EINA AZMAN TERKEJUT DAPAT HADIAH TELEFON BERNILAI RM33K !

Baru sejam yang lalu, pelakon, Eina Azman atau nama sebenar Datin Paduka Ainur Syakina Azman, telah memuat naik video di Instagram yang menunjukkan beliau menerima hadiah dari suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Terkejut diberi hadiah berkenaan, perlahan-lahan Eina membuka kotak tersebut dan mendapati di dalamnya adalah telefon bimbit yang diidamkannya selama ini.

“Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni, yang? So nice. Oh my god. Thank you sayang,” katanya.

Semakkan di laman rasmi Vertu, telefon bimbit yang dihadiahkan kepada Eina adalah Vertu model Aster (Raspberry Ostrich), berharga $7,900 (RM33,424.90) seunit.


Sementara itu di ruangan komen, peminatnya juga tumpang gembira dan mendoakan pasangan itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.



Eina dan Kaiser Gurmet berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan (Arianna Aubrey dan Karl Kareef) selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga.

 

[ JOM BACA CERITA TERKINI ARTIS MALAYSIA ]

Upload gambar sama di Instagram, Fasha dan Jejai akan kembali bersama..?

Dua jam yang lalu, pelakon, Nur Fasha Sandha  Hassan dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau jejai, memuat naik gambar yang sama di laman Instagram menimbulkan persoalan ramai, apakah mereka berdua bakal kembali bersama?

Dalam gambar yang dimuat naik, tertera ayat-ayat berikut:

“..Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Rizal, jalan-jalan kebaikan di antara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini..”

Begitu juga dengan gambar yang dimuat naik oleh Jejai yang hanya beza pada nama sahaja.

Sementara itu di ruangan komen, followers Fasha tidak putus-putus mengucapkan kata-kata syukur dan amat berharap Fasha dan bekas suaminya rujuk semula demi masa depan anak-anak mereka.




Fasha dan Jejai sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

Doakan yang baik-baik untuk mereka, semoga Fasha dan Jejai dipermudahkan urusan.

Sumber- thereporter



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2hNDk8H

Post a Comment

0 Comments

Featured Post