Johor ‘Putus Hubungan’, Tidak Akan Berurusan Lagi Dengan JAKIM- Sultan Johor

Selepas kontroversi yang timbulkan oleh seorang pengawai Jakim, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas ini.

Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Pegawai Kader Jakim, Dr Zamihan Mat Zin mengkritik baginda mengenai isu ‘dobi mesra muslim‘ di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.

“Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.

“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah Sultan Ibrahim ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, hari ini.

Titah Sultan Ibrahim, Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.

“Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

“Kalau betul dia penceramah Jakim saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda.

SinarHarian

 

______________________________________

 

Nama Putera dan Waris Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor – Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

KENYATAAN OLEH DATO’ ABDUL RAHIM BIN RAMLI – YANG DIPERTUA JUMAAH MAJLIS DIRAJA

“Jumaah Majlis Diraja Johor dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor seperti berikut:
Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.”

~~~~~

STATEMENT BY DATO’ ABDUL RAHIM BIN RAMLI – PRESIDENT COUNCIL OF ROYAL COURT

The Johor Council of Royal Court is pleased to announce that His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor with the concurrence of the Council of Royal Court has graciously consented in naming the son and heir of His Royal Highness Tunku Mahkota Johor as follows:
His Highness Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.”

Sumber: Sultan Johor Official



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post