Pengusiran paksa pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang, apa yang berlaku?
Tanah siapa ?
Tanah tersebut didaftarkan sebagai hakmilik tanah persekutuan tetapi diberi pajakan 60 tahun kepada sebuah entity swasta iaitu Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).
Adakah Abd Razak dan Yaakob ini penceroboh?
Tidak, Masjid Lapangan Terbang Subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) ini dibina dengan mengumpul dana dari pekerja airport pada tahun 1990an untuk kemudahan pekerja muslim menunaikan sembahyang mereka. Setelah masjid ini dibina, En. Abd Razak dan En Yaakob ini telah berkhidmat dengan masjid. Mereka disuruh mendirikan rumah diperkarangan masjid pada sekitar tahun 1996. Mereka berdua membina rumah dengan duit mereka sendiri. Nazir masjid pada ketika itu telah memberikan kebenaran dan En Razak juga telah dilantik sebgai Bilal masjid.
Sampai sekarang bekalan elektrik dan air adalah dibekalkan oleh masjid ini, dan mereka berdua membayar sewa untuk kemudahan ini. Jadi macam mana boleh dipanggil penceroboh?
Pejabat Tanah dan JAIS kata, rumah mereka tidak dalam perkarangan masjid?
Sehingga sekarang pagar yang mengelilingi masjid masih wujud dan mengelilingi rumah2 mereka. Jelas sekali mereka duduk dalam perkarangan masjid. Jarak rumah dengan masjid tidak sampai 50 meter pun.
Kenapa timbul masalah sekarang ?
Apabila JAIS mengambil alih Masjid tersebut setahun lebih, maka mereka berdua diberhentikan. Pengurusan masjid ditukar. JAIS kini memutarbelitkan fakta dengan mengatakan kuarters mereka bukan dalam sempadan perkarangan masjid. Ini merupakan suatu pembohongan. Mereka syaki, Pejabat Tanah, JAIS dan MAHB sekongkol membuat peta tapak masjid yang baru dan menyingkirkan kuarters dengan sengaja dari peta. Perbuatan sedemikian berniat jahat agar Razak dan Yaakob boleh digelar sebagai penceroboh!
Kenapa mereka diusir sekarang?
Pihak MAHB ingin melaksanakan suatu projek persendirian iaitu Subang Aerospace Technology Park dikawasan ini, maka mereka mengusir En.Razak dengan En.Yaakob. Projek ini semestinya menguntungkan pihak MAHB dengan lumayan.
Kalau ianya projek MAHB, swasta bagaimana pula dia guna jentera Kerajaan dan Penguatkuasa Pejabat Tanah Petaling, Selangor?
Inilah persoalan yang diungkitkan oleh En.Razak dan En Yaakob ! Mengikut undang-undang, jika pihak swasta hendak mengusir setinggan atau penghuni premisnya, maka dia perlu melalui proses Mahkamah dan perbicaraan penuh. Dalam bicara itulah hakim dapat menilai justifikasi bahawa mereka ini bukan penceroboh tetapi telah menduduki tanah itu dengan kebenaran selama 20 tahun lebih. Maka, hanya dengan perintah mahkamah lah, sesebuah pihak swasta dapat mengosongkan tanah yang dipajaknya .
Dalam isu pegawai Masjid ini apa berlaku ?
MAHB nak gunakan jalan pintas, maka walapun MAHB sebagai pihak swasta yang memajak tanah itu selama 60 tahun, dan mempunyai segala hak untuk mengurus dan membangunkan tanah tersebut dalam tempoh pajakan, tetapi di ‘memperalatkan’ Pejabat Tanah Petaling untuk membuat kerja kotor mereka mengusir dan meroboh ! Pejabat Tanah mengunakan kuasanya dibawah Kanun Tanah Negara, Seksyen 425 untuk mengusir dan meroboh rumah dan kedai En.Razak dan En Yaakob.
Apa yang Seksyen 425 Kanun Tanah Negara sebut?
Sek 425: Pendudukan secara tidak sah , tanah Kerajaan , tanah rizab, atau tanah perlombongan.
(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah ;
a) Menduduki atu membina apa-apa bangunan diatas mana-mana tanah Kerajaanm tanah rizab atau perlombongan ……………melakukan kesalahan …..
Maka, tidak betul ianya digunakan terhadap dua pegawai Masjid yang telah menerima kebenaran oleh Masjid dan direstui oleh MAHB (pada ketika itu Department of Civil Aviation, DCA) sejak 1996 untuk membina rumah dan berkhidmat dengan masjid.
Sudahkah mereka mendekati Kerajaan Negeri Selangor untuk bantuan ?
Razak dan Yaakob telah menghantar surat bertarikh 22hb.November,2016 , 7hb.Mac,2017 dan sekali lagi pada 8hb.September, 2017 mengenai tindakan pengusiran oleh Malaysian Airports Holdings Berhad melalui penguatkuasaan Pejabat Tanah Daerah Petaling terus kepada YAB Dato’Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Malangnya pejabat MB lepas tangan dan menyuruh kami menghubungi JAIS. Apabila hubungi JAIS mereka juga katakan kita ini duduk diluar kawasan masjid!
Sehingga kini tidak ada apajua tawaran penempatan semula kepada kami oleh Kerajaan Negeri Selangor. Masa zaman Khir Toyo pun, setinggan ditawarkan rumah sebelum rumah mereka diroboh. Walhal kami yang asal menduduki kawasan masjid dan berkhidmat dengan masjid kini tidak terbela!
Apa permintaan Abd Razak dengan Yaakob ?
1. Oleh kerana tanah yang mereka duduki ini dipajak kepada pihak swasta MAHB dan akan digunakan untuk projek kepentingan swasta, maka pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Petaling TIDAK SEHARUSNYA MELIBATKAN DIRI DALAM PEROBOHAN INI.
2. Isu ini harus dibawa ke Mahkamah melalui perbicaraan penuh, mengikut undang-undang, iaitu pihak swasta hanya boleh memperolehi pemilikan kosong melalui perintah mahkamah selepas perbicaraan, bukannya jalan pintas Seksyen 425, Kanun Tanah Negara.
3. Rumah ganti kepada rumah yang akan dirobohkan ataupun pampasan yang setimpal untuk mendapatkan/menyewa sebuah rumah dan kedai alternatif dikawasan Subang atau Shah Alam yang berhampiran.
4. Gantirugi kehilangan sumber pendapatan untuk En.Razak dan En Yaakob sekeluarga, sehingga lokasi perniagaan dimulakan, selepas mengosongkan premis sekarang.
5. Tempoh pemindahan yang munasabah – 2 bulan.
Sumber : MalaysiaDateLine
_________________________________________-
Jemaah Cuai Tak Tutup Pintu, Lapan Ekor Anjing Masuk Ruang Solat
Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya nyata terkejut apabila mendapati sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu, 29 September lalu selepas melihat rakaman CCTV yang dipasang di masjid berkenaan.
Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian terbabit melibatkan lapan ekor anjing yang menceroboh masuk sekitar jam 4.15 pagi.
Menurut siak masjid, Muhammad Radzi Yaakub, pihaknya mengesyaki kecuaian adalah punca kepada kejadian tersebut berlaku selepas melihat pintu belakang masjid tidak ditutup seperti biasa.
“Saya percaya, anjing ini masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak, semua pintu biasanya ditutup.
“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup pintu,” katanya.
Ujarnya lagi, perkara tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak masjid ini dirasmikan pada tahun 2015 yang lalu.
“Ini kali pertama masjid ini dimasuki anjing. Saya percaya, anjing ini datang dari kawasan pembinaan berhampiran.
“Biasanya kumpulan anjing ini berada di deretan rumah kedai berhampiran.
“Saya minta pihak berwajib ambil tindakan bagi menangani masalah ini,” katanya.
Bagi Sulaiman Awang Mat, 60, seorang lagi siak yang berkhidmat untuk masjid tersebut, kejadian anjing masuk ke masjid amat mengejutkan.
“Pagi Subuh tu, memang saya datang awal ke masjid dan ternampak kesan binatang masuk ke dalam masjid.,
“Bila tengok CCTV, baru saya tahu, binatang tu, anjing,” katanya yang turut berharap orang ramai yang ke masjid dapat memberi kerjasama dengan menutup pintu masjid.
“Kita nak letak notis, macam tak bersesuaian. Jadi diharap semua pihak dapat menutup setiap pintu masuk ke masjid bagi mengelakkan perkara sama berulang,” katanya lagi.
Manakala menurut pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata, kejadian tersebut sudahpun dirujuk kepada pihak berwajib terutamanya soal pembersihan masjid.
Berdasarkan penitian ke atas rakaman CCTV tersebut, pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dibuat menerusi kaedah biasa.
“Kami merujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.
“Jadi kami bersihkan menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya.
Majlis Bandaraya Ipoh juga memaklumkan akan mengambil tindakan bersabit dengan kejadian tersebut.
Sumber : Sinar Harian
_________________________________________
Budak lelaki 12 tahun nyaris diculik ‘van putih’
KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki yang menaiki van putih, Jumaat lalu.
Dalam kejadian yang berlaku jam 11.41 pagi di Taman Ayer Panas, Setapak, Alang (bukan nama sebenar), 12, baru sahaja pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Alang yang baru saja sampai ke depan rumahnya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran sebuah van putih yang diparkirkan berhampiran rumahnya.
“Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu yang menghampiri, menyebabkan saya segera mengayuh basikal ke tempat yang ada orang,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
“Saya perasan van itu mengekori saya sehingga ke simpang, menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah,” katanya lagi.
Menurut Alang, ibunya selalu berpesan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan jika mendapati ada individu yang mengekorinya.
“Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan adik-beradik lain balik sekolah untuk memastikan kami selamat. Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat yang selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak dikenali mengekori kami,” katanya.
Ibunya, Nur (bukan nama sebenar), 42, berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
“Dalam kejadian jam 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan kamera litar tertutup (CCTV). Saya menyedari kemunculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Bagaimanapun, setibanya Alang di pintu pagar rumah, tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderana menghampiri Alang. Saya terus berlari keluar tetapi Alang sudah tiada, manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.
“Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber : The Reporter
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments