Jom Teroka Rahsia Khasiat Buah Avocado

Buah avokado sudah diketahui mahal harganya tapi jika dilihat senarai khasiatnya ternyata berbaloi membelinya. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja atau dijadikan hidangan pencuci mulut buah ini turut mempunyai kelebihan untuk kesihatan.

 Kandungan folate yang dimiliki sangat baik untuk kesihatan jantung. Malah avokado yang rendah kandungan gula dan tiada garam ini turut kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

 Hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avokado setiap hari selama sebulan, ia akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.

 Dalam pada itu amalan memakan buah avokado ini juga turut akan memberi anda kelebihan berikut: 

1) Mengawal tekanan darah - avokado merupakan sumber besar kalium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

 2) Cegah katarak - buah ini adalah mempunyai sumber lutein karotenoid yang sangat baik, di mana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak. 

3) Melindungi daripada kanser - banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

 4) Hindari nafas berbau - avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau. 

5) Anti penuaan - buah ini ia kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

 6) Kulit berseri - minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

 7) Tambah berat badan - avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan. 

8) Mengekalkan kesihatan jantung - avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

 9) Vitamin E Powerhouse - buah ini adalah sumber vitamin E terbaik, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan. 

10) Ada banyak vitamin -ia mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Kesimpulan


Secara ringkasnya, anda boleh mendapatkan banyak khasiat dari buah avocado. Ianya mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Walaupun buah ini jarang diamalkan dalam pemakanan rakyat Malaysia, namun ianya senang untuk didapati di pasar raya berdekatan. Sekiranya anda sudah mula berminat untuk mengamalkan pemakanan buah avocado dalam salad anda, sekarang adalah masanya!

from Kiambang Merah http://ift.tt/2yO0Vh2

Post a Comment

0 Comments

Featured Post