Parlimen Malaysia ke-13 nampaknya akan terbubar selewat-lewatnya pada 24 Jun 2018. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran tersebut.
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak masih lagi berahsia akan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu. Wartawan dan rakyat jelata menanti-nanti tarikh keramat tersebut. Pemerhati politik mula membuat spekulasi berhubung bilakah tarikh PRU14 ini.
Namun begitu, tanda-tanda besar hampirnya PRU14 sudah mulai kelihatan. Pemimpin-pemimpin besar negara dilihat mula mendekati rakyat.
Berikut dibawah adalah 12 tanda-tanda besar hampirnya Pilihan Raya Umum (PRU14);
1. Akan munculnya makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.
2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.
3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.
4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana-sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.
5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.
6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.
7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.
8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana-sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.
9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang , menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.
10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.
11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kereta sentiasa dibuka untukk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.
12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu sahaja!
Dengan kuasa mengundi yang ada ditangan anda sebagai pemilih, jadilah rakyat yang bijak memilih pemimpin yang tidak menyusahkan rakyat pada masa hadapan ketika PRU14 nanti.
Sumber:INFOKINI
___________________________
Kenapa Trofi Piala Malaysia Ada Semasa Perlawanan JDT Vs Perak? Ini Sebabnya…!
Pertembungan pasukan Johor Darul Tak’zim lawan Perak dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 sudahpun berakhir.
Keputusan perlawanan seri 1-1. Jaringan sendiri oleh pertahanan JDT, Hasbullah Abdullah meletakkan Perak didepan, sebelum penyerang Mohammed Ghaddar meledak gol penyamaan.
Jika anda menonton dari awal perlawanan itu, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa trofi Piala Malaysia dipamerkan ketika perlawanan antara Perak dan Johor Darul Tak’zim di Stadium Ipoh? Biasanya pada aksi final baru piala trofi dibawa masuk ke dalam stadium.
Foto oleh – Arena Seladang
Adakah kerana melibatkan JDT maka ianya dianggap pasukan istimewa?
Sejak kebelakangan ini, sentimen kebencian terhadap JDT makin bertambah dan melanda seluruh negara rentetan beberapa ‘gurauan’ Presiden FAM ketika sesi wawancara tempoh hari, disebabkan perkara inilah segala apa yang berlaku dilihat seolah keistimewaan yang diberikan kepada JDT sahaja.
Foto oleh – Johor Southern Tigers
Bagi menjawab persoalan itu, sebenarnya pihak penaja iaitu Telekom Malaysia yang mahukan Piala Malaysia ini dipamerkan ketika perlawanan separuh akhir bermula. Untuk perlawanan pusingan pertama Stadium Ipoh menjadi destinasi pertama dan pada pusingan kedua nanti piala ini akan berada di Stadium Darul Aman untuk perlawanan di antara Kedah dan Felda United.
Jadi, dengan sebab itu bukanlah kerana pasukan JDT diberi keistimewaan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) oleh kerana presidennya berasal dari negeri selatan.
Baki 90 minit bakal menjadi penentuan ke final pada aksi perlawanan timbal balik separuh akhir kedua antara JDT menentang Perak yang dijadualkan pada Sabtu ini (21 Oktober 2017) di Stadium Larkin.
SUMBER–INFOKINI
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments