RM15 Juta Sebulan Tauke Judi Rasuah Penguat Kuasa – PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa seorang pemilik rangkaian perjudian merasuah penguatkuasa sehingga RM15 juta sebulan untuk menyembunyikan aktiviti haramnya.

Ketua aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata individu yang dikenali sebagai Alex itu menjana pendapatan sehingga RM16 juta sehari dan berselindung di sebalik rangkai restoran mewah bagi mengubah wang haram.

Menurutnya, individu berkenaan ‘membeli’ penguatkuasa dan membayar orang ‘besar’ yang melindunginya daripada sebarang tindakan undang-undang.

“Bagi mengaburi tindakan perniagaan, Alex turut menjalankan perniagaan restoran mewah terutamanya di sekitar Bukit Bintang sebagai salah satu tempat mencuci duit tersebut agar tidak dihidu pihak berkuasa.

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguat kuasa sebulan bukanlah satu nilai besar jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia mendedahkan taktik sindiket perjudian bernaung di bawah mereka yang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri serta memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa RM15 juta sebulan bagi melindungi perniagaan mereka.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM sedia memberikan sebarang kerjasama kepada pihak polis dan menjadi mata dan telinga agensi keselamatan itu agar masalah perjudian haram diselesaikan.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwan­ddin Hamzah berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menyiasat syarikat yang menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan walaupun tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, terdapat perniagaan syarikat pinjaman berlesen, kedai telefon, restoran, perabot dan sebagainya yang ditubuhkan untuk mencuci wang haram daripada bisnes perjudian bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Katanya, penglibatan pihak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri jelas menunjukkan perniagaan tersebut mempunyai perancangan teratur dan membentuk satu kumpulan kartel dalam perniagaan judi haram.

“Perkara ini berulang kali didedahkan NGO tetapi bagaikan ada kekebalan yang melindungi sindiket judi daripada disentuh pihak berkuasa untuk diambil sebarang tindakan,” katanya.

_________________________________
MENGEJUTKAN..! TAUKE JUDI JANA RM16 JUTA SEHARI..?

Seorang pemilik rangkaian perjudian menjana pendapatan sehingga RM16 juta sehari dan berselindung dengan rangkaian restoran bagi mengubah wang haram. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, individu yang dikenali sebagai Alex itu mempunyai pendapatan yang terlalu banyak hinggakan dia mudah “membeli” penguatkuasa dan membayar orang “besar” yang melindunginya daripada sebarang tindakan undang-undang.
utusan malaysia 16.10.17 (tauke judi jana 16 juta)
“Bagi mengaburi tindakan perniagaan, Alex turut menjalankan perniagaan restoran mewah terutamanya di sekitar Bukit Bintang sebagai salah satu tempat mencuci duit tersebut agar tidak dihidu pihak berkuasa.

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguatkuasa sebulan bukanlah satu nilai besar jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai “besar” dalam agensi penguatkuasaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia mendedahkan taktik sindiket perjudian bernaung di bawah mereka yang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri serta memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa RM15 juta sebulan bagi melindungi perniagaan mereka. Dalam pada itu, Nadzim berkata, nafas baharu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu memberi kekuatan kepada agensi tersebut dalam melaksanakan amanah untuk menumpaskan mereka yang merosakkan rakyat dan negara dengan pelbagai perniagaan yang tidak bermoral.

“Jika pihak polis mahukan khidmat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan pengguna, kami akan berikan kerjasama menjadi mata dan telinga polis agar masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (UMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata,

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menyiasat syarikat yang perniagaannya dilihat tidak mendapat sambutan pelanggan tetapi berupaya menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan.

Menurutnya, terdapat perniagaan syarikat pinjaman berlesen, kedai telefon, restoran, perabot dan sebagainya yang ditubuhkan untuk mencuci wang haram daripada bisnes perjudian bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Tambahnya, LHDN perlu mengambil langkah proaktif dalam mengesan dari mana dana tersebut datang dan mendedahkan dalang di sebalik perniagaan itu yang berkaitan dengan premis perjudian dan pinjaman berlesen di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Azwanddin berkata, penglibatan pihak yang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri jelas menunjukkan perniagaan tersebut mempunyai perancangan teratur dan berjaya membentuk satu kumpulan kartel dalam menjalankan perniagaan judi haram. “Perkara ini berulang kali didedahkan NGO tetapi bagaikan ada kekebalan yang melindungi sindiket judi daripada disentuh pihak berkuasa untuk diambil sebarang tindakan,” katanya.

sumber: ppim /utusan

 

_______________________________________-

Yusuf Azmi dapat tawaran tanding pilihan raya

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi mengakui menerima pelbagai tawaran untuk bertanding dalam pilihan raya.

Aktivis berani, yang terkenal dengan ‘serbuannya’ ke syarikat yang didakwa menipu pengguna, bagaimanapun tidak berminat ke arah itu, lapor Sinar Harian.

“Saya tak berminat dan tak akan sertai politik, memang ada tawaran suruh saya masuk bertanding tapi saya tak terima,” beliau dipetik sebagai berkata.

Laporan itu tidak menyebut tawaran itu datang daripada parti atau pihak mana.

Dalam wawancara khas akhbar itu di pejabat PPIM di Kuala Lumpur, Yusuf juga berkata beliau tidak sedang dengan pujian melambung pengguna Internet terhadapnya.

Ini termasuk terhadap pujian bahawa beliau sepatutnya menjadi menteri dalam negeri – jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri.

“Saya tidak berpelajaran, saya hanya bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Saya hanya diberi kelebihan oleh Allah dalam matematik… Jadi menteri taklah, nak angkat saya pun tak nak.

“Sebab saya hendak jadi orang biasa nak teruskan perjuangan Rasulullah di atas muka bumi ini,” katanya lagi seperti dilaporkan.

Yusuf menjadi popular setelah menyerbu sebuah syarikat pajakan kereta dan skim jualan rumah yang dikaitkan dengan selebriti Boy Iman.

Terbaru, Pemuda PAS turut mengangkat Yusuf sebagai ikon anak muda setelah beliau hadir dalam himpunan besar parti itu Fastaqim 2.0 di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Sementara itu, dalam wawancara yang disiarkan hari ini, Yusuf menegaskan sepanjang tujuh tahun berjuang dalam PPIM, beliau tidak mengharapkan sebarang pujian dan populariti.

Bapa kepada enam cahaya mata itu juga sendiri tidak tahu menahu kenapa beliau mencetuskan fenomena.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post