‘Posing’ melentik, Kilafairy tak peduli komen lucah

Gara-gara sekeping foto menunjukkan gaya badannya melentik dan menonjolkan ‘asetnya’, Kilafairy menerima komen berbaur lucah daripada pengikut di laman sosial.

 

Pelakon berusia 25 tahun itu telah memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya yang menarik perhatian netizen pada bahagian dada dan pinggulnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, foto tersebut bertujuan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan yang dipegangnya.

 

Memetik laporan mStar online, Kila bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan komen negatif itu sebaliknya anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil, ini membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen tersebut. Baginya boleh menghalang apa yang orang nak kata atau bercakap tentangnya.

 

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka.

 

“Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain,” katanya.

 

 

Kilafairy sememangnya memiliki potongan bentuk badan yang menarik dan langsing sehingga sentiasa menarik perhatian. Malah dia juga berani tampil seksi dan sering memuat naik foto-fotonya yang mempamerkan bentuk badannya di laman sosial.

 

Sebelum ini selebriti Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen yang berbaur lucah di Instagram aktres itu sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

 

__________________________________________

 

Neelofa Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Lancome


SHAH ALAM – Pengacara dan pelakon, Neelofa mencatat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai duta bagi jenama kosmetik antarabangsa, Lancome.
 

Neelofa, 28 tahun, yang juga duta bagi satu lagi jenama antarabangsa – Swarovski – turut mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat menjadi duta Lancome, lapor beberapa portal tempatan.

 

Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor itu, beliau malahan sangat berbangga serta tidak pernah pun menyangka sama sekali akan dipilih untuk menjadi duta Lancome.

“Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tidak pernah termimpi untuk menjadi duta Lancome,” jelas gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu dengan penuh perasaan teruja.
 

“Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

 

“Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini,” tambah Neelofa.

 

Beliau ditemui pihak media dalam majlis pengumuman duta Lancome itu di sini hari ini. Neelofa pernah dipilih sebagai jurucakap jenama popular Lancome untuk produk terbaharu, La Nuit Tresor pada 2015.

 

Pengasas tudung Naelofar Hijab itu juga bakal bertolak ke Paris, Perancis untuk memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai duta jenama antarabangsa itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post