Baru-baru ini kecoh apabila seorang lelaki, Shamsul Kamal dalam laman Facebooknya sempat merakam video pendek berdurasi 11 saat di sekitar ibu kota.
Seorang lelaki yang mengenakan baju putih berserta topi merah yang dipercayai bukan umat Islam dilihat bersiar-siar bersama rakannya. Apa yang mengejutkan apabila lelaki berkenaan mempunyai ukiran tatu dengan nama Allah di bahagian betis kanannya.
Tindakan mengukir tatu menggunakan kalimah Allah dilihat menghina agama Islam memandangkan umat Islam dilarang bertatu. Lokasi tatu yang berada di bahagian belakang betis juga dilihat seolah-olah menghina agama Islam.
Video berkenaan mengundang kemarahan orang rama dan rata-rata mengecam tindakan lelaki terbabit yang tidak menghormati agama lain.
Difahamkan kejadian berkenaan berlaku di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Sumber FB Koleksi Viral
__________________________
Kemaluan Lelaki Tersangkut Dalam Spanar Akibat Cuba Melakukan Aksi Pelik!!
DOKTOR di Hospital Rakyat Shiji, Guangzhou, China, terpaksa meminta bantuan bomba selepas kemaluan seorang lelaki tersangkut pada spanar.
Dalam kejadian 10 Oktober lalu, lelaki itu datang sendiri ke hospital dan doktor mendapati kemaluannya sudah membengkak.
Menurut laporan Guangzhou Daily, lelaki itu enggan menjelaskan bagaimana spanar terbabit boleh tersangkut pada kemaluannya.
Doktor yang mendapati mereka tidak mempunyai kelengkapan untuk memotong spanar berkenaan, meminta bantuan bomba.
Anggota bomba cuba menggunakan pemotong besi berkuasa bateri bagi memotonng spanar berkenan namun gagal kerana logam spanar itu terlalu keras menyebabkan mata pemotong haus.
Keadaan itu menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan mesin pemotong elektrik yang lebih berkuasa dan rakaman video menunjukkan percikan api ketika pemotongan dilakukan.
Selepas dua jam, spanar berkenaan berjaya dipotong tanpa menyebabkan kecederaan pada lelaki itu.
Ini kejadian kedua lelaki di China yang kemaluannya tersangkut pada spanar. Dalam kejadian Jun lalu, doktor sebuah hospital di wilayah Zheijing dan anggota bomba terpaksa meminta bantuan doktor gigi untuk memotong spanar berkenaan menggunakan gerudi pergigian. – Harian Metro
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2gihr1d
0 Comments