SIAPA SANGKA KERETA BERSALUT EMAS YANG VIRAL DI LONDON INI MILIK PEMUDA DARI MALAYSIA

Spekulasi menyatakan bahawa pemiliknya mungkin seorang putera Arab Saudi tetapi rupanya ia milik pemuda dari Malaysia. Mak aih…mesti kaya mamat tu.

Kecoh di London tentang identiti misteri pemilik beberapa buah kereta bersalut emas yang dianggarkan bernilai lebih dari $1,000,000.

Kereta-kereta ini telah dilihat dipandu di bandar London sambil mengaumkam enjinnya dan menarik perhatian ramai setiap kali berhenti di lampu merah. Spekulasi awal menyatakan bahawa pemiliknya mungkin seorang putera Arab Saudi atau anak kepada seorang oligarki Rusia.

Financewatch365 berjaya menjejaki identiti pemilik dan mendapati dia adalah anak kelahiran Kuala Lumpur, Alex Choon. Choon adalah sebahagian daripada jutawan yang membina sendiri kejayaannya dalam industri perdagangan Binary Options.

Kereta ‘sport’ milik Choon yang bersalut emas termasuklah Mercedes AMG GT yang dianggarkan bernilai lebih dari $400,000, sebuah Bentley GT3 bernilai $300,000, Rolls Royce Phantom Coupe bernilai $600,000 dan Lamborghini Aventador bernilai $350,000.

Kereta Lamborghini yang sama juga telah dilihat dan dirakam gambarnya ketika ia dipandu di jalan-jalan Kuala Lumpur baru-baru ini, dengan nombor plat yang sama seperti yang dilihat dipandu di London.

Gambar Choon telah diambil di Kuala Lumpur semasa dia memandu dan kemudiannya dipadankan dengan nombor plat kereta sama yang sentiasa menjelajah jalan-jalan di London.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak banyak yang diketahui tentang gelombang jutawan baharu ini. Kebanyakan mereka memperolehi keuntungan berjuta-juta dengan bekerja dari rumah dan berkongsi rahsia kekayaan dengan kumpulan atau orang tertentu sahaja.

Mereka menjauhkan diri daripada mendapat perhatian dan cuba untuk tidak menunjuk-nunjuk kekayaaan, selain  berahsia tentang bagaimana mereka menjadi kaya-raya.

Choon, bagaimanapun, sedikit berbeza apabila menyalut kereta-keretanya dengan emas tulin dan membeli kereta mewah baharu hampir setiap bulan.

Dia mendapat banyak perhatian dan jurugambar kami berjaya merakamkan gambarnya ketika sedang berhenti mengisi minyak di Kuala Lumpur ditemani seorang model muda yang duduk di kerusi penumpang di sebelahnya.

Terdapat banyak khabar angin sejak kebelakangan ini mengenai individu yang mearih kekayaan dengan perdagangan dalam talian Binary Options.

Choon adalah buktinya, kerana dia bukanlah pemuda yang membeli kereta mahal dengan wang bapanya, tetapi hanyalah orang biasa yang memiliki stor perkebunan dan mendapat keuntungan besar dengan Binary Options yang diusahakan sendiri.

 

Sumber: Mstar

……………………………………………..

[ Artikel Trending di Bawah ]

VIRAL PESERTA CLEVER GIRL INI JAWAB SOALAN BOCOR. GADIS INI TAMPIL JELASKAN CERITA SEBENAR !!

PETALING JAYA 9 Okt.- Finalis program Clever Girl, Shazana Kamaruzaman menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu.

Jelasnya, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

Malah kata wakil negeri Selangor ini, sebagai peserta program itu dia menafikan dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya.

Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Menurut Shazana melalui kontroversi ini juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu program realiti ini kembali menjadi tumpuan apabila Shazana menjawab soalan yang diajukan oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati dengan betul walaupun belum sempat keempat-empat jawapan dibaca.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia.

Sebelum ini seorang bekas peserta program ini Syakirah Mohd. Azam atau Kiera mendakwa program tersebut mengamalkan sikap pilih kasih dan memberikan jawapan awal kepada peserta pilihan.

Kredit : Utusan

Selain Shazana, empat lagi finalis yang akan berentap di pentas akhir Clever Girl Jumaat ini adalah Sara Amelia, Hani Nazrina dan Fadila Zukaira.

______________________________

Pantai Persis Cermin Di Kuala Selangor Ini Pasti Mengujakan Peminat Fotografi

img_1106

Tak ramai lagi yang tahu tentang kewujudan sebuah pantai cantik yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor ini. Apa yang pasti ia bakal mengujakan peminat fotografi kerana suasanya yang sangat unik dan lain dari yang lain.

Pantai ini dikatakan seakan-akan Salar de Uyuni, dan bagi mereka yang tidak mengetahui maksudnya cukup dengan melihat gambar-gambarnya sahaja pasti anda akan memahami apa yang cuba disampaikan.

img_1107

img_1106

Satu-satunya tempat di Malaysia yang membolehkan anda mengambil gambar di atas satu tempat yang berair dan luas seolah-olah wujud sebuah pantulan cermin di antara langit dan bumi.

Tak perlu susah2 lagi hendak pergi ke luar negara kerana ‘pulau misteri’ ini pasti membuatkan sesiapa pun teruja terutamanya kepada peminat fotografi.

13579918_10154243066967226_2035075560_o

serius-cantik-pantai-persis-cermin-di-kuala-selangor-ini-pasti-mengujakan-peminat-fotografi4
Pantai ini tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor iaitu sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina dan mereka memanggil tempat ini dengan nama “Shasha Lan.”‘

Fenomena Salar de Uyuni ini sebenarnya bukan berlaku selalu, cuma hanya terjadi 6 hari setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada hari pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.

Pengunjung boleh menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor dan ia cuma mengambil masa selama 30 minit sahaja.

serius-cantik-pantai-persis-cermin-di-kuala-selangor-ini-pasti-mengujakan-peminat-fotografi1

serius-cantik-pantai-persis-cermin-di-kuala-selangor-ini-pasti-mengujakan-peminat-fotografi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA Processed with VSCO with a7 preset

182325mxsvbs7zzrz7rmex

Antara pukul 10.30-11 pagi, anda akan dapat lihat sendiri seolah-olah cermin besar dihamparkan secara semulajadi dan langit dapat dilihat di atas cerminan air yang sangat mempesonakan.

Jika dari Kuala Lumpur, perlu melalui Rawang dan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor .

Jom, tak sabar rasanya nak tangkap gambar di sini!

Sumber : CARI



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post