KINI TERBONGKAR Identiti Pemandu Exora Yang Melanggar Penunggang Motorsikal Semasa Isi Minyak.

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Malang tak berbau, seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika sedang mengisi minyak.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang Selasa lalu di sebuah stesen minyak di lokasi yang tidak dinyatakan, mangsa yang sedang mengisi tangki minyak motosikalnya tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Proton Exora.



Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjatuh ke lantai menyebabkan pinggangnya digilis kereta tersebut dan hampir digilis tayar belakang kenderaan itu tetapi tidak jadi.
 Kakitangan stesen yang melihat kejadian itu, segera datang dan memeriksa keadaan mangsa yang terpaksa merangkak keluar dari bawah kereta tersebut.

Berdasarkan gambar print screen yang dikongsi oleh netizen, seorang wanita yang mendakwa dirinya kakak kepada mangsa, tampil menjelaskan kejadian itu.

“Pemandu lelaki (pakcik). Kejadian tiba-tiba, dia nak tekan brek, tertekan minyak.

“Apa-apa pun, kes sudah selesai. Terima kasih kepada semua yang mendoakan adik saya. Kita hanya merancangan, Allah yang menentukan. Amin. Adik beransur baik,” katanya.

Video kejadian daripada cctv Stesen Minyak berkenaan.

 

 
Pengendali bagasi (airport) kantoi geledah dan curi barang penumpang.
 

PHUKET, THAILAND – Seorang pengendali bagasi di sebuah lapangan terbang di negara itu, Abdullah Hayee Mayeh, 27, ditahan selepas tindakannya mencuri sebuah speaker bluetooh dalam bagasi penumpang dirakam.

Video yang dirakam itu menunjukkan Abdullah cuba membuka bagasi penumpang penerbangan Jetstar Airways pada Selasa  lalu di Bay 15, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, ketika kerja-kerja memasuki bagasi ke dalam ruangan kargo.

Selepas polis menunjukkan video itu kepada Abdullah, akhirnya dia mengaku dan memulangkan speaker berkenaan kepada pihak jabatan perkhidmatan awam lapangan terbang berkenaan agar dapat dipulangkan kepada pemiliknya.

Abdullah telah didakwa atas kesalahan mencuri dan dibawa ke Balai Polis Saku untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu di laman Facebook group Backpackers Buddies Malaysia, netizen menyarankan orang ramai berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Mahu atau tidak, bagasi besar atau kecil, bungkuskan saja dengan plastik strap tu. Biar rugi RM10+ asalkan barang kita selamat. Paling tidak pun, kunci penutup zip dengan selak manga kecil.

“Selain itu juga, penggunaan strap ini boleh mengelak individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu memasuki barang-barang yang berbahaya seperti dadah ke dalam bagasi. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi keldai dadah,” kata netien.


Sumber : TheReporter.my



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2zmMgGF

Post a Comment

0 Comments

Featured Post