Cantik Bagai Peragawan! 8 Gambar Isteri Tony Fernandes, Chloe Berasal Dari Korea


Siapa sangka dalam senyap-senyap, Tan Sri Tony Fernandes telah berkahwin dengan teman wanitanya yang berasal dari Korean dikenali dengan nama Chloe.

Pernikahan itu diadakan di Cote d’Azur, di hadapan keluarga dan teman dekat. Dengan mengenakan gaun putih nampaknya perkahwinan pasangan ini terlalu privasi sehinggakan gambar-gambar tidak terlalu banyak didedahkan.

 

 

 

Namun Hangat.com dapat menemui beberapa gambar di mana Chloe memakai pakaian seragam krew penerbangan AirAsia. Gambarnya terlihat dalam senarai jenis Port Folio Fotografi yang disediakan oleh sebuah Studio Pergambaran di Korea. Namun tidak dapat disahkan sama ada benar atau tidak itu adalah Chloe yang juga seorang kakitangan AirAsia. Berikut antara gambar-gambar Chloe yang comel. Tapi nampak sama kan?

 

 

 

 

 

 

Tidak banyak yang diketahui tentang Chloe, yang berusia 20-an. Pasangan itu dikatakan telah berpacaran lebih dari dua tahun sebelum bernikah semalam.

Antara tetamu VVIP yang menghadiri majlis dan penerimaan itu ialah pengerusi AirAsia dan ketua eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafizah Aziz.

 

Sumber : Hangat.com

_________________________

Tahniah! Amyra Rosli Selamat Bersalin Anak Lelaki


Amyra Rosli selamat melahirkan bayi lelaki pada Ahad. Foto Instagram @amarbaharin

PETALING JAYA: Pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada Ahad.
Ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi memberitahu Amyra bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

“Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

“Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Amar dan Amyra memuat naik gambar yang memperlihatkan tangan anak mereka di Instagram buat tatapan peminat.

Noor Zaridah atau lebih mesra dengan sapaan Kak Noor berkata, suami Amyra iaitu pelakon Amar Baharin paling gembira dengan kehadiran bayi mereka dan kini sedang sibuk menguruskan keperluan isteri dan anak mereka.

Ditanya mengenai nama cucunya, Kak Noor berkata, dia membiarkan Amar dan Amyra yang membuat pengumuman mengenai perkara itu nanti.

Sementara itu, Amyra menerusi Instagram turut memuat naik gambar anaknya selain berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan dirinya dan kelurga.

“Alhamdulillah… “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan” Amin.

“Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami,” tulisnya.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

sumber :mstar



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post