburu jika ada wanita cantik peluk suami kita yang sudah tua. Kita tahu, kan? Shhh!
Tengok wanita muda memang cantik dengan warna warni serta senyuman. Wajah wanita berusia nampak sejuk dan rona-rona kehidupan dan pengalaman. Kalau betul wanita itu cantik dan bijak, tidaklah tersangkut pada yang tua. Lelaki/suami janganlah dek kerana nafsu maka kamu campakkan wanita/isteri dalam kepayahan dan kesusahan.
Tak tahu berapa banyak wanita yang jumpa kaunseling, doktor, bomoh untuk rebut lelaki yang tidak guna. Bila wanita/isteri silap, maka dosanya kamu juga tanggung. Nauzubilllahiminzalik. Alhamdulilillah suami saya sangat bertanggungjawab.
Sumber Kisah Rumah Tangga
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments