Saya Tak Kisah Orang Nak Kata Apa Sebab Itu Memang Minat Saya


Kuala Terengganu: Nor Sakira Awee, 20, tidak menyangka rakaman videonya membaiki brek kereta tular di media sosial hingga menyebabkan ada netizen menggelarnya sebagai gadis bengkel serta sanggup meletakkan hantaran setinggi RM20,000.

Bagaimanapun, gadis itu hanya tersenyum membaca komen netizen serta menganggapnya sekadar gurauan dan usikan nakal terhadapnya.

Nor Sakira juga tidak sangka rakaman video berdurasi 35 saat itu boleh tular di media sosial hingga mendapat perhatian ramai tetapi dia tidak kisah walaupun ada sebahagian komen dilontarkan netizen agak keterlaluan.

Menurutnya, rakaman berkenaan dilakukan ketika dia menjalani latihan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE) di Chendering, dekat sini.

Katanya, dia seorang daripada 65 pelajar tahap dua bagi Sijil Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di UNICETE itu.

Walaupun terpaksa bergelumang dengan minyak hitam selain mendapat sindiran pelbagai pihak, saya tetap kekal dengan minat itu,” katanya.

Pelajar berasal dari Kampung Batangan, Marang itu berkata, dia meminati kerja membaik pulih pelbagai jentera termasuk kereta dan motosikal sejak kecil.

Menurutnya, dia memang mempunyai asas dan sedikit kemahiran membaiki motosikal dan kereta sebelum mengikuti kursus di UNICETE itu.

Katanya, abangnya sendiri, Mohd Sabri, 26, mempunyai bengkel kereta di Kampung Tok Landok dan dia juga banyak menimba ilmu membaiki kenderaan bersamanya.

Selepas enam bulan mengikuti kursus di UNICETE, kemahirannya semakin bertambah dan dia kini mampu membaiki kerosakan enjin kereta.

Apabila minat, semua perkara akan mampu dilakukan. Ramai kenalan perempuan yang memandang sinis terhadap minat saya ini tetapi ia tidak melunturkan semangat.

Walaupun saya terpaksa bermandi minyak hitam, bekerja dengan menggunakan banyak tenaga tetapi ia tidak mengubah penampilan saya sebagai seorang wanita.

Memang ia kerjaya lasak dan asing untuk seorang perempuan tetapi saya tetap perempuan yang kekal dengan identiti lemah lembut dan suka dengan penjagaan kecantikan,” katanya.

Menurutnya, dia berasa gembira dan bangga kerana memilih untuk mendalami bidang automotif itu sekali gus berpeluang berkhidmat kepada masyarakat.

Bila ada kenderaan rosak tersadai di tepi jalan, saya akan berhenti untuk memberikan pertolongan.

Saya berasa puas apabila mampu menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan terutama membabitkan wanita,” katanya.

Rakannya, Mohd Ishak Amin, 20, dari Kampung Wakaf Mempelam berkata, dia kagum dengan kebolehan yang dimiliki Nor Sakira.

Sejak mengikuti kursus ini, dia secara tidak langsung menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada semua pelajar lelaki di pusat latihan ini.

Walaupun perwatakannya lemah lembut tetapi kemahiran serta dan kecekapan yang dimilikinya juga setanding dengan pelajar lelaki,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengajar UNICETE Mohd Nazarizal Abd Ghani berkata, Nor Sakira ialah pelajar perempuan ketiga yang mengikuti kursus automotif di UNICETE sejak ia ditubuhkan pada 2012.

Kami memang menggalakkan penyertaan pelajar wanita di UNICETE kerana ia memberi impak positif terhadap pelajar lelaki,” katanya.

Sumber: Harian Metro

____________________________

“Saya Taja Berjuta, ‘Sebutir Habuk’ Pun Tak Sebut Nama Saya,” Datuk Vida Tidak Puas Hati


Jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida telah memuat naik beberapa rakaman video di laman Instagramnya di mana beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Astro kerana tidak memberinya peluang bercakap atau menyebutnya namanya sebagai penaja utama dalam sidang media program realiti Gegar Vaganza musim keempat semalam.

Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Hasmiza Othman dalam kepsyennya menyatakan dia kecewa bukan kerana ketagih hendak bercakap, tetapi sebagai penaja utama yang mengeluarkan jutaan ringgit dia perlu mengetengahkan jenama produk yang didagangkannya.

Dushh 👊👊👊 Punyalah gigih saya beli segala Jahit baju khas Bag sgalo Untuk pakai cantik hari ni . . Tapi sbutir pun tak sebut nama saya.. sebagai MAIN SPONSOR.. berjuta Takpela saya tak cakap banyak pun. Tak bagi peluangpun saya cakap. Bukan Ketagih nak cakap. Tapi saya perlu cakap.. Demi produk yg saya dagangkan.. Pamoga Qu Puteh? Salah ke? . . Skurangnya sikit jerr Huhh. Sakit hati 😭😡
A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Oct 10, 2017 at 2:22am PDT

“Tak panggil saya cakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri, takut saya sebut pamoga” katanya.

Malah, usahawan kosmetik ini turut menunjukkan dia seolah mahu menangis kerana tidak berpeluang untuk mempromosikan produknya meskipun telah bersudah payah melaram untuk menghadiri sidang media tersebut.

“Satu nama pun tak sebut. Saya taulah sidang media. Ini bukan publisiti murahan tetapi betul.

“Saya dah tunggu, belum apa-apa dah buat hal. Takut saya naik buang masa peserta ke?” katanya.

Selepas  sidang media itu, Datuk Vida telah meninggalkan majlis, tidak menyertai jamuan makan yang di sediakan.

“Pujuk diri sendiri, mana Pamoga, mana saya punya maruah..penaja..tak ada..diberi peluang cakap..inilah nasib jika menaja,” tulisnya dalam video itu.

Video keempat menunjukkan beliau sudah agak ‘sejuk’ dan ada peminat berikan beliau air percuma selepas melihat dia mengamuk.

Sumber: Instagram Dato Seri Vida



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post