KUALA LUMPUR – Viral di media sosial video seorang wanita yang memecahkan kesemua cermin sebuah kereta jenis Honda milik suaminya, awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin yang pada awalnya dilaporkan berlaku di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, wanita yang tidak diketahui identitinya itu berang suaminya tidak pulang ke rumah selepas jam tiga pagi.
“Wanita itu berang suaminya tak balik setelah jam 3 pagi lalu bertindak memecahkan cermin kereta milik suaminya itu sebelum berjaya ditenteramkan orang ramai beberapa jam kemudian,” kata sumber.
Bagaimanapun, menurut seorang wanita yang menggunakan nama Are Liyn di Facebook berkata kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kelab malam di Jalan Ampang di mana, pemilik kereta Honda berwarna merah tersebut telah meletakkan keretanya di situ semenjak jam 1 pagi sehingga jam 6 pagi.
“Perhatian ye, ini kat Dorai la. Yang pakai seluar pendek itu, yang terjerit-jerit itu semua yang lepak di situ dan nampak apa yang terjadi. Dari jam 1 pagi, kereta suami dia dah park di situ sampai jam 6 pagi pun masih berada di situ.
“Suami dia curang. Suami bai, bukan teman lelaki. Lahanat! Suami tak bagi dia keluar walaupun dengan kawan-kawan perempuan. Akhirnya isteri dapat tahu suami dia keluar lepak Dorai sekali, ada betina. Kau rasa? Suami dia sendiri yang cari penyakit.
“Isteri mana yang tidak mengamuk bila isteri nak keluar dengan kawan-kawan, suami tak bagi. Tetapi suami boleh pula keluar lepak di ‘kelab’ dengan kawan dan ‘betina’! Korang fikirlah sendiri,” katanya yang turut memuat naik tiga video ekstra yang menunjukkan si isteri sedang berusaha memecahkan kesemua cermin kereta suaminya itu.
Difahamkan, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Sementara itu netizen menasihatkan pasangan-pasangan yang bakal atau sudah berkahwin di luar sana berpada-padalah bila membuat aktiviti di luar. Jika perlu, tinggalkanlah aktiviti yang tidak berfaedah. Sebaliknya utamakan dan luangkan masa bersama keluarga kerana itu lebih baik dari mewujudkan prasangka yang bukan-bukan.
____________________________
BEKAS TIMBALAN KETUA PENGARAH JPJ.. DIDENDA MAKSIMUM RM2,000..
Bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob didapati bersalah kerana memandu di laluan kecemasan dan didenda maksimum RM2,000.
Hakim Mahkamah Majistret Putrajaya Muhammad Zaki Abdul Kudus membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada peguam Yusoff, Baljit Singh Sidhu dan timbalan pendakwa raya Izzat Fauzan.
Baljit menggesa majistret merujuk kepada mitigasi sebelumnya dan meminta hukuman yang “memadai”.
Izzat berhujah bahawa sebagai penjawat awam yang diberi kuasa untuk menegakkan Akta Pengangkutan Jalan 1957, Yusoff perlu diberi hukuman maksimum kerana melanggar undang-undang.
Yusoff, 58, didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kereta bernombor pendaftaran BLY68 di Lingkaran Putrajaya pada jam 6.27 petang pada 7 Oktober 2016.
Kesalahan itu melanggar Kaedah 53 (1) Peraturan Lalulintas 1959 dan dengan itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 119 (1) (c) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Yusoff pada 18 Julai mengaku bersalah menerusi seorang wakil dan didenda RM600, menyebabkan gesaan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadapnya memandangkan kedudukannya sebagai penjawat tinggi awam pada masa itu.
Dua hari kemudian Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif mengkritik Yusof kerana menggunakan wakil dan kes itu dikembalikan kepada Mahkamah Majistret untuk didengar semula.
Berikutan itu peguamnya, Baljit Singh Sidhu mendakwa anak guamnya telah “salah diberikan nasihat” untuk membuat pengakuan bersalah.
Yusoff dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berpendapat langkah itu adalah “amalan biasa”.
sumber;malaysiakini
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments