Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Seperti dijanjikan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan putera pertamanya sempena dengan nama adindanya, almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.
Justeru Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu secara rasmi meletakkan nama anakanda keduanya tersebut yang juga bakal pewaris takhta Johor dengan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
Ia disahkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang berkata, pihaknya sukacita mengumumkan nama itu turut diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor.
“Ia seperti berikut, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail,” kata beliau lagi secara ringkas dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak majlis tersebut di sini petang Sabtu.
<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/mBG2iNtAUb4″ frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>
from CerShare http://ift.tt/2gjoFSn
0 Comments