Selepas rakyat Malaysia menerima berita kehamilan penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza, pelakon popular Izara Aishah pula mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya, Adib Khalid, pada 17 November ini.
Tanpa Tajaan
Menurut laporan dari Harian Metro, Izara, 25, berkata majlis bakal berlangsung dengan wang sendiri dan mereka tidak mahu menerima mana-mana tajaan.
Tak Senang Duduk
Disebalik berita kehamilan Siti Nurhaliza, siapa sangka selama ini Izara menyimpan rahsia bahawa bakal mak mertuanya ini sememangnya sudah berbadan dua. Sebelum ini Izara terpaksa berdiam diri sehinggakan dia tak tahu nak jawab dan agak panik bila orang bertanya.
Sekarang semua dah tau, alhamdulillah. Saya dah tak perlu buat muka panic tak tau macam mana nak jawab bila orang tanya saya!
Jumaat yang lepas Siti Nurhaliza akhirnya dinyatakan hamil setelah 11 tahun berumah tangga. Dalam usianya 38 tahun, berita ini sangat ditunggu-tunggu setelah mengikuti usaha panjang dan program kehamilan di Alpha Fertility Centre.
Sumber; Hangat.com
________________________________
GAMBAR KERETA PERONDA POLIS DIKAPIT TAYAR INI BUAT NETIZEN TERHIBUR
Sekeping gambar kereta peronda milik PDRM yang dikapit tayar di hadapan sebuah restoran telah jadi tular sejak semalam.
Kereta peronda MPV, Proton Perdana V6 yang dikatakan telah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan ini telah dikunci oleh pengawal keselamatan.
Insiden yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan komersial di Cyberjaya ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berasa ‘gembira’ dengan tindakan pengawal keselamatan itu.
Seorang pengguna Twitter, Shazwan Musk turut memaklumkan insiden tersebut kepada pihak PDRM menerusi laman Twitter milik PDRM namun tiada sebarang respons yang diterima setakat ini.
Foto kenderaan itu, diparkir di depan restoran Salam Noodles, dikongsi lebih 20,800 kali dan digemari lebih 7,600 pengguna Twitter
Walau bagaimanapun, ianya bukanlah insiden pertama yang melibatkan kenderaan milik PDRM yang dikapit tayar akibat kesalahan yang serupa.
Turut dirakamkan sebuah kereta rasmi milik seorang menteri kabinet yang telah dikapit tayarnya akibat kesalahan yang serupa.
Sumber: OMM
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments