SAYA TAK BODOH.. SAYA PERNAH AMBIL JURUSAN UNDANG-UNDANG – FATHIA LATIFF…

Saya Tak Bodoh.. Saya Pernah Ambil Jurusan Undang-Undang – Fathia Latiff…

Pelakon jelita Fathia Latiff sekali lagi menjadi tajuk utama apabila dikritik teruk kerana memuatnaik satu status yang menunjukkan pelakon itu keliru dengan maksud “cashless”.

Ramai mengecamnya kerana menunjukkan tidak faham apa itu ‘cashless’.

Sehinggakan Redza Minhat pun turut menyindir nya di laman media sosial.

Ramai juga orang ramai menggelar sebagai seorangyang bodoh dan ada yang mengatakan Fathia Latiff hanya mahukan tumpuan orang ramai.

Apabila perkara ini berlarutan dan menjadi bualan ramai, Fathia Latiff tampil memberi penjelasan.

Kata Fathia Latiff, sebenarnya dia hanya memuatnaik tweet itu secara sarkastik memandangkan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu.

Ini komen Fathia Latiff:

“Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik. Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

“Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular. Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik

“Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius. Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

“Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif.

“Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini. Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat. Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan

Itulah kata kata dari Fathia seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Diharap dengan penjelasan ini dapat meredha isu ini dan janganlah mengecam Fathia Latiff lagi.

Dia seorang yang educated sudah tentu dia faham maksud ‘cashless’, cumanya tweet itu mengelirukan follower nya sahaja. Next time mungkin Fathia Latiff patut meletakkan hashtag #sarcastic, barulah netizen tak salah faham.

Via Buletinkampung

 

[ Artikel Trending di Bawah ]

ANAK MELAYU DIANTARA 10 MANUSIA BERTUAH MEMILIKI MATA TERCANTIK DI DUNIA.. DASYATTT,SIAPA LAH ANAK MELAYU YANG BERTUAH TU…

Seluruh anggota tubuh badan kita adalah nikmat dan kurniaan dari Allah swt. Segala yang kita punya hanyalah pinjaman semata-mata. Ada orang yang dilahirkan dengan kecantikan yang susah untuk ditandingi. Ada yang dilahirkan tak cukup sifat,semuanya atas kehendak dan izin Allah.

Tapi 10 manusia ini bertuah kerana dilahirkan dengan sepasang mata yang pastinya buat kita terpegun melihat kebesaran Allah. Tak perlu pakai contact lens pun!

Adik Afgan
Sepasang anak mata yang berwarna hijau ini adalah milik kepada seorang kanak-kanak yang berasal daripada Afganistan.

 

Sharbat Gula
Gambar yang pernah mencetuskan fenomena apabila gambar gadis ini telah dijadikan sebagai penghias muka depan majalah National Geographic pada tahun 1985.

Jane Doe
Meskipun terkenal di seluruh dunia, namun identiti kepada pemilik sepasang anak mata yang cantik ini gagal untuk dikenalpasti.

Anak Pakistan
Kanak-kanak yang baru berusia enam tahun ini berasal yang berasal daripada Pakistan dikatakan cukup bertuah kerana meskipun dilahirkan di dalam keluarga yang miskin, beliau telah diberikan kelebihan untuk memiliki sepasang anak mata yang menawan.

Anak Benggali
Di tempat kelahirannya, kanak-kanak perempuan ini cukup popular kerana memiliki sepasang anak mata yang berwarna hijau. Tidak cukup dengan itu, bulu matanya yang panjang dan melentik itu turut membuatkan ramai orang tertawan.

Anak India
Pemilik kepada sepasang anak mata yang berwarna turquoise ini berasal daripada India pernah mencetuskan fenomena apabila gambar beliau menjadi tular di internet pada suatu ketika dahulu.

Si comot yang cantik
Gambar kanak-kanak perempuan yang baru berusia 2 tahun ini pernah menjadi tular suatu ketika dahulu. Meskipun kelihatan comot dan tidak terurus seperti kanak-kanak sebayanya yang lain, namun, kecantikan anak mata yang dimiliknya membuatkan ramai yang tertawan.

Awang hitam
Berbeza dengan anak-anak orang hitam yang lain, kanak-kanak lelaki ini memiliki anak mata yang berwarna kebiruan seperti warna anak mata milik kanak-kanak orang putih.

Anak Melayu
Gara-gara memiliki sepasang mata berwarna biru, seorang kanak-kanak lelaki melayu mencuri perhatian umum sehingga mendapat ancaman daripada kawan-kawannya.

Kamarul Hisham Mustaffa, 9, mengakui ramai orang tersalah anggap dirinya memakai kanta lekap hingga ada yang mahu mencungkil matanya.

“Syukur saya dianugerahkan keistimewaan ini.

“Tetapi ada kawan yang mahu korek mata saya sebab mereka sangka saya memakai kanta lekap.

“Malah mereka panggil saya dengan nama mata guli,” katanya.

Kamarul yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mempagar, Beufort, Sabah, itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Keunikan itu diwarisi daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah kacukan Melayu, Brunei dan Pakistan.

Ibunya bagaimanapun memiliki warna mata biru pada sebelah kanan dan hitam di bahagian kiri.

“Selain ibu, kakak sulung saya (Nurul Syafiqa, 17) juga memiliki warna mata sama manakala ayah (Mustaffa Kamal, 48) dan abang mempunyai mata warna hitam,” tambahnya.

Ada Kawan Mahu Korek Mata Saya – Budak Beufort Mata Biru

sumber: taikotai / kosmo



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2ypUAr7

Post a Comment

0 Comments

Featured Post