PERGHH!!.. KOLEKSI GAMBAR TERBAIK KERETA KLASIK DAN VINTAJ SULTAN JOHOR..KERETA NO. 12 MESTI KORANG TAK PERCAYA SULTAN JOHOR ORANG PERTAMA MEMILIKINYA DI DUNIA..

” Seseorang yang ingin memiliki Ferrari sepatutnya sudah mempunyai 20 hingga 30 kereta Ferrari dalam koleksinya. Populariti tidak menjamin anda untuk berada dalam senarai untuk membeli Ferrari dan kami telah menolak beberapa individu berprofail tinggi untuk memiliki LaFerrari ” kata Marco Mattiaci, CEO Ferrari rantau Amerika Utara.

LaFerrari milik Tunku Mahkota Johor

Yaa… Kesultanan Johor telah berjaya untuk memiliki salah satu daripada 499 unit LaFerrari yang dikeluarkan di dunia. Dipercayai sebuah lagi LaFerrari telah dibawa masuk oleh Kumpulan NAZA menjadikan hanya dua unit LaFerrari sahaja yang berada di Malaysia.

Meskipun Kesultanan Johor memiliki pelbagai variasi kereta dari lama hingga yang terbaru, kereta klasik dan vintaj senantiasa mendapat tempat yang istimewa berbanding kereta mereka yang lain. Jika dilihat kembali ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Baginda dan kerabat terdekat dibawa berarak menaiki beberapa unit Mercedes Benz 600. Manakala kerabat Johor yang lain dibawa berarak menaiki Cadillac Eldorado.

Mercedes 600 Landaulet membawa pengantin Diraja Johor

Begitu juga pada majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor bersama Che Puan Khaleeda Bustaman, Tunku Mahkota Johor hadir ke majlis perkahwinannya menaiki Mercedes 600 sedangkan terdapat pelbagai pilihan kereta lain lagi seperti Bentley, Rolls Royce mahupun Cadillac. Tapi Mercedes 600 juga menjadi pilihan.

Dalam lawatan Kris Aquino, anak Benigno Aquino bekas Presiden Filipina, Baginda turut berkesempatan menunjukkan sebuah Mercedes Benz 540K 1936 yang merupakan salah satu daripada dua unit 540K yang dikeluarkan oleh Mercedes sebelum Jerman terjun ke dalam kancah Perang Dunia ke-2. Video ini boleh dilihat di youtube.

Disebabkan gambar-gambar koleksi supercar terbaru milik Kesultanan Johor sudah kerap kali dikongsikan di media sosial, Classic Cars Malaysia ingin memfokuskan gambar terbaik koleksi kereta klasik dan vintaj milik Baginda Sultan Johor ;

Aston Martin DBS

Mercedes Benz 300SL Roadster

Mercedes Benz 300SL Gullwing

Aston Martin Vantage

BMW M1

BMW 8 Series E31

Jaguar E-Type

Jaguar XJ220

PROTON SAGA yang pertama dikeluarkan dimiliki oleh Sultan Johor

Maserati Ghibli

Lagonda

Jaguar E-Type milik Sultan Johor di Asia Klasika 2015

 

Lamborghini Jalpa

Porsche 911 Turbo

Sultan Johor bersama Mercedes 600 dalam Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor





Sultan Ibrahim bersama Lamborghini Espada pada tahun 1974

Mercedes 600 membawa Tengku Mahkota Johor dan isterinya ketika Majlis Persandingan TMJ

Dipercayai Sultan Ibrahim bersama Mercedes Benz 300SL Roadster

Kredit gambar kepada ;

Solace Photo
Sultan Johor Official
Johor Southern Tiger
Hayashi86.com
FB: Raja Zarith Sofia

Post a Comment

0 Comments

Featured Post