Siti Nurhaliza Buka Rahsia Hamil 4 Bulan

VIDEO DIBAWAH!

AMPANG: Berita gembira buat peminat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin apabila penyanyi itu secara rasmi mengumumkan hamil empat bulan.

Pengumuman istimewa itu dibuat oleh Siti Nurhaliza di rumahnya di Bukit Antarabangsa di sini malam Jumaat.

image: http://ift.tt/2ghmLSm

Image result for siti hamil

Image result for siti hamil

Datuk K pada majlis doa selamat sebelum pengumuman mengenai berita kehamilan Siti Nurhaliza. -foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star

Berita itu mengesahkan khabar angin yang bertiup beberapa bulan lalu.

Siti, 38, berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Pada Julai lalu, kecoh apabila kononnya satu sampel darah individu dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi nombor satu negara ini atau individu lain yang mempunyai nama serupa.

Siti bersama ibunya, Siti Salmah Bachik.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu baru berusia dua bulan – Mstar

Dalam pada itu,

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Hasrat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Allah selepas penyanyi nombor satu negara itu mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan.

SITI NURHALIZA sewaktu majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Menurut Siti Nurhaliza, 38, anak sulung hasil pernikahannya selama 11 tahun dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 58, itu dijangka lahir sekitar Mac depan.

“Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana Allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar.

“Inilah juga menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” kata Siti Nurhaliza semasa mengumumkan berita gembira itu dalam sidang akhbar di kediamannya di sini malam ini.

Siti Nurhaliza juga tanpa berselindung memberitahu yang dia juga menerima rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Sebelum sidang akhbar itu, pasangan suami isteri itu mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat yang dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat karib serta anak-anak tahfiz.

Pengumuman berkenaan sekali gus menjawab pertanyaan netizen dan media yang sebelum ini sering berteka-teki mengenai kehamilannya berikutan penyanyi berkenaan tidak muncul dalam pelbagai acara hiburan.

Media-media tempatan juga sebelum ini tidak ketinggalan membuat spekulasi mengenai kehamilannya namun baik Siti Nurhaliza mahupun syarikat pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) mengambil sikap berdiam diri.

Berikutan kehamilan tersebut, penghibur yang sangat terkenal dengan lagu Cindai dan Jerat Percintaan itu memberitahu, beliau akan berehat daripada sebarang aktiviti pertunjukan pentas sehingga kelahiran anak sulungnya.

Selama menyepikan diri dari dunia hiburan, Siti Nurhaliza mengakui, beliau mengikuti laporan-laporan termasuk spekulasi mengenai dirinya yang dikongsi atau ditular di media-media sosial.

Bagaimanapun, kata Siti Nurhaliza, beliau memilih untuk berdiam diri kerana mempunyai fokus tersendiri sepanjang tempoh ‘berehat’ itu.

Dalam masa sama, Siti Nurhaliza dan suaminya juga yakin yakin ramai dalam kalangan rakan-rakan wartawan mahupun peminat-peminatnya sudah menghidu mengenai kehamilannya itu.

“Sehubungan itu, saya berpendapat, elok benar saya bertemu sahabat-sahabat media untuk anda mendengar sendiri dari mulut saya mengenai perkembangan terbaharu saya,” katanya lagi.

Kenyataan yang dibuat Siti Nurhaliza itu turut disiarkan secara langsung di media-media sosial.

Penghibur kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu juga memberitahu, tujuan pengumuman dan penjelasan kehamilan beliau dibuat ialah bagi memudahkan pihak-pihak luar yang berurusan dengan SNP memahami situasinya yang tidak dapat memenuhi sebarang undangan sejak beberapa bulan lalu dan untuk suatu tempoh pada masa depan.

Dalam sidang akhbar itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi rasa kesyukuran kerana sehingga saat ini beliau masih menerima undangan mengadakan konsert, persembahan, kemunculan di televisyen dan radio serta menjadi jurucakap kepada pelbagai produk.

“Sayang sekali, kebanyakannya tidak dapat saya penuhi. Bagaimanapun saya juga harus melunaskan beberapa tugasan selepas ini yang bersesuaian dengan keadaan saya,” sambung beliau lagi.

Berita kehamilan Siti Nurhaliza ini menarik minat peminat-peminat setianya kerana penyanyi itu dan suaminya bersabar menanti selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Bagaimanapun pada awal November 2015, Siti Nurhaliza pernah hamil namun beliau mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Siti Nurhaliza dan Khalid yang juga seorang duda mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Perkahwinan pasangan itu mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan negara serantau.- UTUSAN ONLINE



from Kaki Trending http://ift.tt/2ylaWkC

Post a Comment

0 Comments

Featured Post