Ni Badang Ke Bangang..???Giliran Poster Filem Aliff Syukri Pula Dihentam Netizen

Sebelum ini, industri hiburan hangat sebenatar dengan isu perdebatan pengarah terkenal, Ahmad Idham Nazri dengan netizen mengenai rekaan poster filem terbaru beliau, Pencuri Hati Mr Cinderella yang dikatakan terlalu lapuk.
Filem Tak Laku
Malah rekod kutipan filem tersebut juga tersenarai sebagai antara filem yang mendapat kutipan terendah bagi tahun ini. Menafikan poster tersebut adalah punca filem tersebut tidak laku, Ahmad Idham menjelaskan antara puncanya adalah kerana netizen sendiri yang tidak menyokong filem tempatan.
Ni Badang Ke Bangang
Nampaknya isu poster tidak berhenti disitu sahaja. Terkini filem terbaru lakonan Dato Seri Aliff SyukriBadang pula yang menjadi mangsa kecaman netizen. Belum pun promosi filem berkenaan dijalankan sepenuhnya, namun netizen terlebih dahulu ‘mempromosikan’ Badang.

 

Hentaman demi hentaman terus diberi mengenai poster tersebut. Ada yang menggangap poster berkenaan seperti poster rekaan kanak – kanak dan ada juga yang menjangkakan filem ini juga bakal mengalami nasib yang sama seperti filem Ahmad Idham.

 

 

 
Netizen Sumbang Idea 
Menerusi Group Movie Addict di Facebook, nampaknya ada sesuatu yang menarik perhatian kami di Hangat.com. Dimana beberapa orang pengguna telah menyumbangkan idea mereka dengan mencipta poster dengan sentuhan mereka sendiri setelah poster yang dikatakan sebagai poster asal filem itu dikritik hebat. Namun begitu, kami masih belum dapat pastikan adakah benar poster yang tular tersebut merupakan poster rasmi filem ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain Aliff Syukri, filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi. Jadi apakah pendapat anda mengenai poster tersebut?

 

Baca Selanjutnya………

5 Foto Mesra Hefny Sahad Dan Uqasha Senrose Tersebar…

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon Uqasha Senrose selepas terpalit isu panas yang melibatkan penampilannya. Khabar terbaru mengenai Uqasha yang juga kakak kepadaNelydia Senrose dan Raysha Rizrose, dikatakan sedang mejalinkan hubungan cinta dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad
Perkenalan Selama Setahun

Menerusi laporan sebuah portal hiburan, Hefny akui selesa berkawan dengan Uqasha yang sudah genap setahun. Tambah Hefny sepanjang perkenalan mereka sudah tentu ada pasang surutnya.

“Kita kawan dah dekat setahun dan memang rapat, bulan 11 ini cukup setahun kita kawan. So far, so good tak ada masalah apa-apa cuma perjalanan setahun tu banyak yang kita nampak. Bila dah lama kita harapkan hubungan pergi ke tahap yang lebih serius atau lebih stabil”

Uqasha Seorang Yang Jujur

 

 

 

Menurut Hefny, Uqasha seorang yang sentiasa jujur sepanjang mereka berkenalan. Malah hampir segala – galanya termasuk perbualan beliau dengan orang lain di sosial media akan ditunjukkan kepada Hefny. Ketika ditanya mengenai perjalanan hubungan mereka, Hefnysememangnya serius berkawan dengan Uqasha dan turut merancang yang terbaik untuk hubungan mereka berdua.

“Sudah semestinya, bila kita dah lama kawan akan ada perbincangan, perancangan itu semua. Cuma hubungan ini, apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang kita seriuslah,”

 

Sumber: Hangat.com



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post