” Kami terlanjur dan saya mengandung anak luar nikah, bila keluarga tahu kami dimaki, suami dilempang dan ditendang ayahnya, kami disuruh kahwin dan selepas kahwin ini yang terjadi.. “
Assalamulaikum semua warga krt..
Saya nak cerita kisah perjalanan hidup saya.. Mungkin agak panjang tapi insyaallah sedikit sebanyak bagi pengajaran buat yang baru nak hidup orang Kata..
Saya bercinta dengan suami tak lama cuma beberapa bulan.. Masa tu saya di tingkatan 5.. dia yang selalu tolong saya hantar jemput balik sekolah Dan kadang2 masak untuk bekalan saya sebab mak tiri selalu tak bagi duit belanja sekolah..
Tapi memamg benar walau sebaik mana pun lelaki dengan perempuan itu jika bukan muhrim dan selalu bersama kemungkinan untuk syaitan menghasut untuk membuat sesuatu yang tak baik itu Ada..
Saya terlanjur dengan dia.. Nasib saya tak baik.. Saya mengandung semasa sedang menunggu result spm.. Saya buntu.. Saya mencari rumah perlindungan dengan harapan supaya dapat menutup malu keluarga..
Hendak di jadikan cerita.. Sehari sebelum saya hendak bertolak ke rumah perlindungan itu dia (suami) mengajak saya ke rumah nenek nya untuk melawat neneknya.. Kami makan bertiga dengan nenek.. Masa tu pandangan nenek kat saya dah lain..
Ya tekaan saya benar.. Malam itu dia (suami) menelefon saya.. Apa yang paling saya takutkan telah terjadi.. Nenek tau saya hamil.. Mata orang tua yang telah beranak 8 tak kan boleh kita tipu.. Dia (suami) beritahu yang ayahnya ingin menikahkan kami esok nya.. Semasa ini dia (suami) di rumah kawan dia kerana takut ayahnya Marah..
Esok paginya dia (suami) menjemput saya untuk ke rumah neneknya.. Setibanya kami disana kami dimaki dan dihamun di depan keluarga dia (suami).. Dia (suami) dilempang, disepak dan ditendang ayahnya.. Manakala saya diugut oleh nenek nya untuk berikan anak ini kepada orang jika mahu dinikahkan.. Hurm
Saya telefon ayah saya.. Makian juga saya terima.. Saya redha.. Saya telefon ibu saya.. Hanya tangisan yang kedengaran saat saya memohon maaf atas kesilapan.. Ya Allah tak pernah sekali pun saya melukakan hati ibu saya dan kali ini saya buat dia menangis akan kesilapan saya.. Hurm maaf mama..
Malam itu nenek dan ayah dia datang kerumah saya.. Katanya ingin berbincang tentang kami.. Rupanya nenek mengugut ayah supaya tidak membuat report polis tentang cucunya.. Ayah marah.. Dah la anak dara orang yang dirosak kannya tapi mengugut seperti salah terletak pada anaknya seorang saja..
Ayah lepas tangan kerana terlalu marah.. Belah dia (suami) juga lepas tangan.. Dengan tiada ilmu di dada dia (suami) tekad untuk menghalalkan saya.. tidak terlintas sekali pun nak gugurkan sebab tak nak dosa berulang lagi..
Semasa proses di pejabat agama saya dikejut kan lagi dengan kenyataan dari mak cik yang ayah tidak boleh menikahkan saya kerana saya adalah anak tak sah taraf.. Ya Allah terduduk saya.. tapi dek kerana dia (suami) benar2 ingin bertanggungjawab maka segala proses mahkamah dipercepatkan kerana saya sarat..
Saya dinikahkan oleh wali hakim.. Tetamunya hanya teman saya dua orang teman dia (suami) 2 orang dan mak cik saya.. Mas kahwin pun suami hutang dengan saya sebab masa ni suami baru berhenti kerja sebab hari2 kehulu kehilir uruskan pernikahan kami dengan saya sarat mengandung..
Lepas je akad nikah mak cik saya pertemukan saya dengan seorang akak yang dah 6 tahun kahwin dan tak de anak.. Saya dimomokkan dengan mak cik supaya beri anak ini kepada orang kerana dengan hidup saya yang belum terurus ni saya tak akan mampu jaga anak ini.. Saya setuju.. Hurm
Maka harinya telah tiba.. Saya hendak bersalin.. Sampainya di hospital layanan nurse sangat lain kerana spesial kes kan.. Hurm.. 8 jam saya di labours room.. Tibanya masa anak saya keluar dan diletakkan di atas dakapan saya dengan darah dan tangisan yang sangat comel.. Allahu.. dengan Tiba2 naluri seorang ibu itu muncul..
Semasa nurse membawa anak saya untuk diberi suntikan saya rasa sunyi.. mngalir air mata saya benarkah tindakan saya nak beri anak ni kepada orang betul.. 2 hari saya di hospital dan boleh discharge.. Saya pulang ke rumah yang saya sewa dengan kadar 500 sebulan dengan gaji suami ketika itu hanya 900..
Setibanya saya dirumah saya mendapat panggilan telefon dari akak yang hendakkan anak saya itu.. Katanya dia dalam perjalan hendak ke rumah saya.. Dia menetap di perak dan saya di selangor.. Semasa menunggu kedatangan dia suami mendukung anak.. Lama saya lihat dia tenung muka anak kami..
Akhirnya setelah lama dia berdiam dan terkeluar juga pertanyaan dari mulutnya.. Benarkah saya hendak berikan anak ini kepada orang itu.. Cuma yang boleh saya katakan saya dah berjanji dan bukan jenis saya mungkiri janji saya.. Petang itu akak tu sampai dengan membawa buah tangan..
Terus dipeluknya saya.. Dan didukungnya anak saya sambil menangis.. Hati saya hiba.. Tiba2 suami duduk dan berkata pada akak tu yang dia takkan serahkan anak itu padanya.. Saya terkedu.. Akak tu bingung dan persoalkan katanya dah berjanji dan akak tu pun dah kata dia akan bagi sikit sagu hati..
Suami tetap dengan pendirian dia.. Menangis akak tu smbil peluk cium anak saya.. Kejamkah saya?.. Saya pujuk suami tak pe lah kesian akak tu dia dah lama berharap nak anak.. Dan kita dah musnahkan harapan dia..
Dengan tegas suami berkata yang dia tetap dengan pendirian dia.. Dan dia kata lagi kalau saya kasihankan akak tu siapa nak kasihankan saya.. Kalau saya meroyan sebab rindukan anak siapa nak kasihan sebab akak tu dah cakap yang saya cuma boleh jumpa anak saya bila dia bagi je.. Dan saya tak boleh melawat anak saya langsung..
Dengan tangisan akak tu pulang.. Saya dikecam hebat oleh keluarga kerana dilabel degil.. Kami besarkan anak kami dengan penuh kekurangan.. Anak sakit pukul 1 pagi ke hospital dengan motor kapcai yang road tax yang dah mati.. Redha je kalau kena tahan dengan polis..
Beli pampers yang paling murah sekali sampai melecet kulit anak.. Pernah pampers habis dan anak saya pakai kain yang saya lipat dan balut dengan plastik mydin.. Allahu.. Saat baby lain makan puri yang sedap2 anak saya cuma makan keropok yang dicicah dengan air je..
Bab makan cuma harapkan suami bawak pizza lebih.. Kalau ada adalah kalau takde berlaparlah.. Nak makan nasik tunggu suami dapat duit tip hantar pizza.. Dengan duit syiling beli beras sekilo rm3 dengan sardin cap saga rm2.. sampai kena gastrik sebab kadang2 lapar sebab anak fully bf..
Kesian anak sebab selalu menangis lapar.. Suami dapat part time event.. Dapat lah seratus sehari tapi cuma kalau ada ape2 perayaan jelah.. Paling2 dapat 200 je.. Masa ni dapatlah beli ikan atau ayam sikit.. Gembira anak makan..
Dengan duit yang disimpan sikit2 dapat suami ambik lesen lori.. Gaji bulan yang pertama dapat 1200 ..ya allah besarnya nilai tu bagi kami.. Lepas tiga bulan dapat 1500.. kehidupan kami semakin selesa.. Beli dapur gas sebab sebelum ni masak guna rice cooker.. Beli peti ais second, beli tilam bujang 2 keping sebab sebelum ni tidur atas toto nipis je..
Masa ni lah keluarga suami datang.. Lepas hampir setahun mereka buang kami.. dan saat kami sudah mula boleh bernafas saat itulah mereka datang dan katakan rindu.. Di manakah mereka dulu.. Salah satu punca ramai yang rosak balik lepas kahwin puncanya inilah dibuang mentah2 oleh keluarga.. Sepatutnya dibimbing..
Barulah mengaku cucu.. Baik belah saya baik belah suami.. Baru mereka paham yang bersalah yang berdosa kami.. Bukan anak ni.. Kenapa anak ini yang perlu dibuang.. Kini cerita ni tetap dalam ingatan kami walau dah hampir 5 tahun lebih berlalu.. Kehidupan kami sekarang alhamdullilah tak senang dan tak juga Susah..
Anak saya dah nak sekolah dah.. Dah dapat adik dah pun.. Walau bin nya berbeza tapi tetap 1 ayah.. Insyaallah akan saya bimbing supaya tidak berulang sekali lagi kesilapan.. Insyaallah juga akan saya bagi kasih sayang yang tiada bezanya antara mereka..
Akhir kata.. tiada manusia yang sempurna.. Jika dah pun melakukan kesilapan jangan pulak kita nak mengulangi kesilapan yang sama.. Kerana kesilapan hanya pertama kali kalau dah lebih dari sekali tu itu dipanggil kebodohan.. Maaf bahasa agak kasar kerana geram akan manusia yang dah mengandung lepas tu buang dan berlakon macam dia suci sangat dan ulang balik perbuatan..
Ingat lah rezeki bukan manusia yang bagi tapi Allah.. Walau macam mana pun manusia tu tidakkan rezeki orang itu kalau allah dah kata itu rezeki dia tetap smpai jugak.. Anak itu rezeki.. Takde istilah anak haram atau apa.. Yang haram perbuatan kami.. Dan kalau terkena kat anak kita kes macam saya ni jangan terus kecam dan buang mereka..
Duduk berbincang.. Mungkin ada silapnya kita dalam mendidik mereka.. Cari jalan penyelesaian.. Iya.. Memang akan ditomah oleh masyarakat.. Tapi nak kena ingat jugak masyarakat sekeliling kita ni tau kecam je.. Kalau kita susah mati tak makan takdenya nak ditolong..
Bukan niat nak menghalalkan zina cumanya mencari jalan terbaik untuk membantu agar tidak terus hanyut dalam kancah zina.. Assalamualaikum
************
Apa pendapat anda ?
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.
Sumber : KRT
Sumber Berita Kopak
0 Comments