Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau juga menjadi mangsa berita palsu dan buli siber.
Dalam ucapannya pada seminar “Selamatkan Kami Wanita dan Kanak-kanak #CyberSafe” hari ini, beliau menggesa orang ramai supaya tidak tertipu oleh akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
“Saya tidak tahu bagaimana menggunakan Internet … Jika anda melihat laman Facebook ‘saya’, ia sebenarnya bukanlah milik saya.
“Saya tidak tahu siapa yang mempunyai banyak masa untuk membuat akaun Facebook untuk saya.
“Saya tidak mempunyai Facebook, jadi jangan tertipu … Itu bukanlah saya, kamu semua telah ditipu,”katanya, menceritakan pengalaman peribadi beliau mengenai pengaruh berita palsu dan buli siber (cyberbullying).
Rosmah menegaskan bahawa masyarakat tidak sepatutnya mempercayai “kenyataan lucu” yang didakwa diperkatakan olehnya di Internet.
Mengenai pembulian siber, Rosmah memceritakan bahawa seseorang pernah meminta pendapatnya tentang bagaimana beliau dapat kekal tenang walaupun semua berita palsu itu tersebar setiap hari.
“Saya tidak memiliki telefon pintar, saya masih menggunakan telefon lama yang ‘antik’ berjenama Samsung.
“Pada saya, ini adalah kebahagiaan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi canggih.
“Saya fikir ia adalah satu rahmat tersembunyi kerana semua cerita palsu tentang saya … Saya tidak tahu-menahu. Oleh itu, saya tidak emosional atau berasa tertekan tentangnya,” katanya.
Seminar jenayah hari ini dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.
________________________________-
4 Kesilapan ‘Typo’ Yang Menyebabkan Kerugian Jutaan Ringgit
*gambar hiasan
Kali ini, kami ingin berkongsi 4 kesalahan typo yang pernah berlaku dan telah mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit.
1. Kesalahan Ejaan ‘exotik’ kepada ‘erotik’
Ini adalah contoh terbaik bagaimana sebuah typo dimana huruf ‘x’ telah tertukar dengan huruf ‘r’ yang telah memberikan maksud yang berlainan sama sekali. Pada tahun 1998, syarikat agensi pelancongan Banner Travel telah membeli sebuah ruang pengiklanan di buku Yellow Pages.
Mereka ingin mempromosikan pakej percutian eksotik (exotic travel) iaitu pelancongan ke tempat-tempat yang kurang popular dan jarang dilawati. Malangnya, syarikat Pacific Bell yang menguruskan pengiklanan tersebut telah tersilap tulis ‘erotic’ berbanding ‘exotic’. Kesilapan ini menyebabkan mereka kehilangan 80% pelanggan berpotensi. Syarikat Banner Travel kemudiannya telah menyaman pihak pengiklan sebanyak RM 43 juta dan menuntut ganti rugi agar kos pengiklanan mereka dibayar semula.
2. Letupan Satelit NASA
Kes ini berlaku pada tahun 1962, zaman dimana pihak Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba untuk melancarkan satelit pertama mereka ke angkasa. Pihak NASA milik Amerika Syarikat pada ketika itu sedang menyiapkan program untuk melancarkan satelit Mariner 1 mereka ke planet Venus. Satelit ini dianggarkan bernilai RM 630 juta.
Setelah satelit tersebut dilancarkan ke udara, pihak NASA mendapati terdapat satu kesilapan ‘typo’ atau ejaan pada kod program tersebut yang menyebabkan ianya tersasar daripada arah yang dituju, tidak dapat dikawal dan tidak dapat dihubungi. Kesilapan tersebut adalah disebabkan tanda hyphen (-) yang tertinggal dalam satu baris kod dalam program untuk mengawal satelit tersebut.
Kerana tidak mampu berbuat apa-apa, pihak NASA mengarahkan satelit tersebut diletupkan, hanya kira-kira 293 saat selepas dilancarkan ke angkasa. Misi penghantaran satelit itu gagal dan NASA menanggung kerugian RM 630 juta.
3. Pertandingan Gores dan Menang
Pada tahun 2005, sebuah syarikat penjualan kereta Roswell Honda telah menghantar sepucuk surat kepada 30,000 bakal pembeli kereta. Sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran, surat itu turut disertakan peraduan gores dan menang di mana salah sebuah bakal pelanggan berpeluang mendapat hadiah utama bernilan RM 4300 ($1000).
Malangnya, Force Events, syarikat yang menguruskan kempen pemasaran itu telah membuat kesilapan besar dengan menghadiahkan setiap penerima surat tersebut hadiah utama bernilai RM 4300. Hal ini menyebabkan syarikat Roswell Honda terpaksa membayar RM 3 juta kepada kesemua 30000 bakal pelanggan mereka.
Syarikat Roswell Honda memohon maaf dan sebagai ganti rugi memberi setiap seorang bakal pelanggan tersebut kad prabayar bernilai $5 daripada Walmart. Untuk kad ini sahaja, mereka terpaksa memperuntukkan $150,000 atau kira-kira RM631,000.
4. Kesilapan Harga Tiket Kapal Terbang
Kes ini berlaku pada tahun 2006. Syarikat penerbangan Alitalia Airlines telah tersilap meletakkan harga pada laman webnya untuk sebuah promosi penerbangan daripada Toronto ke Cyprus. Pihak Alitalia Airlines tersilap menyenaraikan harga tiket sebagai $39 berbanding harga sebenarnya $3900.
Ketika mana pihak syarikat sudah mengesan kesalahan tersebut, mereka dapati 2000 orang telahpun membeli tiket penerbangan tersebut. Kerana bimbang para pelanggan mereka akan membatalkan tiket sekiranya pihak syarikat meminta baki duit daripada harga sebenar tiket, maka pihak syarikat mengambil keputusan untuk menanggung kerugian tersebut yang dianggarkan bernilai RM30 juta.
Kredit:
Reader’s DigestMental Floss
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments