TERIMA ‘VOICE NOTE’ UGUTAN, INI KATA-KATA BERANI YUSUF AZMI

Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video yang mengatakan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) saudara Yusuf Azmi telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan kononnya beliau membocorkan maklumat ‘tauke’ pusat judi ‘dipayungi’ oleh polis.

Beliau menafikan berita itu dan mengganggapnya satu fitnah kerana apa yang didakwa dalam video dan video itu adalah tidak benar.

“Kalau saya ditahan sebab bagi maklumat tentang judi memang peliklah, negara kena tukar undang-undanglah, tapi kalau saya ditangkap oleh penyamun-penyamun membela judi ini, tangkaplah, jangan fitnah saya sebab nak raih publisiti,” tegasnya

Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan ada menerima mesej bersuara berupa satu ugutan, beliau meminta individu berkenaan supaya datang jumpanya berdepan kalau hendak tembak.

“Mereka yang ugut saya, jangan ugut hantar ‘voice note’, cukup sekadara datang jumpa saya depan mana tembak, tembak terus.”

“Jangan ugut sebab saya sudah ‘immune’, saya ada Allah dan Rasul, kalau betul handak tembak saya, tak adanya nak bagi tahu nak tembak saya,” tegas beliau lagi.



from CerShare http://ift.tt/2kOIaDT

Post a Comment

0 Comments

Featured Post