Cara Lelaki ini Menghargai Isteri Dengan Menghadiahkan Isteri, Dua Buah Rumah Dalam Setahun..!

Mempunyai suami yang penyayang adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Tidak cukup dengan hanya memberi kesetiaan dan kasih sayang, suami ini sanggup menghadiahkan dua buah rumah dalam masa setahun buat isterinya.

Boleh dibilang lelaki seperti ini, kebanyakan suami bila dah senang akan mula cari lain. Tapi tidak bagi lelaki ini. Gara-gara isterinya sanggup meninggalkan kejayanya, si suami telah membalas dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Menerusi perongsian Muhd Farid, bagaimana beliau menghargai isterinya yang sanggup bersusah senang dengannya.

Empat tahun yang lalu,
Aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti menjadi isteri aku,
Aku gentle berjumpa ayah isteri aku ini menyatakan hasrat di hati ingin menikahi anaknya sebelum menghantar rombongan keluarga.

Masa ni isteri aku bekerja sebagai Engineer Intel di Penang. Aku plak bekerja pencacai di Singapore, ahahaa. Memang hubungan ketika ini secara jarak jauh sebelum dan selepas berkahwin.

Masa ni memang aku tak ada budget nak kahwin secara besar-besaran. Buat majlis pun satu belah pihak sahaja iaitu belah pihak perempuan.
Janji kahwin !!!

Part hantaran plak, orang sibuk viral kalau kelulusan Degree minima RM 15,000.
Aku rileks je nego mintak RM 8,000 je. Mujur isteri aku tak kisah dan terima kewangan aku ketika itu.

Mas kahwin aku bagi Enam Dinar emas yang aku kumpul sejak mula bekerja.

Hantaran Sebiji Rumah

Dalam masa yang sama, timbul satu idea untuk beri hantaran sebuah rumah kepada isteri aku ini. Aku mintak dokumen dari isteri aku. Dan aku carikan sebiji rumah untuk beliau sebagai backup untuk diri dia sendiri. Kos deposit + kos lawyer + baik pulih rumah + kemasukan penyewa semuanya di uruskan oleh aku. Nak belikan kereta memang bukan keperluan memandangkan dia ada kereta kebal arwah atuk dia. Masa ni memang strungle habis, ikat perut * buat OT + side income, sebab kumpul deposit rumah + duit kahwin sebab tak mengharapkan Personal Loan.


Alhamdulillah kami di kurniakan cahaya mata setahun kemudian.

Masa tu aku mintak dia berhenti kerja dan aku menyara keluarga seorang diri. Duduk di rumah kecil jenis 2 bilik 1 bilik air. Gaji tak besar tapi cukup untuk kami sekeluarga hidup. Kami hidup macam rakyat marhaen biasa.

Ini kisah empat tahun lepas.

Alhamdulillah tahun ni, aku di kurniakan lagi cahaya mata yang baru. Dua-dua lelaki, Oklah boleh meneruskan perjuangan aku nanti.

Rumah yang aku berikan pada isteri aku. Aku mintak dia jual. Sebab dah masak ranum. Untung RM 130,000 dalam tempoh 4 tahun. Dimana kalau nak simpan sendiri secara manual perlu menyimpan sekitar RM 2708/bulan. (Boleh ke korang konsisten menyimpan macam ni)

Kalau aku belikan dia kereta time tu, agak-agak mesti dah separuh harga kereta isteri aku ni.

Terpulang kepada dia nak buat apa duit itu,
Beli handbag LV,
Beli mini cooper cash,
Simpan sahaja dalam ASB,
Beli rumah lagi dan lagi,
Melancong ke Oversea,
Beli emas sampai lengan,
atau apa sahaja.

Sebab setiap tahun pun aku masih hadiahkan dia sebuah rumah sempena anniversery dan besday dia. 2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, pasif income dia jugak setiap bulan

Tak perlu ikut cara aku 100% tapi ambik ilmu yang cuba aku sampaikan dan praktiskan dalam kehidupan rumah tangga korang.

*Gambar kenangan ketika kami masih bertiga sebelum muncul pihak keempat.

Kami pernah hujan basah bersama ketika menunggang motorsikal suatu ketika dahulu dan isteri aku sanggup korbankan hanya aku sahaja yang memakai baju hujan ketika itu memandangkan hanya ada satu baju hujan sahaja.

Sumber – Muhd Farid



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2gnzrDM

Post a Comment

0 Comments

Featured Post