Siti Nordiana Dedah Layanan Bekas Keluarga Mertua Terhadap Anaknya

Siti Nordiana atau Nana pernah berkahwin pada tahun 2006 namun telah bercerai dengan pelakon Faizal Yusuf pada tahun 2009.

Pasangan ini telah bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan, Muhammad Rayyan Nakhaie.

Pelakon Faizal Yusuf kemudiannya telah meninggal dunia pada umur 32 tahun akibat serangan jantung pada tahun 2011.

Kata Nana, sejak bercerai, hubungannya dan anak dengan bekas keluarga mertuanya amat baik.

Malah Nana mendedahkan layanan bekas mertua terhadap anaknya amatlah baik sehingga membuatkannya rasa terharu.

Ini komennya: (Sumber: Media Hiburan)

“Bekas keluarga mertua sangat baik dan mereka selalu juga berjumpa dengan Rayyan. Malah jika mereka minta untuk jumpa atau ambil Rayyan saya memang tidak ada masalah untuk membenarkan.

“Rayyan juga tidak ada masalah walaupun kadang-kala dia rasa janggal kerana jarang jumpa, tapi dia ok sahaja.

“Malah apa yang saya tahu, keluarga mertua sampai buat simpanan untuk Rayyan dan saya sangat terharu dengan layanan mereka pada kami, biarpun kami jarang berhubungan,”

Tahniah buat Nana dan bekas keluarga mertuanya. Semoga terus berhubungan mengekalkan hubungan silaturrahim dengan baik.

Tentang aktiviti terbaru pula, Nana akan tampil dengan lagu baru berduet dengan Jaclyn Victor.

Lagunya berjudul Nisan Cinta.

 

Sumber : kisahduniawi.com

 

[ ARTIKEL TERKINI BERKAITAN NANA ]

 
SITI NORDIANA KINI BERUBAH DARI SUDUT PROFESIONAL.
 

 

Dua tahun selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua (GV 2), kerjaya nyanyian Siti Nordiana terus bersinar.

Populariti diraih itu mengembalikan semula zaman kegemilangan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ini.

Namun dalam pada Nana, 33, meniti semula perjalanan karier nyanyiannya, ada cakap-cakap mengatakan penyanyi ini sudah berubah dan lupa diri.

Nana mempertahankan perubahan yang berlaku lebih kepada keyakinan diri dan kematangan usianya. Dia sebenarnya masih sama seperti dulu.

 

 

“Tidak ada yang berbeza dalam diri saya, semuanya sama saja. Kalau ada berubah pun lebih kepada tahap keyakinan diri. Sesuai dengan peningkatan usia, saya belajar banyak perkara. Malah, setiap perkara dilalui mematangkan saya.

“Cuma identiti dan keperibadian saya yang dulu masih ada. Memang tak boleh nak buang terutama sifat pemalu itu. Bagi yang sudah lama mengenali dan masih bersama sehingga sekarang, masing-masing faham.

“Dari segi bekerja pula, saya lebih bersungguh-sungguh. Mungkin disebabkan saya sudah dewasa, jadi fokus itu terarah kepada anak. Sekarang bukan masa nak main-main lagi. Pendek kata, saya lebih profesional dalam setiap perkara dilakukan,” katanya.

Dari segi muzik, Nana juga masih mengekalkan genre lagu yang pernah dibawakan ketika awal kemunculannya 15 tahun lalu.

Menurut Nana, kemunculan lagu Terus Mencintai yang juga hasil ciptannya sendiri dianggap percaturan terbesar kerana semuanya dilakukan sendiri.

“Dahulu saya diuruskan syarikat rakaman. Jadi saya tak perlu fikir soal kos dan apa saja yang berkaitan. Berbeza sekarang apabila saya bergerak sendiri jadi semuanya atas tanggungjawab diri sendiri.

“Malah untuk lagu ini saya ambil risiko dengan mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri. Saya hanya berserah. Alhamdulillah selepas dua bulan stesen radio mula memainkan lagu ini. Sejak itu saya menarik nafas lega.

 

 

“Saya berasakan kerja keras dan usaha selama ini tidak sia-sia. Ditambah pula ada rakan artis yang menyokong lagu ini dengan menyanyikannya di aplikasi Smule. Perkara itu membuatkan saya cukup terharu,” katanya.

Momen diterima Nana itu sesuatu yang sudah lama ditunggu kerana kali terakhir lagu nyanyiannya menjadi kegilaan peminat ketika bersama Allahyarham Achik dahulu.

“Diakui maklum balas terhadap lagu ini mengembalikan kenangan ketika zaman remaja dan lagu duet dengan arwah Achik. Sudah lama saya tak merasai perasaan sebegini apabila lagu orang suka dan dimainkan di radio,” katanya.

Lagu kisah sendiri

Menurut Nana, lagu Terus Mencintai diterima bukan kerana dirinya tetapi melodi dan lirik yang diketengahkan.

Nana berkata, dia memberi rasa dan penghayatan sepenuhnya dalam lagu ini supaya pendengar juga dapat merasai perkara sama.

“Saya beranggapan lagu ini keluar tepat pada waktunya. Apatah lagi sekarang trend lagu lebih kepada muzik 1990-an. Cuma untuk lagu ini ia tidak terlalu ke arah itu. Melodi sedikit berbeza namun masih berentak balada.

“Ketika merakamkan lagu ini saya sendiri menangis. Bukan apa, saya nak memberi sepenuh rasa dalam lagu ini. Tambahan pula lirik lagu ini berkaitan dengan diri sendiri. Jadi segala perasaan yang ada saya lepaskan dalam lagu ini. Sehinggakan ada peminat yang mendengar lagu ini turut menangis,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Nana juga meletakkan harapan supaya lagu ini boleh pergi jauh seperti ke peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sekiranya berjaya, saya bersyukur sangat. Bukan apa ia antara impian saya selama ini. Sebelum ini pernah ke AJL tetapi berduet. Kalau lagu solo pula hanya pada peringkat separuh akhir.

“Bagi saya AJL adalah pentas yang diidamkan semua penyanyi. Malah ia menjadi medan sebenar untuk menonjolkan bakat sebagai penyanyi. Sebelum ini saya sudah bertanding dalam program GV 2, kali ini nak merasai pengalaman lain pula,” katanya.

Hiburkan peminat

Dalam perkembangan lain, Nana bakal menghiburkan peminatnya dalam satu acara istimewa di Hotel IOI Putrajaya pada 12 Ogos ini.

Acara ini dianggap istimewa kerana ia memberi peluang kepada peminat Nana untuk bertemu lebih dekat dengan idola mereka.

“Perancangan asal ‘showcase’ ini dijalankan di atas kapal pelayaran. Namun, ia ditukar atas masalah tertentu. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat pihak penganjur untuk meneruskan acara ini.

“Walaupun persembahan ini membabitkan penjualan tiket, alhamdulillah ia mendapat sambutan. Saya pun tak sabar nak berjumpa peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan dari awal sehingga sekarang,” katanya.

Selain itu, Nana juga baru muncul menerusi lagu duet bersama Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta.

Lagu ini adalah projek khas Nana dan Jac untuk drama bersiri Dendam Aurora yang kini ditayangkan di saluran Astro Prima.

 



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2knNFZX

Post a Comment

0 Comments

Featured Post