Seorang peniaga terkejut selepas dia telah terjumpa dua orang anak kecil ditinggalkan diluar pintu pagar rumahnya.
“Saya terkejut melihat seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pintu pagar rumah bersama tiga beg kain tanpa pengawasan dewasa,” kata peniaga, Rahim Sarin, 64.
Menurut beliau, ketika menghampiri dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan setahun tiga bulan dan bayi lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di rumahnya di taman Air Biru, Pasir Gudang pada 29 September lalu.
Menurut beliau lagi, ketika menjumpai kanak-kanak itu kira-kira jam 4.3 petang, dia sedang membuka pintu rumahnya selepas terdengar bunyi budak menangis di hadapan rumah dan terkejut melihat kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.
“Jiran yang sedang menyapu halaman menyatakan terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampiran kediaman saya.
“Kami tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.
“Saya langsung tidak mengenali bayi mahupun kanak-kanak perempuan itu dan masih keliru dengan tindakan tidak bertanggungjawab insan yang meninggalkan mereka di hadapan rumah,” katanya.
Dia kemudian telah emnghubungi anak perempuannya sebelum menyerahkan kedua-dua mereka ke Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang.
“Mungkin insan berkenaan meninggalkan mereka supaya keluarga kami memberi jagaan kepada kanak-kanak ini namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang.
“Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan mereka berserta beg terbabit kepada polis bagi tindakan lanjut.
“Hampir setiap hari saya berdoa agar waris kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki itu terbuka hati untuk tampil menuntut mereka,” katanya.
Sementara itu, pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zaid Ikhwan Lim berkata, kedua-dua mereka dipercayai adik-beradik namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
Menurutnya, kedua-dua mereka dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Ismail (HSI) kepada JKM pada 1 Oktober 2017.
“Mulai 3 Oktober, JKM memberi perlindungan kepada mereka yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
“Diharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mereka menghubungi talian 07-2232606,” katanya.
Sumber: Harian Metro
______________________________________
Henti Sebar Video Lama Sekumpulan Tentera Tunggu Giliran Ditendang – Panglima ATM
Jenaral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang juga Panglima Angkata Tentera Malaysia meminta orang ramai agar berhenti daripada menyebarkan video yang menunjukkan sekumpulan tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut.
Menurutnya, video tersebut adalah video lama yang dimainkan kembali mungkin bagi mengaitkan dengan tragedi dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak Jumaat lalu.
“Saya kira itu satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya minta hentikan perbuatan itu kerana ia adalah dua entiti yang berbeza.
“Video itu tiada kaitan kematian dua anggota tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lepas,” katanya semasa majlis pembubaran dan penganugerahan pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) Pasukan Interim PBB (Malbatt) 850-4.
Beliau juga turut meminta orang awam agar menghormati kaedah latihan sedia ada yang diamalkan dalam tentera yang bertujuan melahirkan anggota tentera dengan ketahanan jasmani dan rohani, namun pada yang sama mengakui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
“Yang ditular itu mungkin ada yang tidak wajar berlaku di situ,” katanya.
Video latihan pasukan khas tersebut pernah tular enam tahun lalu namun kembali diperkatakan masyarakat sejak dua tiga hari lepas.
Seramai 850 pegawai dan anggota pasukan Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Riezal Arif Ismail menerima pingat PNBB.
Mereka diaturgerak ke Lubnan secara berperingkat bermula dari 14 September 2016 dan berkhidmat selama 12 bulan di bawah naungan panji PBB yang turut disertai oleh 3 pegawai dan 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam Kementerian Pertahanan.
Sumber : BERNAMA
______________________________________
Impian Netizen 90an Bakal Jadi Kenyataan, Kartun Adiwira Keluang Man Akan Di Filemkan?
Selepas beberapa siri kejayaan filem adiwira negara, ramai tertanya-tanya bilakah siri kartun superhero terkenal negara, Keluang man akan difilemkan.
Ternyata impian ramai rakyat Malaysia ini mungkin bakal tercapai selepas desas desus yang menyatakan filem ini akan diterjemahkan ke dalam dunia sebenar dimana ia akan diterbitkan oleh penerbit terkenal, Aziz M.Osman.
Berita ini telah tersebar selepas pengarah Filem Rizal Halim telah memuatnaik sebuah status menunjukkan gambar Aziz M.Osman memakai baju berlogokan Keluang Man di laman Facebooknya.
Status itu berbunyi, “My Producer for Keluang Man Zero Aziz M Osman already had his Keluang Man tshirt on..”
Jelas sekali berdasarkan kepsyen beliau itu seperti mengesahkan pihak Ace Motion Picturesakan menjadi penerbit bagi filem tersebut.
Berdasarkan posting terbaru di laman Facebook Pengarah Rizal Halim juga, dilihat beliau mendedahkan banyak pos-pos mengenai filem itu yang bakal menggunakan tajuk Keluang Man Zero.
Bagaimana pun, menurut pencipta watak Keluang man, Encik Kamn Ismail melalui Facebook rasmi Keluang Man, pihak mereka belum menerima sebarang permohonan atau kebenaran dari mana-mana pihak untuk merialisasikan watak penggunaan watak Keluang Man ini.
Encik Kamn Ismail juga merupakan pengarah kepada siri animasi kanak-kanak terkenal, Usop Sontorian.
Diharapkan pihak terlibat dapat menyelesaikan isu ini sebaik mungkin, minta kebenaran kepada yang empunya, untuk merealisasikan kisah ini ke layar perak kerana ianya pasti ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia.
Sedikit plot mengenai Keluang Man.
Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998.
Watak Keluang Man diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan perbincangan meja bulat bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran “Adiwira Kebangsaan” pada ketika itu
Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya.
Keluang Man mempunyai 30 episod yang diterbitkan oleh syarikat UAS Animation Studios (M) Sdn. Bhd. Pada tahun 2008, cerita ini ditayangkan semula melalui saluran TV9 .
Watak-watak dalam Keluang Man
Keluang Man.
Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tampoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila.
Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis istilah bagi seekor kelawar besar. Borhan akhirnya menghilang selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.
Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan.
Samad / Tiong Man
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man.
Watak Tiong Man adalah berdasarkan watak pembantu Batman, iaitu Robin. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tampoi.
Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan.
Dialog popularnya ialah ; “Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!” iaitu kata-kata Samad kepada Aishah yang masih lagi mahu berjumpa dengannya di hospital berkenaan. Babak menarik yang lain bagi watak Aishah adalah apabila Samad secara tidak sengaja terlucut sarung tangannya ketika cuba menyelamatkan Aishah.
Kejadian itu telah menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuannya, Aishah sudah mengetahui identitinya. Selepas Borhan menghilang cerita Keluang Man diteruskan dengan cerita Samad tetapi Borhan/Keluang Man sudah tiada dalam episod tersebut.
Samsir Jauhari
Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tampoi.
Inspektor Sahab
Seorang polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang Man. Apabila tiba di tempat penyiasatan didapati penjenayah telah diikat oleh Keluang Man dan Tiong Man. Suaranya amat lucu. Dia membenci Keluang Man kerana sering meganggu penyiasatannya, sehingga dia mengarahkan supaya Keluang Man ditangkap tetapi tidak berjaya.
Ated
Pekerja Pusat Mental Tampoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo.
Jadi, harap kisah Keluang Man ke layar Perak ini menjadi kenyataan, harap pemilihan pelakon bukan watak ‘tiga suku’ seperti filem adiwira sebelum ini atau pelakon kayu, kalau tak ‘spoil’ nak pergi tengok. – Siakapkeli.my
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments