Dua ekor kerbau yang ditemui di temat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut. – Bernama
SEREMBAN: Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri dua ekor kerbau dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Happy di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian jam 5.20 pagi itu disedari polis peronda lebuh raya sebelum bertindak mengejar suspek selepas dilihat mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.
“Kenderaan jenis Mitsubishi Grandis itu telah keluar di Plaza Tol Port Dickson arah selatan menghala ke Jalan Rasah dan didapati telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
“Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran Taman Happy, Jalan Rasah di sini dan gagal dikesan,” katanya kepada media di sini hari ini.
Sulizmie Affendy juga berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya ke atas kenderaan terbabit telah menjumpai dua ekor kerbau di bahagian tempat duduk penumpang belakang dipercayai dicuri.
“Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek adalah palsu.
“Kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan dua ekor kerbau itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Seremban untuk dijaga sementara kes masih dalam siasatan,” katanya.
Beliau berkata, usaha menjejaki dan menangkap suspek sedang dilakukan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
__________________________________
Video tular wanita terajang wanita: ‘Kalau nak panggil polis, panggillah!’
Kekecohan yang tercetus di pekarangan stesen KTM Ipoh itu mengejutkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi tersebut. – Sumber: Media Sosial
IPOH: Suasana di sekitar stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh gempar apabila seorang wanita bertindak ganas dalam satu pergaduhan yang tercetus pada petang Isnin.
Kekecohan itu turut dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian yang terkejut dengan pertelingkahan tersebut yang dipercayai hanya berpunca daripada pintu kereta yang tidak sengaja dikemikkan.
Rakaman video yang berdurasi 41 saat itu viral di laman sosial Facebook sejak semalam yang menunjukkan aksi seorang wanita menjerit dan menyepak seorang wanita lain.
“Kalau nak panggil polis, panggillah, saya tak kenal dia.” Itu adalah antara ayat yang terkeluar dari mulut wanita itu selepas dia menyepak wanita yang dilihat terduduk di lantai di pekarangan KTM Ipoh.
Menurut saksi kejadian, kekecohan tersebut berlaku berikutan pintu kereta salah seorang wanita itu kemik akibat terhentak yang kemudiannya mencetuskan pergaduhan antara dua wanita itu.
Rakaman menunjukkan wanita yang dipercayai pemilik kenderaan dengan pintu kemik itu bertindak menyerang dan menggunakan kekerasan fizikal sebelum menjerit-jerit bahawa dia tidak takut jika mangsa membuat laporan polis.
Rata-rata pengguna laman sosial Facebook memberi komen negatif terhadap tindakan wanita tersebut yang disifatkan mereka sebagai telah hilang rasa hormat sesama wanita.
Antara komen yang dilontarkan ialah; “sifat hormat dah hilang, kaki pun boleh.”
Astro AWANI akan membuat laporan susulan mengenai insiden ini dengan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa.
sumber astroawani
_______________________________________
Kongsi foto ‘baby bump’, Yaya Maembong bakal namakan anaknya Mohammad
Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 42, memberi gambaran bakal menamakan anak lelakinya dengan nama Mohammad.
PELAKON Yaya Maembong mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Jantina anak keduanya itu didedahkan oleh Yaya menerusi akaun Instagram (IG) nya semalam.
Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 42, turut memberi gambaran bakal menamakan anak lelakinya dengan nama Mohammad.
“Assalamualaikum Mohammad…” tulisnya ringkas.
Kakak kepada aktres Emma Maembong ini dijangka bersalin pada Februari tahun depan.
Yaya telah berkahwin dengan aktor Wan Raja pada Disember 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Seri Aileen Marissa yang kini berusia 17 bulan.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat anak kedua pasangan selebriti berkenaan.
@auneemansor: Alhamdulillah. Tahniah kak. Waaa tak lama lagi @seriaileen nak jadi kakak dah la.
@wanzhafransmartselangorkj02: Alhamdulillah tahniah @yaya_maembong.
@ziemadin: Alhamdulillah tahniah dear.
Foto: Instagram @yaya_maembong
Teks oleh: Mya Amri
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments