SUNGGUH BERKESAN..! PETUA KECILKAN PEHA YANG BESAR DENGAN AIR REBUSAN JINTAN

Petua kali ni bukan calang calang tau. Ianya dikongsi oleh ‎Norliza Mohd Salleh seornag perunding jamu. Menurut beliau yang amalkan, petua ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah peha sayap ini.

Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.

Jangan lupa catat ukuran peha sado anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan. Hehe.

Bahan-bahan:
Jintan Manis -2 sudu besar.
Air – 1 liter air.

Cara- cara:

1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.

2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.

3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

Ianya boleh juga boleh membantu:
 Buang angin badanMasalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kolestrol
Tambah darah
Gemok air
Banyakkan susu badan

Jintan manis merupakan sumber mineral seperti tembaga,besi,kalsium,potassium,mangan,selenium,zink  dan magnesium. Jadi Ida nak kongsikan 8 khasiat jintan manis.
 

Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel darah merah.

Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.

Zink adalah bersama-faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan dan pembangunan,generasi sperma,penghadaman,sintesis asid nukleik.

Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk enzim anti-oksida yang kuat dan superoxide dismutase.

8 KHASIAT JINTAN MANIS

1. Cuci usus

Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.Proses pembuangan jadi lebih mudah dan sistem metabolisma badan akan lebih teratur. Paling best dapat langsingkan badan.Wow!

2. Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid

Selain itu ia dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi lebih kempis, dah takde [erut buncit.

3. Kawal tahap kolesterol

Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.

4. Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’ di mana membantu merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot. Anethole juga dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.
5. Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan sekaligus merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut.

6. Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu

Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen.

7. Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido

Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi dan berkesan.

8. Kawal selera makan
Jintan manis dapat menyekat selera makan korang. Mana yang rasa suka mengunyah boleh la cuba amalkan makan jintan manis untuks sekat selera makan korang.

sumber: muahciked



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2zqICv7

Post a Comment

0 Comments

Featured Post