Eike Batista, lelaki berasal dari Brazil ini pernah menjadi orang terkaya ke-8 dunia pada 2012. Saat itu, Batista memiliki kekayaan sebesar US$ 34.5 Billion atau setara RM146 Billion.
Namun malangnya dalam setahun, Batista diisytiharkan bangkrup. Beliau tidak hanya kehilangan wang dan hartanya, tapi juga memiliki sejumlah hutang terlampau besar yang harus dibayar. Kenapa hal itu boleh terjadi?
Seperti yang dipetik dari Business Week, Batista lahir di Governador Valadares, sebuah bandar berpenduduk sekitar 260 ribu di Brazil, tetapi menghabiskan masa remaja di Eropah bersama keluarganya.
Pada awal 2012, beliau telah berjaya memiliki lima perniagaan awam dan bercadang membina perniagaan keenamnya. Seluruh perniagaan itu, di kelola di bawah syarikat induk yang dinamakan EBX Group.
Kekayaan billionaire ini pada ketika itu, bahkan melebihi kekayaan beberapa orang pemimpin di negaranya iaitu Presiden Dilma Rouseff, Gabenor Rio Sergio Cabral dan Menteri Tenaga dan Alam Sekitar Edison Labao. Batista di saat itu memiliki beberapa projek bersaiz mega di Amerika. Salah satunya pembangunan pelabuhan Acu yang dicanang-canangkan akan menjadi pelabuhan terbesar di Amerika. Dia juga memiliki saham penuh di OGX Petroleo Gas, syarikat independen pertama yang mampu mencari gali minyak dan gas di pesisir luar pantai.
Sebelumnya pada 2007, Batista bermegah-megah apabila membeli sebuah kapal persiaran sepanjang 177 kaki yang kemudian beliau modifikasi menjadi sebuah kapal pesiaran yang terlampau mewah yang selalu dijadikan tempatnya untuk bersenang senang.
Namun sayangnya, semua itu hancur dalam hilang sekelip mata kerana Batista terus bertahan dengan sifat keangkuhan dan meninggi dirinya .Beliau juga bersikap boros dalam berbelanja dan selalu menghamburkan kekayaannya. Kini Batista berubah 180 darjah menjadi bangkrup dengan masalah kewangan yang paling besar dalam sejarah Brazil.
Ekonomi Brazil yang merundum pada 2012 kurang diberi perhatian oleh beliau. Pada Jun 2012, OGX mengumumkan hanya mampu menghasilkan kurang dari setengah dari kapasiti penghasilan sebelumnya.
Pada akhirnya tanggal 1 Oktober 2012, OGX tidak mampu membayar sejumlah US$45 juta faedah dari hutang operasinya. Beliau terpaksa menjual segala asset yang dimiliki termasuk pesawat dan helikopternya. Kapal Persiaran super mewah yang menjadi lambang kekayaan beliau pun kini sudah tidak berlabuh di pelabuhan di Rio de Jeneiro. Di khabarkan seorang broker kapal dari negara Arab telah berhasil mengambil alih kepemilikan kapal tersebut.
Tidak hanya itu, kecoh di pasaran saham Brazil apabila Batista menjual saham OGX sejumlah USD126.4 juta. Dalam keadaan tersebut, OGX terpaksa menghentikan operasi carigali minyaknya akibat tidak berdaya menampung kos operasi yang mahal. Sementara itu EBX Group telah menjadi milik sebuah syarikat konglomerat yang berasal dari Abu Dhabi.
Kini beliau tidak lagi tercatat dalam senarai orang terkaya di dunia malah telah menjadi bahan jenaka dan contoh teladan dimana kekayaan tidak semestinya berkekalan di Brazil. Saat kejatuhan empayarnya Batista enggan mengulas langsung tentang hal ini. Beliau menghabiskan beberapa bulan terakhir sebelum muflis dengan kesedihan dan penuh ratapan. Bahkan beliau tidak menyangka nasib hidupnya bakal berubah sedemikian rupa.
Namun pada penghujung tahun 2016 beliau berjaya bangkit dengan mengstruktur semula perniagaannya dan membayar hutang berbillionnya itu. Nilai kekayaannya berubah positif iaitu USD100 Million menurut Bloomberg Billionaire Index (BBI). Namun beliau dipenjarakan apabila terkait dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah.Setelah beliau dibebaskan dari penjara, Batista perlu menjalani hukuman tahanan rumah sementara menunggu perbiacaraaannya selesai.
Dengan semangat hidupnya yang masih tersisa Batista mengatakan pada Wall Street Journal bahwa dirinya akan kembali meraih kejayaan di masa mendatang dengan mengambil contoh Elon Musk co founder PayPal (EBAY ) dan Tesla Motors ( TSLA ) yang juga pernah jatuh dan bangkit dengan jayanya.
Sumber katakpisang
0 Comments