Sebagai seorang pemandu di Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Lembah Kelang, kad Touch āNā Go merupakan suatu benda yang penting untuk dibawa bersama-sama sewaktu memandu untuk digunakan membayar tol dan juga parkir.
Menyentuh kad Touch āNā Go sewaktu melalui plaza tol bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah, terutamanya di kalangan pemandu-pemandu wanita di Malaysia.
Adegan membuka pintu kereta semata-mata mahu menyentuh kad anda pada terminal Touch āNā Go bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi sewaktu tengah hujan.
Beberapa tahun yang lepas, ramai pemandu di Malaysia yang āterpaksaā menggunakan peralatan-peralatan di rumah seperti spatula, sudip atau pun kayu pemukul lalat untuk memudahkan mereka menyentuh kad Touch āNā Go mereka pada terminalnya.
Kad Touch āNā Go ini kemudiannya akan dilekatkan pada permukaan peralatan-peralatan ini dengan menggunakan gelang getah ataupun pita pelekat sebelum digunakan sewaktu memandu.
Tetapi kini, spatula, sudip dan juga kayu pemukul lalat itu bakal dilupakan setelah kayu pemegang kad ini telah secara rasminya berada di dalam pasaran tempatan.
Dijual secara meluas di dalam grup-grup Facebook dan juga di atas talian seperti di Carousell dan Shopee, kayu pemegang kad ini semestinya menjadi sebuah aksesori yang wajib untuk dimiliki oleh pemandu-pemandu di Malaysia, terutamannya di kalangan pemandu-pemandu wanita.
Mungkin dengan penggunaan meluas kayu pemegang ini, masalah kesesakan di lorong-lorong Touch āNā Go di plaza-plaza tol dapat dikurangkan sebanyak 30%.
Sumber : SAYS & taikotai
0 Comments