Berikutan tersebar sekeping gambar penyanyi Mila Jirin yang didakwa seksi tidak kena dengan perwatakannya yang bertudung, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin hari ini tampil memohon maaf.
Beliau berbuat demikian selepas dilihat ada pihak yang kurang senang dengan fotonya itu selepas ianya diaploitasi sedangkan gambar itu tidak memaparkan sebarang pendedahan aurat, cuma seluarnya seakan-akan warna kulit.
Menurut beliau, gambar itu bukanlah untuk ditayangkan kepada umum, gambar itu diambil dalam satu sesi fotografi sebuah akhbar itu sekadar suka-suka dan bukan berniat untuk ditayang kepada umum.
“Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu.
“Saya pun tidak muat naik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular,”ujarnya.
Mila berkata demikian selepas diminta mengulas tentang foto dia baring di sebuah tab mandi dengan seluar berwarna kulit.
Gambarnya itu menjadi tular dengan akta-kata agak negatif daripada peminat di mana mereka menganggap aksinya tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.
“Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain.
“Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil,” ujarnya.
Tambah Mila, dia akan lebih berhati-hati untuk bergambar biarpun sekadar untuk simpanan peribadi.
Sumber: mStar Online
[ Cerita Artis Terkini WAJIB BACA ]
Giliran Zulin Aziz Pula Jadi Mangsa Individu Tidak Bertanggungjawab Sunting Foto Lucah.
Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz, 28, menjadi mangsa tindakan individu tidak bertanggung jawab yang menyunting gambarnya menjadi foto lucah kemudiannya dihantar ke laman Twitter milik Zurin.
Zulin berkata, dia kejutkan dengan beberapa gambarnya bertudung tetapi badan orang lain yang dilihatnya sebaik sahaja membuka Twitternya kelmarin.
Jelas Zulin individu yang tidak bertanggungjawab itu menggunakan Twitter palsu untuk memuatnaik gambarnya itu di laman sosial berkenaan disertai kapsyen yang lucah.
“Sejak bergelar artis, ini pengalaman pertama saya menerima gangguan lucah sebegini. Saya sudah minta peminat melaporkan kepada pihak Twitter agar akaun palsu itu dipadamkan.
“Memang sah bukan tubuh saya kerana ‘orang’ dalam gambar itu sangat gemuk. Walaupun itu bukan saya dan sedia maklum ia disunting, saya tetap terkejut kerana ada individu tergamak melakukannya.
“Saya rasa akaun Twitter itu milik seorang wanita atau remaja kerana suntingan gambar dan kata-katanya agak keanak-anakkan,” ujarnya.
Zulin memohon individu tersebut tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia sangat mengaibkan mangsa yang terlibat.
“Bukan setakat menjatuhkan air muka saya, perbuatan itu juga boleh mengundang musibah lebih besar jika ada yang salah faham.
“Dia turut menghantar video lucah di Twitter. Gunakan media sosial secara betul dan janganlah cuba meraih populariti dengan cara begini,” katanya.
Zulin menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya perkara sama berulang lagi.
Sumber- Harian Metro
Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2fWiEY3
0 Comments