Pelakon Remy Ishak selamat bertunang dengan cinta hatinya yang dikenali sebagai Ezza Yusof pada bulan lalu.
Difahamkan majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.
Walaupun berita tersebut agak mengejutkan namun peminat tidak lupa memberikan ucapan tahniah serta memuji kecantikan wanita pilihan Remy yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
Ramai yang ingin mengetahui siapakah Ezza ini? Jom baca biodatanya:
Biodata:
Nama: Ezza Yusof
Umur: 30 an
Asal: Pahang
Pekerjaan: Ahli Perniagaan
Ezza seorang yang meminati dunia fesyen, malah dia juga terlibat dengan perniagaan berlandaskan fesyen.
Wanita ini berniaga dengan menjual kasut untuk kaum wanita. Ezza merupakan founder kedai kasut online 2tomorrowmy. Kasut yang dijual memang trend terkini dan cantik.
Ketika majlis pertunangan selamat berlangsung,pelakon Nad Zainal antara yang terawal memebri ucapan tahniah.
Sebenarnya, Nad Zainal dan juga Ezza merupakan rakan baik. Jika dilihat di laman media sosial, mereka berdua sering kelihatan bersama.
Menerusi laporan dari portal OhBulan, Ezza sebenarnya mempunyai seorang anak. Anaknya diberi nama Baby Luq.
Menerusi laman Instagram milik Ezza, dapat dilihat wanita ini baru sahaja berhijrah dengan memakai tudung sepenuhnya.
Kira-kira 11 minggu yang lalu, Ezza masih lagi free hair. Kini Ezza dan berhijrah, tahniah!
Masih sempat lagi untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada pasangan Ezza dan juga Remy Ishak.
Sumber: beritamemey & mediagempak
Menariknya, Ezza merupakan teman baik kepada pelakon Nad Zainal dan aktres itu juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
0 Comments