BEKAS juruhebah ERA FM dan Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu sebelum disahkan menghidap demam denggi.
Suaminya, Hasrul Rizal Hassan berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan keluarga.
“Isteri meninggal dunia kerana demam denggi berpanjangan. Arwah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di sisi saya dan keluarga.
“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sekitar 12 tengah hari tadi,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum dimasukkan ke hospital, Nadira berada di Kota Bharu bagi sesi bertemu peminat bersama THR Gegar di sana dan demam namun meneruskan program itu.
Sebaik pulang ke ibu kota, suaminya terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke ICU, HKL.
Nadira antara penyampai awal di Era FM (1998) semasa saluran radio berkenaan baru saja enam bulan beroperasi.
Bagaimanapun, Nadira menamatkan khidmatnya di Era FM selepas sembilan tahun bersama apabila ditawarkan menggalas tugas sebagai Eksekutif Muzik di THR Gegarpada 2008.
Arwah meninggalkan suami, Hasrul dan lima anak.
Sementara itu, para peminat, ahli keluarga dan bekas rakan sekerja turut berkongsikan perasaan hiba mereka atas pemergian Nadira.
Lebih mengarukan, Akaun Facebook THR Gegar turut memuat naik entri yang menunjukkan anak bongsu Nadira iaitu Hasrul Rayyan Naim, 5, menangis kesedihan.
Mungkin untuk memujuk si kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu dalam usia yang begitu muda, Shah kelihatan mendukung kanak-kanak itu untuk melihat jenazah arwah ibunya.
Netizen turut terkesan dengan gambar itu, dengan majoritinya mengekspresikan perasaan hiba mereka melihat Rayyan menangis.
Kami turut bersimpati atas pemergian Nadira yan terkenal dengan celotehnya yang bersahaja dan ‘sempoi’. Al-Fatihah buat keluarga Allahyarhamha. – MYNEWSHUB.CC
__________________________________________
Model Muda Maut Kerja 12 Jam Tanpa Henti..
SEORANG model remaja berusia 14 tahun dari Rusia disahkan meninggal dunia selepas mengalami keletihan yang melampau akibat bekerja tanpa henti selama 12 jam ketika berada di China.
Vlada Dzyuba dikatakan telah rebah secara tiba-tiba dan dilaporkan koma sebelum dia terus beraksi di pentas peragaan ketika mengambil bahagian dalam satu pertunjukan fesyen hasil rekaan pereka Asia di Shanghai, China.
Ketika dia sedang menantikan giliran untuknya melakukan ‘catwalk’, suhu badannya naik secara mengejut. Namun, beberapa minit kemudian dia jatuh pengsan dan terus tidak sedarkan diri.
Ambulan telah sampai di tempat kejadian dan terus menggegaskan remaja itu ke hospital. Namun, Vlada telah disahkan meninggal dunia dua hari selepas itu.
Doktor telah mengesahkan penyebab kematian awal gadis itu adalah disebabkan menderita penyakit meningitis yang bermaksud keletihan yang amat teruk.
“Dia memanggil saya, berkata ‘Mama, saya sangat penat. Saya sangat ingin tidur’.
“Ia sememangnya permulaan penyakitnya…dan kemudian suhunya naik.
“Saya tidak tidur dan memohon berkali-kali agar dia pergi membuat pemeriksaan di hospital,” kata ibunya, Oksana, dipetik dari The Siberian Times.
Difahamkan juga, model muda itu sepatutnya mempunyai kontrak yang membolehkan dirinya bekerja maksimum hanya tiga jam seminggu.
Namun, dia berasa sangat takut untuk mendapatkan bantuan perubatan kerana masih lagi terikat dengan kontraknya.
Ibu gadis malang itu telah cuba untuk mendapatkan visa untuk bersama-sama menemani anaknya namun usaha itu menemui jalan buntu.
Dengan berita kematian itu, orang ramai telah mempersoalkan penggunaan buruh kanak-kanak dalam industri fesyen di China.
Selain memilih model muda dari Rusia, beberapa agensi model di China turut mencari gadis dari Siberia untuk dijadikan model bagi majis-majlis tertentu.
Vlada telah terpilih untuk diwakili oleh sebuah agensi model terkenal di negara Tembok Besar itu.
Gadis malang itu juga mempunyai ‘personal admin’ yang dikenali sebagai Dmitry Smirnov, bagi mendapatkan khidmat perubatan namun tidak diketahui apa sebab utama dia memerlukan pembantu peribadi.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendaptkan maklumat mengenai kematian mengejut gadis itu. – MYNEWSHUB.CC/AH
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments