DOKTOR di Hospital Rakyat Shiji, Guangzhou, China, terpaksa meminta bantuan bomba selepas kemaluan seorang lelaki tersangkut pada spanar.
Dalam kejadian 10 Oktober lalu, lelaki itu datang sendiri ke hospital dan doktor mendapati kemaluannya sudah membengkak.
Menurut laporan Guangzhou Daily, lelaki itu enggan menjelaskan bagaimana spanar terbabit boleh tersangkut pada kemaluannya.
Doktor yang mendapati mereka tidak mempunyai kelengkapan untuk memotong spanar berkenaan, meminta bantuan bomba.
Anggota bomba cuba menggunakan pemotong besi berkuasa bateri bagi memotonng spanar berkenan namun gagal kerana logam spanar itu terlalu keras menyebabkan mata pemotong haus.
Keadaan itu menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan mesin pemotong elektrik yang lebih berkuasa dan rakaman video menunjukkan percikan api ketika pemotongan dilakukan.
Selepas dua jam, spanar berkenaan berjaya dipotong tanpa menyebabkan kecederaan pada lelaki itu.
Ini kejadian kedua lelaki di China yang kemaluannya tersangkut pada spanar. Dalam kejadian Jun lalu, doktor sebuah hospital di wilayah Zheijing dan anggota bomba terpaksa meminta bantuan doktor gigi untuk memotong spanar berkenaan menggunakan gerudi pergigian
Sumber: Harian Metro
_________________________
Bomba ‘Bebaskan’ Kemaluan Lelaki Tersangkut Dalam Botol Mineral
SHAH ALAM: Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral sebelum “dibebaskan” anggota bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi Jumaat.
“Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata tindakan itu sebaliknya lebih memudaratkan menyebabkan kecederaan pada kemaluannya hingga berlaku pendarahan yang banyak.
Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya. – BERNAMA
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments