Meskipun bukanlah merupakan seorang selebriti, tetapi nama Dato’ Seri Aliff Syukri sering menjadi sebutan di kalangan netizen di Malaysia.
Gemar berkongsi dengan peminat-peminatnya tentang kehidupan mewahnya di laman Instagram beliau, sudah semestinya nama Dato’ Seri Aliff Syukri menjadi bualan orang ramai, terutamanya di kalangan haters beliau.
Terbaru, jutawan kosmetik itu telah mencetuskan kontroversi setelah beliau memuatnaik gambar penyata KWSP beliau ke dalam laman Instagram beliau.
Berdasarkan kepada kapsyen beliau di Instagram, Jutawan Terlajak laris itu hanya ingat memberi motivasi kepada orang lain selain ini mengucapkan syukur kerana berkat simpanan gaji bulanan beliau, beliau telah mampu untuk membayar deposit rumah baru di Pavillion.
Apabila ada kawan korang posting mengambarkan kejayaan dan motivasi. Berilah sokongan, doakan kejayaan beliau supaya kamu juga didoakan org ataupun malaikat bukan dok mengutuk.. Sebenarnya banyak lagi sisi kegagalan, luka, kesedihan dan kejatuhan yang membebani beliau… cuma ramai yg nampak sisi kejayaan sahaja..
Semuanya disimpan dan ditelan sendiri… yg sukar diungkapkan..
Berkat simpanan duit gaji sy.. alhamdulillah.. thanks KWSP .. boleh bayar deposit umah pen house saya di pavilion.
Berdasarkan kepada butiran yang tertulis di dalam penyata tersebut, pendapatan Dato’ Seri Aliff Syukri adalah sebanyak RM223,818,182 sebulan.
Perkongsian beliau kali ini telah menimbulkan kemarahan netizen yang menuduh beliau mahu menunjuk-nunjuk pendapatan sebenar beliau dan bukanlah mahu memberikan motivasi seperti apa yang dikatakannya.
Sumber : ohmymedia
from Kaki Trending http://ift.tt/2yUhNm2
0 Comments