“Mak, Kenapa Tak Buka Lampu?”, ” Mak Kenapa Allah Ambil Balik Mata Abang Chik?”

Betapa sedihnya hati bila terdengar pertanyaan-pertanyaan dari seorang anak kecil yang sedang membesar, hari-hari yang dilalui seperti biasa tiba-tiba berubah sekelip mata.

 

MUHAMMAD FARIZ ZHARFAN B. ROSLAN, 8 tahun, pada 16 November 2015 segalanya berubah, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.

 

” Mak…kenapa mak tak buka lampu ”

Berderau darah si ibu. Hancur luluh hatinya.

 

 

Dalam linangan air mata…dia mendakap tubuh anak tersayang. Dia tak pernah lupa detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur.

” Mak ..kenapa Allah ambil balik mata Abg Chik ? ”

Soalan itu acapkali ditanya Abg Chik. Hati ibu mana yg tidak pilu bila anak yg dulu sihat…berlarian ke sana ke sini…gelak tawanya menghiburkan keluarga…kini menjadi buta tiba-tiba.

” Mak… A bukan macam ni ! Abg Chik tau huruf A ”

 

 

Memasuki tahun 1 sebagai pelajar buta….bukannya mudah buat Abg Chik. 5 bulan setelah itu …akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini… dalam sekelip mata….dari anak yg sihat, dia tiba- tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.

 

Hasil ujian MRI , doktor mengesahkan lemak yang terkumpul di dalam saraf otaknya menyebabkan mata dan anggota tubuh tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi.

Anak kepada tukang rumah ini memerlukan dana untuk menyiapkan bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke

Roslan bin Adnan 152219080908 Maybank

Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 Maybank

Atau pemegang amanah

Natipah Abu 552107617521 Maybank

013-4029609 ( Puan Nurbaizura )

Kredit: Natipah Abu

Sumber: Siakap Keli

________________________________

Tular Gambar Remaja Cina Pimpin Pakcik Tua Ke Masjid Curi Perhatian Netizen

Keharmonian dan toleransi penduduk berbilang kaum adalah asas terpenting yang perlu dipupuk demi kesejahteraan negara.

Baru-baru ini, memetik laporan portal Islam dan Melayu (ISMA), tular tiga keping gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Rakan Muslimah Al Falah II mendapat perhatian golongan pengguna maya.

Paparan gambar tersebut memperlihatkan seorang remaja Cina yang bertindak membantu seorang pakcik uzur ke masjid untuk solat Jumaat, rata-rata netizen memberi pujian terhadap perbuatan remaja tersebut.
 
 


sumber : Ismaweb


sumber : Ismaweb

“Remaja Cina ni saya kagumi, patut dicontohi remaja Islam. Hantar seorang pakcik uzur ke Masjid Al Falah untuk solat Jumaat tengah hari tadi.”

 
“Bukan saja pimpin tangan pakcik turun dari kereta beliau, malah menggunakan tapak tangan beliau menutup kepala pakcik daripada terkena hujan.”

 
“Tiada perkauman…Tahniah pada ibu bapa remaja Cina ini. Dia bantu pakcik tua yg uzur ini keluar dari kereta dan pimpin dia masuk ke masjid Al Falah untuk solat Jumaat semalam. Siap lindung kepala pakcik tu dengan tangan dari air hujan.”

Demikian antara yang ditulis mengenai tiga keping gambar itu. Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana Masjid Al Falah berkenaan. Namun, melalui pencarian di laman sosial, masjid berkenaan dipercayai terletak di Subang Jaya, Selangor.

Ramai yang berkongsi gambar berkenaan dan memberi ulasan mereka.

Antaranya, Abdullah Ishak yang berkata, sebenarnya isu perkauman tidak timbul, tetapi tangan-tangan ghaib dari politik yang memecahbelahkan keharmonian kaum selama ini.

Katanya, ada sebuah masjid di Tanjung Karang, Selangor di mana anggota Rela berbangsa Cina setia menjaga keselamatan umat Islam yang sedang bersolat Jumaat.

Ischa Sopheya Assyifa pula berkata, tidak kisah lah Cina, Melayu atau India, jarang ada remaja yang berbuat demikian.

“So, i salute u bro.. Thanks for helping him…teladan yg baik,” katanya.

Seorang lagi netizen, Raj Gonzales Thiagu Ramachandra bersyukur kerana Malaysia masih harmoni dan aman

“Kita berbilang bangsa harus tolong satu sama yang lain tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Asrul Sani pula berkata, memang ada mereka yang rasis tidak kira Melayu, Cina atau India, tetapi majoriti rakyat Malaysia masih boleh bertoleransi antara satu sama lain.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post