Daun Pandan Mungkin Akan Jadi Trend Makanan Terbaru di UK, AS – Chef Selebriti Nigella Lawson


Bila cakap saja daun pandan, otak kita akan mula teringatkan nasi pagi popular di Malaysia – nasi lemak. Tapi penggunaan daun pandan di sini boleh dianggap perkara biasa. Malah masih ramai suri-suri rumah yang menanam sendiri daun pandan di belakang rumah.

Tapi di Amerika dan UK, daun panda kini dilihat semakin popular dan mungkin akan menggantikan avacado untuk menjadi trend global terbaru, kata chef selebriti, Nigella Lawson.

Menurut beliau, daun itu kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan restoran di suri rumah di Amerika.

Tambah chef Britain itu juga, daun itu hanya menunggu masa untuk menceroboh dapur-dapur di Britain.

“Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan),” katanya.

Daun pandan, yang mempunyai aroma wangi, sangat popular di Malaysia dalam pembuatan kuih muih seperti kuih seri muka, onde-onde dan kuih tayap.

Menurut The Independent, Lawson merupakan terkenal sebagai seorang trensetter kerana dia menyebabkan hasil jualan avacado mencanak naik sebanyak 30% apabila dia membawanya ke kaca TV.



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2x1y4RF

Post a Comment

0 Comments

Featured Post