Gambar kereta peronda polis dikapit tayar ini buat netizen terhibur

Sekeping gambar kereta peronda milik PDRM yang dikapit tayar di hadapan sebuah restoran telah jadi tular sejak semalam.

 

Kereta peronda MPV, Proton Perdana V6 yang dikatakan telah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan ini telah dikunci oleh pengawal keselamatan.

Insiden yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan komersial di Cyberjaya ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berasa ‘gembira’ dengan tindakan pengawal keselamatan itu.

Seorang pengguna Twitter, Shazwan Musk turut memaklumkan insiden tersebut kepada pihak PDRM menerusi laman Twitter milik PDRM namun tiada sebarang respons yang diterima setakat ini.

Foto kenderaan itu, diparkir di depan restoran Salam Noodles, dikongsi lebih 20,800 kali dan digemari lebih 7,600 pengguna Twitter.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah insiden pertama yang melibatkan kenderaan milik PDRM yang dikapit tayar akibat kesalahan yang serupa.

 

 

 

 

 

 

Turut dirakamkan sebuah kereta rasmi milik seorang menteri kabinet yang telah dikapit tayarnya akibat kesalahan yang serupa.

 

Sumber: OMM

_______________________________

Tayar dikunci setelah parkir di petak OKU, habis penguatkuasa ini dimakinya !

Masalah parkir seperti double parking dan penyalahgunaan petak parkir OKU bukanlah perkara yang baru di Malaysia. Mentaliti retard yang dimiliki oleh ramai pemandu-pemandu di Malaysia ini menjadikan isu ini seperti tiada jalan penyelasaian.

Terbaru, sebuah rakaman insiden pergaduhan di antara pemilik kenderaan dengan seorang penguatkuasa telah tersebar di laman media sosial.

Di dalam video tersebut, pemandu wanita itu dilihat menjadi berang setelah mendapati tayar kenderaannya dikunci oleh peguatkuasa itu.

 

 

Berdasarkan kepada perbualan di antara wanita tersebut dengan penguatkuasa yang bertugas, pemandu wanita itu telah meletakkan kenderaannya di petak parkir OKU hanya kerana mahu singgah sebentar membeli makanan daripada sebuah restoran sebelum mendapati tayar hadapannya telah dikunci oleh peguatkuasa MPSJ.

 

Berikutan itu, tercetus pertengkaran kecil di mana pemandu wanita tersebut cuba mempertikaikan tindakan peguatkuasa tersebut kerana menurutnya tindakan itu adalah tidak wajar kerana pemandu wanita itu hanya meletakkan kenderaa seketika kerana mahu membeli makanan untuk suaminya.

Selain itu, wanita itu turut memberitahu peguatkuasa tersebut bahawa suaminya merupakan seorang OKU dan beliau sepatutnya diberikan sedikit kelonggaran memandangkan beliau keluar di atas urusan mahu membeli makanan untuk suaminya itu.


Insiden itu kemudiannya telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya mengecam tidakan pemandu wanita tersebut dan menyifatkan perbuatnannya itu seperti menegakkan benang yang basah.

 

Selain dikecam kerana meninggikan suara dan percubaan untuk memprovokasi peguatkuasa, netizen turut menyifatkan pemandu wanita itu tidak ubah seperti samseng kerana membawa pengunci stering ketika berlakunya pertengkaran itu.

_______________________________

Buat jalan tu biarlah ikhlas, jangan buat jalan macam ‘haram’



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post