Patutlah low profile dan berakhlak mulia, rupanya Agong kita berasal dari keturunan ke-35 Nabi Muhammad SAW

 

YDP Agong yang baru ditabalkan iaitu Sultan Muhammad V adalah keturunan 35 keluarga Nabi Muhammad SAW. Demikian menurut satu kajian yang dibuat oleh seorang ahli akademik dari Brunei pada Oktober 2013.

Kajian bergambar itu dipaparkan dalam penerbitan Jamrahtul Publication.

Turut tersenarai dalam senarai ahlul bait itu termasuklah Sultan Brunei, Raja Jordan, Raja Perlis, Sultan Kedah, Sultan Terengganu dan beberapa lagi orang kenamaan di Malaysia.

Kajian ini belum dibuktikan kesahihannya namun ianya cukup untuk membuka mata umat Islam bahawa institusi beraja Melayu yang ada di Malaysia mempunyai susur galur keturunan yang mulia.

Dipercayai Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid Al Alawiyah (bertemu hingga Saidina Hussein, cucu Rasullullah SAW), telah sampai ke Kelantan pada 1349 Masihi bersama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Sheikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misinya, Saiyid Hussein sempat mengahwini tiga puteri Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama Jiddah atau dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Di sinilah bermula segalanya pada zaman dahulu. Anak Saiyid Hussein Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Ibrahim adalah anak kepada Puteri Linang Cahaya (Cik Siti Wan Kembang).

Salah seorang anak Saiyid Hussein ini dihantar ke Brunei untuk berdakwah dan akhirnya diangkat menjadi Sultan di Brunei dengan nama gelaran Sultan Berkat.

Begitulah indahnya bumi bertuah Malaysia dan Nusantara ini. Allah SWT muliakan keturunan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi khalifah di bumi ini. Bersyukurlah kita sebagai orang Melayu dan orang Islam.

Kita menikmati hidup aman dan damai di negara ini kerana semuanya adalah dari Allah SWT. Ada asbabnya mengapa Malaysia ini sentiasa aman dan makmur dan berada dalam keadaan stabil. Semuanya untuk menjaga agama Allah SWT.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

__________________________

22 Gambar Ini Buktikan Perodua Myvi Sebenarnya Adalah Kenderaan ‘MPV’ Yang Hawau .

Tidak dapat dinafikan lagi, sejak diperkenalkan kepada pasaran tempatan pada tahun 2005, kenderaan Perodua Myvi telah menggantikan Proton Wira yang pernah menjadi sebuah model kenderaan pilihan rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Meskipun saiz dan kapasiti enjinnya yang jauh lebih kecil berbanding dengan Proton Wira, tetapi jiwa yang besar di kalangan pemilik-pemiliknya telah menjadikan Perodua Myvi jauh lebih versatail berbanding dengan model-model kenderaan yang lain yang berada di atas jalan raya.

Berikut merupakan antara sebab mengapa Perodua Myvi sebenarnya merupakan sebuah kenderaan MPV yang paling versatail di Malaysia.

Apa saja halangan aku redah jua

Bukan sekadar bawa ke tempat kerja saja, Myvi juga boleh menjadi tempat kau bekerja

Polis ataupun orang awam, aku sondol juga

Lautan mahupun daratan, akan aku redahi juga

Stealth mode

Mampu menyamar supaya tidak dikenali ramai

Ruang sempit nak letak kereta? Myvi kan ada

Parkir kereta sewaktu banjir

Mood outdoor bersama 4×4 yang lain

Kecil ataupun besar, semuanya aku tumbangkan juga

Nak angkat sofa lori pikap takde? Jangan risau, Myvi kan ada

Lain mood, lain mekapnya

Ikan di laut asam di darat, bertemu Myvi di dalam parit

Tak payah pakai jentera lagi kalau mahu bajak sawah. Myvi kan ada

Bila kau buat pemandu Myvi terkejut, melatah jadinya

Myvi mampu bertukar saiz menjadi sebuah motosikal

Shopping dekat 7 11

Sumber: Terlakaj tular



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post