Pedulikan Rasa Malu, Ibu Tunggal Kutip Sisa Makanan Demi Isi Perut 5 Anak Di Kelantan.


Kota Bharu, Kelantan. – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu  untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya  Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

Sumber- Berita Harian

 
[ BERITA BERKAITAN..JUGA KISAH SAYU DI KELANTAN ]
 
Ibu Penagih Biarkan Lima Anaknya Hidup Dalam Timbunan Sampah Di Kelantan.
 

KOTA BHARU, KELANTAN – Sayu dan sedih melihat nasib lima beradik yang tinggal dalam rumah yang tidak lagi kelihatan seperti rumah di mana ia penuh dengan sampah sarap, kerosakan di sana sini dan hidup dalam keadaan terabai, lapor Astro Awani.

Video yang dimuat naik oleh Vivi Sumanti sejak semalam itu di Kampung Paloh, Pintu Geng, berkata, makan minum tidak terurus, tidak berpakaian, tiga daripadanya tidak bersekolah dan lebih malang lagi ibu mereka seorang penagih dadah.

Ibu mereka, Faridah Yaakob, berusia 34 tahun berasal dari Tawang, Bachok, langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, malah ada ketikanya dia tersengih, merenung jauh mengelamun seperti khayal dalam dunianya sendiri.


Menurut Faridah, dia sudah lama bercerai dengan suaminya dan bersamanya mereka memiliki enam orang anak. Namun anak sulungnya berusia 13 tahun kini dijaga oleh bekas ibu mertuanya.

Selebihnya anak yang berusia 11, 9, 6 tahun dan anak bongsu yang berusia 9 bulan bersama Faridah yang tidak dijaga dengan baik dan diabaikan begitu sehaja.

Keadaan tempat tinggal mereka yang kotor dan busuk bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman. Difahamkan lima beradik itu hanya diberi pakaian yang ada, makan minum tidak menentu dan hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan.

Faridah berkata, kesemua anak-anaknya yang mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas. Sehingga kini sewa bulanan RM300 masih dibayar oleh bekas suaminya. Malah bekas suaminya juga yang selalu datang setiap hari menghantar makanan untuk anak-anak mereka.

Berdasarkan video, ternyata memang banyak sampah sarap di luar dan dalam rumah dua tingkat itu. Dengan keadaan dinding rumah yang berlubang dan retak, tandas yang rosak, tingkap yang pecah, jelas sekali mengundang pelbagai ancaman keselamatan pada anak-anak kecil itu.





Sementara itu di dalam sebuah bilik di tingkat dua pula, hanya ada satu tilam yang sudah buruk dan berkulut dijadikan alas tempat tidur mereka sekeluarga.

Justeru, Vivi Sumanti berharap, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana NGO yang tampil membantu si ibu dan lima anaknya ini dari terus hidup dalam keadaan yang daif ini.



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2yMCxIw

Post a Comment

0 Comments

Featured Post